Pages

Monday, October 5, 2009

Majlis Hari Raya

Assalamualaikum..

Seperti di dalam shoutbox, Mart telah mewar-warkan hasil Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Zon Tengah Komuniti87. Meriah dengan kunjungan handai-taulan. Terima kasih tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada malam tersebut.

Antara yang hadir, muka-muka yang biasa seperti Mart Jeni dan keluarga, Saiful Asri dan isteri, Jamil, Zaki Saidin dan keluarga, Izanee (of course la sebab tuan tanah), Wak Yahya dan keluarga, Zaki Yusof dan keluarga (tak dan berjumpa sebab gerak awal sangat), aku dan keluarga serta Farasafuan dan Zaki Siam.

Ayah Izanee yakni pakcik Zainon nampak ceria walaupun beliau uzur dek kerana kaki dan lututnya yang sakit. Pun begitu, kemeriahan tetap terasa dengan jerit-pekik anak masing-masing.

Syabas dan terima kasih tidak terhingga buat kawan-kawan. Insyaallah, panjang umur kita buat lagi perjumpaan yang seumpamanya lagi di masa hadapan.

Keesokan harinya, pada waktu tengahari, Wak Yahya menjemput kawan-kawan yang hadir pada malam tu untuk pergi ke rumah terbuka di rumahnya di Wangsa Maju. aku sekeluarga serta Mat sekeluarga dan Asri suami-isteri pergi mencemar duli ke teratak musafir Wak Yahya. Meriah juga rumah terbuka Wak Ya dengan kehadiran saudara-maranya memenuhi rumah beliau.

Angin sepoi-sepoi syahdu melatari suasana. Kalau beruk di atas pokok kena hembusan angin seperti tu, pastinya jatuh pokok sebab terlena syahdu.

Buat yang teringin nak ajak beraya, jangan segan-seganlah nak jemput kawan-kawan. Tahun ni ku tak buat rumah terbukak sebab bajet tiada. Hajat hati nak buat, tapi apakan daya. dok tunggu jugak la kawan-kawan ajak rumah terbuka. Muahahaha..

Apa-apa pun, selamat dalam apa jua yang anda semua sedang dan akan buat. Sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Salah dan silap dalam bermain kata, aku memohon ampun dan maaf andainya gurauan bahasa mencalarkan rasa.


13 comments:

  1. Aku rasa syiok malam tu sebab berjaya temukan zaki siam sama zaki saidin dengan si farasafuan. Punya lama tak jumpa.

    Pak Izanee memang nampak uzur. Sama-sama kita doakan semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti biasa.

    ReplyDelete
  2. Ya mmg betui malam tu serba serbi best, makanan OK, Tuan Rumah OK, kedatangan pon OK, closing pon Ok kira best la mlm tuh... Pasni tggu Gbox jer la buat house warming party.. dok gitu Tuang Presideng? Aku rasa kalu gbox buat kenuri mmg ramai yg turun... & kami cuba bawa kamben utk persembahan mlm tuh heheheheh

    ReplyDelete
  3. aku menafikan yang aku balik awal malam tu...aku terpaksa ikut schedule yang abe mak titipkan dalam sms aku..dia habaq 8-9...oleh kerana aku terikat dgn byk pgrm hari tu hehehe aku mmg ambek 8-9 utk keumah izani..tapi apakan daya waktu tu ramai yang tak sampai..jalan pung jem...aku mintak maaf la tapi sayu jgk tak dapat salam ngan tuan presideng malam tu..tak pa lain kali kita buat lagi k...umah gbox pun tak pa...izani kata tasik kenyir tak jadi betul ka?tp tak pa ikan loban di pangkor sedang menggamit kedatangan komuniti 87

    ReplyDelete
  4. a'kum,

    wah!jeles je aku dengo kemeriahan pd hari tu,aku dpt bayangkan mcmana ropenyer,tp apakan daya,keadaan x mengizinkan aku untuk turut serta pd mlm tu.
    tp insyaallah,klu ada rezeki nnt dpt le kita jmpa kat rmh aku plk,insyaallah.

    BORG:mart,pasal kambin tu x pyh la susah2,klu nak bwk tu bwk le tp klu x nak bwk tu bwk le jgk.keh..keh..

    ReplyDelete
  5. peghhh sejak sekian lama gbox memendam rasa akhirnya bersuara jugak sahabat sejati aku ni hhahaa...
    bila nak buat kenduri box...elok la hang buat kengkawan lama dah teringin nak p umah baru hang kat manjung tu hahaha...aku ras elok sekalikan open house n kenduri masuk umah baru...tak gitu

    ReplyDelete
  6. a'kum,

    bro,aku bkn x nak buat,masaalahnya,rmh aku tu baru naik tiang,tu la aku mintak kwn2 tlg la doakan agar pembinaannya berjln dgn lancar mengikut perancangan yg sepatutnya.
    mcm kata tuan presiden la..nak buat rmh ni proses dia x semudah mcm nak beli rmh,skrg ni aku dh rasa sendiri maksud kata2 tu,mcm2 proses dan prosedur yg perlu ditangani,sbb tu la selagi blm siap aku malas nak kata apa2.
    tp insyaallah klu makbul doa dari kwn2 semua,jemputan dari aku akan menyusul.

    ReplyDelete
  7. Borg, nanti jgn lupa jemput kirk hemmet baca doa tahlil tau.... tingi ilmu wak kirk tuh...

    ReplyDelete
  8. Salam ...

    Ate ... bila lg wak gborg nak buat open house nyer , syawal dah semakin suntuk nih .

    Tapi kalu bukan bulan syawal pun kalu dah dibuat open haouse n di ajak mesti datang punye .

    Kirk Hammert bulan ramadhan ari tu lu posa kat negara maner . Lu punye konsert tak di tangguhkan ker ? koz dah lama tak jengok blog ni . idup lg ke kirk hammert ni

    Adios. Speki

    ReplyDelete
  9. orang tua2 selalu kata kalau nak buat open house tak mestinya rumah tu kita beli...rumah sewa pun kalau nak buat open house apa salahnya...sah tetap sah..yang penting niat dia kena ikhlas lillah ta'ala.

    ReplyDelete
  10. a'kum,

    betul ckp abu atief tu,tp aku lbh mementingkan keselesaan kwn2,sbb rmh sewa yg aku duduk skrg ni besor sikit je dari rmh kasim selamat yg duduk bwh kolong tu,jd aku rasa x brp sesuai klu nak buat majlis kerana aku x dpt bayangkan nnt klu mat jeni nnt terpaksa duduk atas riba meo speki dan speki pulak terpaksa menahan derita sambil membaca tahlil dek kerana sempitnya rmh aku tu,abu atief plk duduk bersandar di dinding sambil diapit oleh saiful asri dan izanee dikiri dan kanannya dgn tekanan yg maksimum dan saiful yusrin plk memberi tekanan maksimum dari depan plk.

    BORG:wlpun bunyi mcm ngeri tp
    itulah hakikatnya,

    ReplyDelete
  11. Tu mcm rumah yg aku beli jer borg.. aku mmg beli kolong pon itu jer yg mampu..

    ReplyDelete
  12. A'KUM,

    ngko mampu jgk beli mat,aku mampu sewa je..tp apapun bersyukurlah pada apa yg allah dh bg kat kita,benda2 dunia ni bkn blh bwk msk kubo pun,x gitu abu atief?

    BORG:lbh baik bersederhana

    ReplyDelete
  13. semua orang dah kenai sgt ngan gbox...ckup pandai bermain madah bersenda loka untuk menegakkan benang yang basah hahahaa...semalam aku ada baca dalam pepa sorang pak cik duduk kat johor berbangsa jawa ttp mengadakan open house wpun rumahnya besar tandas awam medan kid aje...ramai kngkawan dia yang hadir n majlis ttp meriah wpun saiz rumahnya kecil...bukan nak buat joget lambak pun umah beso2...kalau terpaksa berasak2 sekalipun apa salahnya utk menguatkan ikatan persahabatan sesama kita...konsert2 maksiat orang boleh berasak takkan tak sangup berasak utk buat menda baik

    ReplyDelete