Assalamualikum..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi ruang kepada kita ntuk berutusan khabar melalui blog ni. Aku baru sembuh tpi tidak sepenuhnya daripada demam denggi. Saban tahun, bila musim denggi, aku akan demam dan setiap kali itulah aku disuspek mengidap demam denggi. Sehinggalah tahun ni yang telah memecahkan rekod suspek aku. Aku telah disahkan oleh doktor Hospital Ampang dua hari sudah sebagai salah seorang pengidap demam denggi.
Aku cuba untuk tidak ditahan di hospital. Alhamdulillah, cubaan aku berjaya. Hanya sempat ditahan selama dua jam. Tu pun setelah 5 botol air dipaksa masuk ke dalam saluran darah aku. Yang tak tahannya bukan masalah air yang masuk, tapi sejuk aircond yang tahap melampau. Adik sikit daripada peti sejuk beku ja cuaca dalam wad transit. Gila betui!!! Tapi yang peliknya, tak pulak aku berasa nak demam ka hapa ka. Selalunya, kalau kena aircond lama-lama, dah mula seram sejuk. Mungkin bila dah tahap sejuk melampau, demam pun tak jadi.
Buat kawan-kawan yang mak-ayahnya sakit, aku doakan moga kalian sabar dengan ketentuan dan ujian Allah SWT. Semalam, Jamil datang ke rumah ziarah aku. Thanks bro! Dia lepak lama gak dan kami bersembang banyak perkara dan topik yang paling lama kami bersembang ialah pasal pengalaman masing-masing yang jaga bapak yang sakit. dia ada pengalaman, aku pun ada. Yang pastinya, buat mereka yag belum ada, 'be prepared' aku nasihatkan dari segi wang ringgit, kasih-sayang dan kesabaran.
Jangan sayang duit bila masa memerlukan. Dan jangan membazir duit di tempat yang tak sepatutnya dibelanjakan. Kasih-sayang kena banyak terutamanya bila berurusan dengan ibubapa sendiri. Dan yang penting sekali, sabaq la weh... Ni baru sikit Allah Taala nak uji.
Buat yang mak-ayahnya masih sihat, selalu2lah telefon, SMS, bertanya khabar dan kalau dekat, pi la ziarah selalu. Paling kurang tu menguatkan semangat mak-ayah yang makin lama makin tua dan uzur. Depa nak anak-anak teringat kat depa ja.
Ingat...! Kita sayang orangtua kita, insyaAllah anak-anak kita sayang kita.
Salam ...
ReplyDeleteAku terkedu ngan utusan Mr. Presiden kali ni . Macam terkena tang batang idung sendiri . sebab ada crite disebaliknya .
Hari tu masa mula buka sekolah 04/01/2010 , aku dok tengah sibuk daftar anak tahun 1 . Tup ! tup ! memeber aku phone bg tau abang sulung aku accident on the way nak ke sekolahnya ... pengsan katanya lagi . Jd aku pun terus ke wad A & E di Spital Kuala Kangsar .
Waktu aku tiba aku tengok kak ipar aku , emak aku dan adik aku dah ada kat sana . Aku tanya sang doktor keadaan abang aku . Kata doktor mungkin ada pendarahan di kepala kerana abang aku udah 5 -6 kali muntah dan sedikit campur darah .
Jam 11.15 pagi Spital kuala tak leh nak buat ape kerana kekeuranga alatan nak buat CT Scan . Kena bawa ke Hospital Ipoh . kena tahan 4 hari kat Ipoh . Pantang ada doktor lalu aku akan tanya keadaan abang aku . Hingaa kekadang aku tak yakin dgn jawapan doktor tu . Nak puaskan hati aku berbincang adik beradik nak bawa abang aku ke Private Hospital . Maka aku jumpalah Dato' Dr. Fadli Cheah( Pakar Neuro Surgeon ) . Aku sangat puas hati ngan jawapannya dan kerana aku dapat bertanya segala soalan dgn nya sehingga doktor tu tanya kat aku ada ape-ape soalan lagi nak tanya . Sedangkan pesakitnya diluar tu ada 4-5 orang lagi . Sehingga ari ni abang aku masih lagi tak beberapa kuat ingatannya . mungkin ambil masa 2 - 3 bulan untuk sembuh .
Berapa RM habissss. Jangan tanya le ? Janji abang aku sihat macam biasa itu yang aku mahu .
Betul lah kata Mr. Presiden tu ... beringat sebelum kena .
Adiso . SPEKI
Habis tu apa Dato' Dr. Fadli Cheah( Pakar Neuro Surgeon )tu kata pasai abg mike meor?
ReplyDeleteBtw mak mertua aku pun tgh ader kat Hospital HUKM skang ni, pagi ni br nk buat ct scan...
Nampak gayernyer geng2 komuniti ni byk jugaklah sedare mare yg tengah sakit.
Kelmarin aku call si saiful asri & beliau mengadu tgh sakit kepala yg amat sangat. Mak aku pon selaku pengidap kencing manis mmg selalu mengalami sakit kepala yg teruk skali sampai menangis2 tetapi sejak dier berubat dgn kerusi arus letrik kt Kuala tu alhamdulillah kurang ler sikit. Tiap2 hari berulang-alik ipoh - kuala. sian pulak kt ayh aku, kalau hujan lebat tdo ler rumah kakak aku ker sedara mara kt kuala ker camtu lah aktiviti depa la ni. Itu tak termasuk supplement food yg dier ambik. Semua tu duit.. (blakang ader plak ura2 myk nak naik plak) haruuu betui la...
Bukan ura-ura lagi mart. Mmg nak naik. Harge keta akan turun, harga petrol akan naik dan tiada subsidi lagi.
ReplyDeleteLa, kalau kerusi arus eletrik tu, kat CC aku memang dok ada sebuah. Sapa pun tak guna. Kawan2 nak guna, pi la. enitaim ja kalau si asri tu nak buat terapi. tengah CC aku dok bukak lagi ni, boleh la pi pulun buat hari2. Nanti CC aku tutup, tadak tempat dah nak buat terapi.
Hi!
ReplyDeleteYou may probably be very interested to know how one can manage to receive high yields on investments.
There is no initial capital needed.
You may commense earning with a money that usually goes
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one company's work for several years,
and I'll be glad to let you know my secrets at my blog.
Please visit my pages and send me private message to get the info.
P.S. I make 1000-2000 per day now.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Salam ...
ReplyDelete( Aku sambung crite sebab Cik Mart Bertanya )
Tn doktor tu bagi kat aku , kat otak tu ada sedikit kontusi ( lebam ) . Lebam kat otak la kot , tapi dia tak sebut itu adalah pendarahan @ darah beku . Otak yang lebam tu adalah kawasan yang kontrol percakapannya . Patutlah abang aku aku tu diam ajer sejak accident .
Katanya lagi , abang aku ni tgh disleksia untuk satu tempoh yang tertentu , mungkin boleh sembuh cepat atau sebaliknya . Tak kronik dan tak memerlukan pembedahan . Cuma mengambil masa yang lama utk pulih seperti sedia kala . Ubat yang diberi semua ada tulis perkataan BRAIN .
Lepas ni la ... kalau anak kita jatuh atau terjatuh dan melibatkan bahagaian kepala , awasilah dia atau tengok keadaanya , kalau muntah muntah ... segera bertindak
Adios . SPEKI