Assalamualaikum..
Ape kabo semua? Harap2 ada la orang jengah blog yang makin bersawang nih.. Muahahahaha... baru ada kesempatan menulih dan mengemaskini blog kita yang makin malap. Dah lama tak menulih, rasa makin berat jari nak mengetuk kibot menganyam kata-kata untuk dipersembahkan menjadi ceritera buat tatapan semua.
Semua rasanya maklum yang aku sekarang ni dah kurang bergiat secara aktif di alam siber kecuali mengemaskini akaun FB aku. Tu pun tiada cerita menarik yang aku paparkan dalam FB aku tu. Sekadar gambar dan status yag merepak sepanjang aku mengerjakan umrah bersama satu syarikat ni.
Tadi petang membawa ke senja, aku dipanggil oleh taukey syarikat bisnes umrah/ziarah yang membayar aku untuk menjadi mutowwif untuk syarikatnya. Aku dapat panggilan telefon pukul 2.30 petang oleh pihak syarikat dan diminta untuk mengadap taukey (katanya nak jumpa aku) pada pukul 5 petang hari yang sama. Kebetulan pulak aku memang dah ada janji di Tesco Ampang dengan salah seorang mantan jemaahku yang ajak berbincang perihal bisnes kecil-kecilan. Perjumpaan aku dengan mantan jemaahku tak perlulah aku highlightkan di sini. Cukup sekadar aku katakan, usai perjumpaan tepat jam pukul 4.50 petang yang kebetulan cuaca mula hujan.
Sesudah perjumpaan ditangguhkan, aku menelefon syarikat umrah/ziarah yang terletak di jalan belakang yang berhampiran dengan Tesco Ampang, untuk memaklumkan bahawa aku akan lewat memandangkan cuaca hujan dan aku baru sahaja baik daripada serangan asma. Khuatir kiranya aku meredah hujan, penyakit asma aku menyerang kembali.
Kurang lebih setengah jam, hujan mulai reda dan aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke pejabat syarikat umrah tersebut. Sesampai sahaja aku di sana, aku langsung menaiki tingkat 3 bangunan syarikat tersebut setelah aku intai dari luar, taukey tiada di dalam bilik pejabatnya di aras bawah. Pasti ada di tingkat 3 kerana aku terdengar suaranya sayup2 menerusi pembesar suara yang sedang memberikan taklimat kepada pelapis mutowwif muda fasa 2.
tak 'ahmad'kah muka nih?
Semua mata tertumpu ke arahku semasa aku masuk ke dalam bilik kuliah di aras 3. Aku terus ke satu sudut di penjuru bilik kuliah untuk merebahkan punggungku yang lembab dek kerana terkena hujan semasa menunggang motorsikal tadi. Setelah beberapa ketika mendengan komen dan aduan jemaah daripada mulut taukeh tentang prestasi keseluruhan mutowwif Malaysia, aku dipanggil untuk berdiri di hadapan khalayak.
Aku terus melangkah ke haapan dan berdiri mengadap di hadapan semua orang. Disebelah aku ada sorang lagi kenalan mutowwif. Berpakaian lengkap berkepiah dan berjubah, manakal aku berseluar poket banyak dan berT-shirt lengan pendek. Kemudian taukeh bertanya kepada khalayak: "Siapa yang akan tuan-tuan pilih untuk menjadi mutowwif tuan-tuan?" Kalau saya, sudah tentu saya tidak akan memilih di sebelah kanan (terus menumpahkan pandanganya terhadap aku), tambahnya lagi. Tersentak aku. Diperlakukan selaku contoh mutowwif aka pembimbing agama aka ustaz yang tidak berdisiplin dalam etika berpakaian. Terus ringan mulut aku menjawab: "Buat apa pakai pakaian yang membuatkan kita berpura-pura di depan manusia? Pahala pun x dapat".
Apalagi, menyingalah si taukeh. Selama ini tiada seorang pun berani membantah cakapnya. Terus taukeh ni cakap kata etika berpakaian penting dan tidak boleh dipermain-mainkan. Kalau tak boleh ikut kehendak syarikat, boleh cuba cari makan dengan syarikat lain.
Pergh!!!! Menyirap (bukan bancuh sirap tau) darah aku!!! Nak ja rasanya aku maki dan belah dari situ kejap-kejap tu jugak. Tapi aku khuatir kalau perbuatan aku tu sebenarnya menurut bisikan syaitan. Aku tahankan lagi telinga mendengar bebelan si taukeh nih. "AsSobru jameel" kata Allah Azza wa Jalla.
bukanlah aku sengkek sangat tidak berjubah
Aku bertanya dalam hati, kenapa aku mesti berpakaian jubah siap berkupiah kalau datangnya aku dipanggil tanpa memberitahu akan ada taklimat khas untuk para mutowwif fasa 2 bersama mutowwif veteran macam aku nih. Kemudian pulak, bukannya waktu pejabat pun. Pakaian aku memang santai habis la. Dia siapa sampai aku mesti balik rumah tukar pakaian bila nak masuk mengadap? Bukannya aku ni staf dia. Kalau aku ni dikira pekerja, mana caruman KWSP aku? Mana Socso aku? Nak aku buat report kat KWSP? Kang kata aku penaya syarikat melayu pulak....
Don't judge the book by its cover. Sunnah itu bukan sekadar di kupiah waimma di jubah. So, tolonglah lepas ni kita buka minda dan fikiran kita. Kalau di Saudi, perogol pun pakai jubah. Tidaklah aku berniat mencerca jubah kerana ianya sunnah dan pakaian Rasul SAW yang tercinta. Tetapi aku kasihan perilaku dan pemikiran jumud yang tak terbuka mindanya walaupun dah berjalan serata dunia tapi tahap pemikirannya macam budak umur 5 tahun.
Nanti akan ada lagi rentetan cerita nih.. kia sambung lain masa. Wassalam....
No comments:
Post a Comment