Pages

Tuesday, November 3, 2009

Bisnes dan curi

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyibukkan diri, akhirnya dapat juga peluang untuk aku membuat tempelan baru. Maaf dipinta sekiranya kebosanan melanda kawan-kawan seminggu-dua ni.

Berita terkini, pejabat aku dipecah masuk pencuri. Beberapa barangan seperti laptop, kamera, dan peripheralsnya telah dikesan sebagai mangsa korban. Mengikut naluri aku, yang mencuri itu sama ada budak kita ataupun Endon. Yang pasti, berkenderaan motorsikal. Sebab, barangan yang mudah-alih sahaja yang dikebas.

Oleh yang demikian, perjalanan bisnes aku pun agak terganggu dek kerana perbuatan khianat dan jahat seperti ini.

Moral daripada cerita yang dikongsikan bersama ini, sama-samalah kita mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam menjaga nyawa dan harta-benda kita semua. Moga Allah SWT melindungi kita daripada segala mara bahaya, gangguan syaitan dan sudian orang-orang yang zalim.

2 comments:

  1. apa beza bisnes dan mencuri? bisnes dihalalkan, manakala mencuri diharamkan.

    tapi da juga kbisnes yang diklasifikasikan sebagai mencuri. Contohnya: Hasil repot Ketua Audit Negera. Berlaku ketirisan yg memakan RM20B. Tu baru tirih, kalau bocoq? Duit sapa RM20B tu? duit anak2 kita la brother oi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete