Pages

Tuesday, November 29, 2011

Awal Muharram di tanah tinggi

Assalamualaikum..

Apa kabo semua? Semoga cuti anda anda dipenuhi dengan aktiviti yang mendatangkan keberkatan dan keampunan Ilahi. Sebelum aku menulis lanjut, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru! Azam tahun baru aku; lebih bertaqwa, tawadhu' dan berilmu.


Awal Muharram 1433H yang baru ni aku sambut di Cameron Highland bersama anak bini. Tanah tinggi yang sinonim dengan dua perkara: i. ladang teh. ii. ladang strawberi. Aku menghabiskan kehidupan aku di atas sana selama 2 hari 1 malam. Wang hangus: beratus-ratus. Sewa hotel naik berganda-ganda. Aku main redah je. Nak booking atas talian, banyaknya hotel non-muslim. Sampai di atas, tidur jugak di hotel non-muslim kes semua hotel muslim 'fully booked'. Nasib baik la dapat jugak di Brinchang, lokasi kegemaran. Kedai makan berdekatan pun sedap. Tak la rasa ralat sangat.


Asalnya memang tiada perancangan langsung memandangkan bajet untuk bercuti dah habis. Tapi apakan daya, bini aku dok bunyi nak pergi naik tanah tinggi. Sayang punya pasal, bangun pagi, bersiap, masuk kereta, bismillahirrahmanirrahim... Dalam kepala, tak banyak destinasi yang boleh dipilih. Di Malaysia ni, kita ada Genting, Cameron, Fraser Hill, Bukit Larut dan Bukit Tinggi. Untuk makluman semua; Bukit Depu, Bukit Chandan dan Bukit Gantang bukanlah tempat percutian tanah tinggi. Bukit Merah tempat pelancongan. Pun bukan tanah tinggi. Waterpark ja.


Dalam banyak-banyak destinasi, aku pilih Cameron sebab memang terasa sejuk. Juga sebab tiada kasino. Dan Brinchang jadi pilihan kalbu sebab terasa kesejukannya. Tanah Rata ada jugak rasa sejuk tu, tapi tak sesejuk Brinchang. Saranan: menginaplah di Brinchang. Ada dua tiga operator hotel dan apartment orang Melayu Islam. Yang paling sohor, Sri Juliana. Dikhabarkan taukehnya orang melayu terkaya di Cameron. Hasil pendapatan dengan menjadi operator hotel di pekan Brinchang. Taukehnya tak sombong. Lepas tu kita ada Hotel Wira Awan yang dimiliki oleh Koperasi Tentera. Harga Hotel Wira Awan ni memang murah. Untuk bilik keluarga yang punyai 2 katil besar saiz ratu baru RM150/-. Tu belum mintak diskaun. Diskaun boleh dapat sehingga 25%. Dengan syarat: Mintak diskaun di kaunter, kata staf yang jaga kaunter tuh. Kalau tak mintak, memang dia tak bagi diskaun.

malam minggu di pasar malam Brinchang

Ok. Kenapa Brinchang? Sebab malam minggunya sangat meriah. Ada pasar malam. Kalau cuti sekolah, pasar malam tu diadakan setiap malam sepanjang cuti sekolah. Bolehlah nak pergi bercuti tanpa menunggu hujung minggu. Sampai di sana nanti, jangan lupa cuba makan pucuk bunga lily salut tepung, cendawan salut tepung dan lain-lain. Cuma yang yang hairannya, masa aku ada di atas nuh, ramai yang beli udang goreng salut tepung. Setahu aku, udang tak hidup atas bukit-bukau. Dan ada juga kedai steamboat yang hebat di atas Banjaran Titiwangsa. Tak percaya? Pergi saja kedai steamboat bersebelahan Tudor Home Inn (tempat aku menginap). Ramai yang dok tibai steamboat. Pelik tapi benar.

Kea Farm

Dari Brinchang, nak naik ke Kea Farm pun dekat. Tempat beli-belah sayur yang sangat segar. Antara tempat yang patut dibuat ketika di Cameron: Kea Farm (beli sayur dan strawberi). Brinchang (pasar malam hujung minggu dan menginap). Tanah Rata: Mardi (aiskrim strawberinya sedap dan sayurnya murah). Tanah Rata ke Ringlet- Bharat Tea House (pekena teh segar seteko sambil layan mata memandang ladang teh saujana mata memandang, manthoob beb!). Lain-lain tu macam Cactus Park tak pergi pun takpa sebab tak best pun.


Orang tua, kita dan anak kita memang akan suka dengan Cameron. Kalau Fraser Hill, bosan doh.. Takdak apa. Hutan, rumah lama, hutan. Genting: Bising. Orang tua memang tak suka. Duit, habih banyak. Bukit Tinggi: sewa bilik dan makanan mahal buat yang berkeluarga besar.

Pada aku la, tempat bercuti tanah tinggi yang semua lapisan umur boleh berseronok, Cameron. Anak-anak boleh petik strawberi, pakai jaket tebal, layan kabus tebal, orang tua boleh beli sayur, kita keluarkan belanja pun tak la teruk. Overall, Cameron pukui abis.


Friday, November 18, 2011

Jumaat mai lagi

Assalamualaikum..

Pa habaq semua? Ni kira dah sibuk cuti sekolah la nih. Soheh senyap soh lagi la blog ni. Selamat bercuti. Tapi sebelum tu.. selamat berhari Jumaat. Jangan lena masa khatib membaca (bukan menyampaikan) khutbah. Tu yang khutbah daripada jadi makanan rohani bertukaq jadi ubat pelali. 


Baru-baru ni aku pi tidoq di Kenyir, bukan pi makan angin, tapi atas tugasan yang kena buat. Baguih la dok sana. Baru aku dapat nikmati hidup tanpa keperluan kepada godaan duniawi dan segala perkara-perkara yang menyibukkan diri. Terasa 24 jam di sana macam 28 jam. Punya la lama satu hari nak berlalu.


Aku rasa macam aku tau apa sebab. Matahari naik cepat kat sana. Pukui 7pagi, dah macam pukui 8pagi di sebelah kita di KL ni. Tu yang bila mangkit lewat, rasa macam lewat sangat-sangat dah. Muahahahaha. 


Di Kenyir ni banyak pengkalan. Yang paling sohor ialah Pengkalan Gawi. Kat situ memang sohor sebabnya situ pengkalan untuk aqua tourism. Aku tak main kat situ. Aku main kat Sg Chomo. Kena lalu kampung orang asli. Kat Sg Chomo ni tiada aqua-tourism sebab kerajaan dah gazetkan jadi kawasan ternak ikan air tawar. Ada macam-macam ikan orang bela. Yang paling banyak- Talapia hitam. Lain-lain macam talapia putih, keli, baung, patin dan lain-lain. Cheewah.. dulu haram aku tak kenai pun ikan-ikan ni. Yang aku tau; ikan tiga rasa, ikan masam-manis dan paling aku suka- kari kepala ikan.


Tapi tu la, aku rasakan kita ni yang dok sibuk dengan urusan dunia kita saban hari ni memang patut kena pi ambik peluang bercuti masuk hutan. Bawak anak-bini skali buat yang ada anak-bini. Baru kita tau harga berkeluarga itu mahal. Buat yang sibuk, serius aku cakap, sibuk tu sebab hangpa yang susun bagi sibuk. Cuba susun bagi dapat jugak slot bercuti masuk hutan, dok tepi tasik, dok dalam rumah bot, dok ataih pokok ka. 


Tak aci kalau bercuti pegi Cameron apatah lagi ke Kota Perjudian; genting Highland. Kat tempat-tempat macam tu tak mendamaikan. Hangpa kena pi tempat yang kena tinggai kereta mewah hangpa jauh-jauh. Barulah hangpa rasa berbaloi. Tapi kena setting dalam kepala, susah nak buang ayaq kecik waimma besaq, susah nak bergerak, tiada peralatan memasak yang proper. Tiada sungutan. Layan ja beb.. pasti akan timbul rasa syiok.


Percayalah cakap aku, ketegangan hubungan dalam keluarga, tahap stress tuan/puan insyaAllah hilang.

Jom bercuti masuk hutan!

Wednesday, November 9, 2011

Selamat berkorban dan berhari Eidul Adha

Assalamualaikum..

Walaupun lambat, tapi tak salah rasanya untuk aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban. Moga pengorbanan dan korban kita diterimaNya.

Tahun ni aku tak masuk mana-mana korban, tapi bini aku ada la join dengan adik-beradik dia. Di Terengganu, satu bahagian RM350.00, kat tempat hangpa berapa? Kalau di KL, aku dok perati satu bahagian dalam RM380.00. Mahai RM30.00 dengan Terengganu.

Ni saje nok kongsi pengalamang beraya di Pantai Timur. Tahung ni gilirang sambut Raya Korbang di Ganu. Cuaca molek. Dop ujang sangat. Lauk pung, molek je. Bulih mandi panta. Hok tu sedap skali. Panta molek, ayo pung molek. Dop macang alik kite. Ayo penuh sampoh. Minyok blana. Abih punoh doh panta alik kite. Dop same lasung. Skali mung tera mandey, rasenye dop selere nok mandi hok beloh kite. 

Malam raya di Kuala Terengganu agak meriah sebab ada orang main bunga api klcc. Tak cukup dengan tu, atas Bukit Puteri dok tembak 7 das tembakan meriam (macam kita dok dengaq masa harijadi sultan tu la). Ada la feel raya. Pagi raya, orang tak berapa nak ziarah rumah ke rumah macam Aidil Fitri, tapi ada buat jugak la rumah terbuka. Siang dok sibuk pi tengok sembelih lembu sama tolong melapah apa patut. Malam pulak, memenuhi jemputan rumah terbuka. Kira berasa jugak la suasana raya. Cuti pun dapat dua hari beb. 

Seingat aku, kalau di kampung aku nun di Changkat Jering, boleh kira dengan jari yang pakai baju cantik-cantik sambut raya. Nak bertakbir raya pun susah. Punya la jauh langit dengan bumi beza antara Ganu dgn Changkat Jering. 

Aku dok memikir jugak, kenapa la kita orang Islam tak sambut dengan sungguh-sungguh hari raya yang Allah Taala dah anugerah kat kita? Punya la Allah Taala suruh beraya dan suruh sungguh-sungguh sambut hari raya, sampaikan nak berpuasa pun jatuh haram. Boleh bayangkan tak? Puasa dikira haram pada hari raya. Puasa tu untuk Allah Taala, tapi jadi haram sebab jatuh pada hari raya. Dan punya la bangang manusia muslim hari ni (tak semua bangang tapi kebanyakannya bangang), sambut raya macam nak tak nak ja. Lagi satu, kalau nak banding Raya Puasa dengan Raya Haji/Korban, adalah lebih besar perayaan Raya Korban sebab kita sambut sampai 3 hari. 3 hari beb! Aku ulang: 3 hari. Kenapa la bangang muslim tak mintak kat kerajaan 'muslim', cuti 3 hari? Krismas yang ntah berapa kerat yang sambut tu pun dapat 2 hari. 

Ni satu lagi, banyak sekolah kebangsaan ambik cuti Deepavali lebih daripada cuti Raya Korban. Apa punya cerita nih? Ada yang sekolah tadak anak murid Hindu pun, tapi punya lapaq nak cuti, ambik cuti Deepavali. Minggu satu lagi yang jatuh Raya Haji, haram tak ambik pun. Bodo punya cikgu2. Patut la anak murid jadi bahlol sebab dapat cikgu2 yang lapaq ke cuti sampai dah tak kira sempena apa sekalipun. Lepas tu, abaikan hari kebesaran Islam. Kot ya pun, tengok-tengok la taqwim tuh. Memang jauh dah kita dengan Islam. Nak sambut hari kebesaran agama sendiri pun berkira. Makan nasik ka makan taik?

Serius aku cakap, aku lebih susah hati dengan kualiti guru berbanding anak murid pada hari ini.