Assalamualaikum..
Bersempena dengan penghulu segala hari bagi setiap minggu, ingin aku kongsikan maklumat yang aku dapat melalui emel yang kawan aku forwardkan. Terpanggil untuk berkongsi sama ilmu ni, marilah kita sama-sama mengambil faedah daripada artikel di bawah:
Otak dan kelebihan berzikir.
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Satu kajian yang telah dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Sama-samalah kita beramal dengan tidak mengabaikan zikrullah demi kebaikan kita semua, insyaAllah.
teringat aku masa zaman sekolah, tiap-tiap hari lepas subuh dengan asar, kena baca al-Ma'thurat. Lama gila tak baca. Aku harap kawan-kawan yang lain istiqomah dengan bacaan Ma'thurat.
ReplyDeleteal-Fatihah buat arwah ustaz Musa dan arwah ustaz-ustaz yang lain yang bersungguh-sungguh didik kita. Moga Allah SWT menempatkan roh mereka bersama-sama orang yang diredhai, amin...
Tq bro atas peringatan... Lepaih ni masa layan jam leh la zikir aper patut...
ReplyDeleteshukran ya akhi bresiden...cukup berkuality artikel yang ko selitkan...rupanya banyak lagi bende yang kita tak tau...setiap apa yang nabi suruh tu mmg byk hikmah n kelebihannya...tapi yang lagi hebatnya segala rahsia2 ni banyak yang terbongkar di belah barat nun..tu sebab ramai yang peluk islam dikalangan saintis barat ni...tq bro.
ReplyDeletebro man,apsal dah x blh access harakah melalui blog ni?gua nak access direct kadang2 sangkut la tp klu melalui blog ni lancar je,wa pun heran,
ReplyDeleteApa yg kirky cuba sampaikan ni komen ker pujian ker pertanyaan.. konfius aku... Demam jom heboh kot kirky? hihihihi
ReplyDelete