Pages

Thursday, April 9, 2009

Pra dan pasca PRK Bukit Gantang

Assalamualaikum..

Letih, hilang suara, seronok, marah dan pelbagai perasaan yang berkecamuk dalam hati semasa berlangsungnya PRK di kawasan aku baru-baru ni; Bukit Gantang. Majoriti telah bersuara dan memilih Ir. Dato' Seri Nizar sebagai ahli parlimen kawasan Bukit Gantang. Saja aku nak kongsikan bersama pengalaman aku selaku penduduk dan pengundi di situ semasa berlangsungnya kempen dan hari mengundi secara ringkas.


Hari-hari sebelum hari mengundi:
Letih beb... Di mana-mana saja ada polis. MARTEK ataupun Markas Tektikal polis di tempatkan di tiga kawasan iaitu Changkat Jering, Simpang dan pekan Trong. Polis dan FRU merata-rata tempat. Suasana meriah amat. Sana-sini ada gerai, ekspo dan warung. Dalam ramai polis yang bertaburan merata tempat, penduduk tempatan relaks naik motor tak pakai helmet. Polis pun buat tak nampak. Depa lebih pentingkan tapak ceramah berbanding kesalahan jalanraya.

Yang petugas parti masing-masing dok ke hulu dan ke hilir. Ada yang tanya malam ni Mat Sabu kat kawasan mana? Ada yang dok ikut Muhyiddin Yassin. Aku seronok tengok manusia yang melaut mai entah dari celah pokok mana. Tetiba ja ramai manusia penuh di kawasan kampung aku. Meriah! Tu la perkataan yang paling tepat. Tiap2 malam mesti ada 3-4 buah trak FRU yang bergegas ke tempat yang dilaporkan ada kejadian panas. Antara tempat panas yang telah dikenalpasti ialah: Kg Tengah Changkat Ibol, Batu 9 Jalan Trong, Jalan Air Putih, Kg Jaha Sungai Mati dan beberapa kawasan lain. Ada yang kubu kuat PAS dan BN (UMNO).

Jalan sesak tak hingat. Aku nak ke sana ke mari pun kena naik motorsikal. Taiping yang tak masuk area kena mengundi pun sesak sampai pukui 2 pagi. Kejutan budaya beb. Ramai pakcik makcik mengadu sakit sebelah kaki sebab dok main 'clutch' kereta. Banyak kereta di Taiping masih pakai gear 'manual'. Tu yang sakit tu.

Kalau dulu bila calon PAS dan BN (UMNO) yang bertanding, cuma ada ceramah dan gerai jualan sahaja. Tapi kali ni meriah beb. Meriah dengan tarian naganya, hi-teanya, ceramah kelompok, ceramah perdana, tapak ekspo PASnya, tapak ekspo BNnya, dikir barat pun ada beb. Didatangkan khas oleh PAS Kelantan untuk hiburan seisi keluarga di Taiping, siap ada bunga api dan mercun letup sana-sini. Macam pesta berskala besar.

Malam terakhir berkempen, aku pi lepak dengar ceramah BN yang dibintangi oleh: Hanapiah Man (bekas exco AMK), Ezam (semua orang kenai mamat '6 kotak' ni kan?), Faridah (exco Neg. Perak), Osman Jailu (yang melompat baru-baru ni). Ramai la jugak yang hadir malam tu. Antaranya kawan kita: ust. Amali Amhuri. Baguih jugak kawan kita ni. Kira tak sia-sia mengaji d Jordan. Katanya dia baca Doa Penutup ceramah. Aku tak sempat nak join sampai habis program tu sebab pi jumpa pak long bini aku yang mai dari Gua Musang, Kelantan berkampung sebulan di Taiping jadi sebahagian jentera parti. PAS tok-tok paklong bini aku tuh.

Hari mengundi:
Sengaja aku 'follow' calon PAS sebab aku ada kaki yang membolehkan aku joint 'jaulah' yang dibuat oleh calon PAS. Tak pernah buat pun sebelum ni. Seronok beb. Asalnya nak 'follow' calon BN, tapi tak dapat. Aku punya kaki dalam BN tak 'sepower' kaki dalam PAS. Bermula dari pekan Bukit Gantang masuk ke Kg Cheh (kena ludah dengan geng BN), Bukit Cempedak, Changkat Ibol (sebutan: Caka' Bo), Batu 9, Trong, Sg Tinggi, Sg. Bemban (kereta kena hentak dengan kayu dengan penyokong BN), Air Putih (singgah makan di situ). Sambung balik ke Permatang Raja, Ladang Allaga, Air Terjun (ni nama tempat), Masjid Trong (solat Zohor), Sg Dusun, Kg Jaha, Matang Gelugor, Matang, Matang Road, Kuala Sepetang, Simpang, Simpang Halt dan Air Putih.

Berselisih aku dengan Fariz (ni orang kuat jentera pilihanraya) di Sek. Men. Simpang pukul 4 petang. Dia dok rayu undi. Baguih wo ust Fariz tu. Kerja keras siang-malam. Aku ada di kampung hanya sampai pukul 5.30 petang memandangkan kena naik bas bertolak pulang ke KL. Ada tugasan beb.

Dapat berita calon PAS menang pun atas bas je. Apa-apapun, suara aku hilang sebab dok kena hujan panas, sorak sana-sini. Kesnya naik motor ke hulu dan ke helio. Kejap baroh, kejap darat. Nak meriah lagi, siap ada banjir kilat di Simpang Halt. Nak seronok, orang kampung tu mai bercerita kat aku masa aku pi melawat tempat tu; Zambri Cendoi pi melawat tempat banjir. Dia sintin seluaq sampai lutut, celup kaki dalam ayaq bah, cameraman pukui gambaq, paih tu dia cabut. Esoknya, tajuk berita: Zambri Mesra Rakyat dan Prihatin. Tu yang orang kampung tu marah sebab kecoh (tipu) dalam surat habaq. Aku nak kata apa, aku gelak je la. Aku tak tau nak kata betui ke tidak sebab yang cerita ni mamat India. Tak thiqah pun ya. Orang fasik pun nabi soh siasat, apatah lagi India yang bukan muslim.

Antara faktor Nizar menang, dia boleh ceramah dalam bahasa Mandarin dan India (dialek apa aku tak tau la). BN kena akui si Nizar tu 'power'. Lagipun BN berpecah kepada dua team. Satu team Datuk Rosli dan satu lagi team Ismail Safiyan aka Mail Danok. Orang kampung Bukit Gantang kata dia suka pi Danok makan kepah. Aku tak pernah dengaq ada kepah sedap kat sana. Depa masak apa? Hangpa tau? Berbalik soal pecah dua kesnya masa pemilihan ketua bahagian, depa dua orang tu masuk bertanding. Rosli yang menang. Masa penamaan calon, bergaduh sesama UMNO sebab geng Rosli mati-mati ingat Rosli masuk calon. Sekali, Najib sudah pilih Mail. Kalau Mail menang, next pemilihan Rosli boleh terpelanting. Tu yang besar kemungkinan geng Rosli boikot sama rosak undi. Ni pun aku dengaq gitu-gitu je la. Sekadar berita sensasi bolehla. Nak percaya jangan. Hehehehehe...

Secara jujur, hasil daripada pemerhatian aku, jentera pilihanraya PAS lebih kemas, tersusun dan penuh dengan kepelbagaian dalam meraih minat, simpati dan sokongan pengundi-pengundi Melayu, Cina dan India. Tak hairanlah bila PAS menang dengan majoriti yang bertambah. Tu pun SPR buat hari Selasa, kalau hujung minggu, aku rasa BN kalah lagi teruk. Rata-rata tempat ceramah BN (UMNO) banyak kerusi daripada orang. Yang PAS punya, memang melaut manusia (ni pun ramainya orang luar sebab ikut post mortem, pengundi melayu lebih ramai sokong BN).

Apa-apa pun, secara kasarnya banyak jugakla kemudahan dan keuntungan yang orang kampung dan tok ketua kampung dan kampung2 yang bersebelahan dengan kampug aku dapat. Antaranya: lampu trafik depan sekolah rendah Bendang Siam tepi rumah mak aku yang dah bertaon orang kampung mintak, tanah orang kampung yang berpaya abih ditambak siang-malam, peniaga2 warung, kedai kopi dan macam2, tuan punya rumah dan premis perniagaan, tuan tanah yang bagi sewa buat tapak ekspo, ceramah dan sebagainya. Surau-surau pun dapat peruntukan tambahan. Orang miskin pun dapat perhatian pak-pak menteri. Kira overall oklah tu walaupun penat.

p/s: Dengaq kata bakal ada dua PRK selepas ni. Satu: Bukit Lanjan, Selangor. Satu lagi di Penanti, Pulau Pinang. Sama-sama kita nantikan babak seterusnya.

No comments:

Post a Comment