Assalamualaikum..
Takziah diucapkan buat keluarga Mudir MIBCKK; arwah al-Fadhil Ustaz Kamaruddin, ayahnda kepada sahabat kita sdr. Lokman Razi yang telah pergi menyahut seruan Ilahi petang semalam.
Berita melalui SMS yang ku terima pada pukul 5.30pm semalam daripada Lokman yang mengesahkan bapanya meninggal dunia tepat jam 4.20 petang di Hospital Taiping, khabarnya akibat terkena jangkitan kuman kencing tikus.
Upacara pengkebumian jenazah dijadualkan pada pukul 11 pagi hari ini di Maqam al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut - Setiap yang bernyawa pastikan mati. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'un.
Aku tumpang sedih dan simpati buat keluarga Lokman Razi dan seluruh warga MIBCKK. Sama-sama kita doakan semoga roh arwah ditempatkan di dalam golongan yang diberkati dan diredhaiNya.
Sepuluh jariku susun tanda mohon kemaafan kerana tidak dapat menghadiri upacara pengkebumian dek kerana isteri sarat mengandung. Semoga Lokman sekeluarga tabah menghadapi suratan kehidupan.
Al-Faatihah.
salam...
ReplyDeletetakziah teman ucapkan buat lokman n family atas pemergian insan tersayang...sama2 kita doakan almarhum dicucuri rahmat ilahi n mendapat pengampuan rabbul izzati..
teman ada p mayang jenazah hari tu...member yang ada yang sempat teman jumpa fakhrul,amir sufril,muammar osman dll yang teman tak berapa ingat nama depa.
lokman razi teman tak sempat jumpa kerana beliau sebok menguruskan jenazah ayahandanya...sori bebyk lokman.