Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Moga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW makin bertambah saban tahun. Ka ada di antara kita yang sambut Thaipusam? Toksah dok sambut la.. Rosak akidah. Tapi kalau ikut akidah 1Malaysia, boleh ja sambut.
Dah lama tak menulis.. entah la sama ada blog ni ada pembaca ka tidak. Aku cuba tulis walaupun tiada orang yang nak baca. Muahahahahha..
InsyaAllah, 19hb ni kalau tiada aral, aku akan pergi mengerjakan umrah. Dalam awal bulan Januari yang lalu, aku ikuti kursus jadi Mutowwif (orang yang berpusing-pusing aka kepala bawak orang buat kerjakan umrah). Aku attach dengan syarikat Andalusia Travel Sdn Bhd. Jadi depa punya mutowwif freelance tapi tak free. Sebab depa bayar. Muahahahaha..
Sebut pasal Maulidur Rasul, tak sabar rasanya nak pergi jejak kaki semula di perkampungan nabi SAW. Rindu seh.. Sapa yang dah pernah pergi, kalau tak rindu, memang dia ada masalah la tuh. Sapa yang belum pergi, mungkin tak dapat rasanya nikmat menziarahi rasul dan para sahabat yang selama ni kita dok baca dan dengar melalui buku dan mulut para ustaz dan alim-ulama'.
Aku sarankan, sapa yang ada duit lebih tu, cepat2kanlah pergi buat haji dahulu. Tapi kalau ada lebihan yang lebih, nak buat umrah dulu sebagai persiapan untuk haji, lagi2 la digalakkan. Tak kisah la pergi ngan mana-mana agensi. Asalkan mau pegi...
So, banyak2kanlah berdoa dengan Allah Azza wa Jalla moga dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa serta dianugerahkan kesihatan tubuh-badan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Haramain.
Sebelum aku sudahi tulisan kali ni, doakan aku selamat pergi dan kembali, amin...
Sebelum aku sudahi tulisan kali ni, doakan aku selamat pergi dan kembali, amin...
Wallahu A'lam....
salam,kalau pasal pembaca jgn risau,aku kan ada.
ReplyDeleteAku tetap pembaca setia Marn, ko tulis ke tak ke, aku tetap baca.....muahahaha......
ReplyDeleteIngatkan pegi 19/3, kalo tidak boleh jumpa sahabat kat saner. InsaAllah aku pegi 10/3. Semoga selamat pergi dan kembali, Amin.
ReplyDeleteaku jugak pembaca setia coretan ko man...klau tak dak posting baru aku akan ulang2 posting yg lama sampai aku puas..
ReplyDeleteaku pun insyallah p umrah bln 3 cuti sekolah ni...tp aku ikut mubarak travel
uik...akiebone...jumpa d tanah haram kita hehehe
ReplyDeleteInsyaallah, nnti kita kontek.
ReplyDeletesemoga selamat pergi & kembali.doa2kan sahabat yg lain supaya dapat peluang yg sama.
ReplyDeleteTerkejut dan terharu.. Rupanya ada lagi manusia dan sahabat setia yang dok baca blog ni. Aku ja yg tak setia nak update blog ni.
ReplyDeleteNi yg bakaq semangat level baru baru. Takpa, aku cuba selagi upaya untuk menulis dan terus kemaskinikan log kita ni.
Apa2 pun, tahniah diucapkan buat sahabat2 yg nak pegi buat umrah. Doaku mog kalian dipermudahkan urusan pegi dan selamat kembali.
Yang blom pergi, nnt aku doakan depan Multazam bagi murah rezeki dan diberikan kelapangan, insyaAllah.
Tahniah buat sahabat yg dimurahkan rezeki utk memjejakkan kaki ke Mekah.. Aku insyallah akan menyusur setahun dua nihh (tunggu anak besor sikit yob.. kang nk berdukung jer runsenn tema aihhh)
ReplyDeleteteman p 6 mac ni kot...hari tu sykt tu kata p 11 mac...tiba2 call kata kena p awai lagi...lantak p la kat depa cam mana depa ejas tarikh tu...ghubin!!!jumpa ka kita kat sana nanti?
ReplyDelete