Assalamualaikum..
Musim hujan begini ramai yang jatuh sakit. Ada yang sakit demam, selsema dan macam-macam. Aku berdoa semoga kita semua dilindungi InayahNya dan mendapat keberkatan serta sihat tubuh badan untuk menerus dan memperbanyakkan lagi ibadah seharian kita.
2-3 hari lepas, anakku yang si Nadia, selsema. Alhamdulillah, setelah ikhtiar dengan pergi berjumpa doktor, semuanya kembali seperti normal. Maha Suci Allah yang mendatangkan sakit, dan Dialah jua yang menghilangkannya. Ubat dan lain-lain adalah ikhtiar kita semua.
Sakit itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang sebagai bala dan peringatan. Ada juga yang datang sebagai kaffarah, penebus dosa kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Dia mencipta sakit dan penyakit, dan Dia juga mencipta penyembuh untuk setiap kesakitan yang ditanggung hambaNya.
Andaikata sakit itu tiada dalam kamus kehidupan manusia, kita akan menjadi lalai, bongkak dan takabbur serta tidak mengambil endah peri keperluan untuk menjaga kesihatan. Tidak akan ada manusia yang menghargai erti sebuah kehidupan yang sihat.
Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
1. Muda sebelum tua.
2. Lapang sebelum sempit.
3. Sihat sebelum sakit.
4. Kaya sebelum miskin.
5. Hidup sebelum mati.
Semoga kita semua berlapang dada dengan ujian dan peringatan yang Allah SWT berikan kepada kita, kerna sesungguhnya itu tanda Dia Maha Menyayangi.
be mark, anok mung doh jadi guanne? Sihak ke diye? Aku nok jupe dengang mung pong dok dang.
ReplyDeleteSmalang aku gi hutang melintang, gi buang jing dalang badang pokcik (pok metue kawang aku). Ade la 4 eko kate jing dalang badang tu. Aku harap diye sihak le lepah gi buang jing tu.
stakat ni kat spital le lagi.. temp dia asyik turun naik.. kejap2 37.5 kejap2 40.
ReplyDeleteSalam ...
ReplyDeletePosting hg kali ni bab sakit lak , kebetulan lak .. kebetulan lagi ( org melayu ni memang rapat ngan perkataa KEBETULAN ) tapi deme tak kata benda tu takdir . Aku baru sembuh dr demam chikungunya , alamak sakitnya bukan main , tp aku tak ler sakit-sakit sendi yg teruk mcm org lain , tp tahap kepanasan badan yg mencecah hgga 39-40 darjah celcius yg menyebabkan badan aku kesejukan . 8 hari demam 5 kali ambil darah nak tengok platlet darah merah dan putih .
Itu belum lg bab ruam merah yg keluar lepas demam .. gatalnyaaa Ya rabbi, kalau ada mesin garu gatal macam kerusi mesin urut tu .. rasanya aku ler yg beli dulu . Ngam-ngam hari kelapan sakit sendi , ruam dan demam hilang . Betoi ler kata org lain demam chikungunya ni datang mengejut hilang pun mengejut . Ada sape2 yg dah kena demam ni ke .
So .. ada ker yg nak mai kenduri Iz and lokman tu nanti
Adioss. SPEKI
semoga sembuh hendaknya dengan cepat, insyaAllah. takpa mart, tu kira ujian buat hang sekeluarga.
ReplyDeletebuat meo speki, terima kasih di atas teguran hang. insyaAllah aku akan lebih teliti. apa2 pun, semoga hang sembuh seperti sediakala adanya. hang sorang ja ka yang kena? aku harap tadak sapa lagi yang kena. cuba cerita sikit pasai sakit deman chikungunya ni. apa sebabnya yang kena? apa simptom2nya, apa tindakan selanjutnya? boleh bawak maut ka? apa yang menjadi hos kepada sakit demam chikungunya ni? Macam denggi kita tau nyamuk aedes. Let's share and spread the love bro!
akom kengkawan..
ReplyDeletelama dah aku tak jengok blog kesayangan ramai ni...biasakla sekolah cuti susah la ckit aku nak jengok blog...
ramai kengkawan dapat sakit...aku alhamdulilah so far so goog...yang dapat musibah kena banyak bersabar...setiap perkara yang menimpa orang mukmin itu semuanya satu kebaikan...bila dia dapat satu benda molek dia bersyukur...itu satu kebaikan bagi dia n bila dia ditimpa benda tak molek dia sabar dan itu juga satu kebaikan bagi dia...benda ni tak dak kat orang lain melainkan allah sediakan untuk orang mukmin jer.
Orang barat yang berbahasa inggeris cakap: "Blessing comes in many ways". Macam tu la jugak dengan sakit dan penyakit.
ReplyDeleteAllah Taala cipta AIDS, ada penawarnya iaitu hukum hudud, bukannya getah tiub yang diberikan pelbagai jenama.
Masalah yang berlaku, kita manusia ni cuba berlagak menjadi tuhan. Jadi hamba pun dah cukup 'fail', ada hati nak jadi tuhan.
Muahahahahahha to all god wannabe!
Aku ader la bertanya pd Dr tu psl chikungunya dia bgtau yg penyakit tu level dia rendah sket dr denggi, memdiumnya still sama iaitu nyamuk.. cuma ianya tidak membawa kpd maut kecuali pd orng yg sgt2 tua. betul la kata meor sakit chikungunya attack sendi2 dan sampe ada kes yg tak buleh nak jalan pon.. Stakat ni mmg takde ubat cam denggi gak cuma denggi tu lagi merbahaya la.. sekian lah sahaja sedikit info yg aku perolehi utk kwn2 semua.
ReplyDeletenext kambination nk kena bwk ubat nyamuk ker? just incase hihihihi
ReplyDeleteAku rasa asap mentalon daripada tempat pembakaran kamben dan rokok yang kengkawan dok isap sudah cukup untuk menghindarkan nyamuk pembawa virus chikungunya tu.
ReplyDeleteTau la nyamuk, tapi nyamuk apa? aku boleh la nak cari info, tapi saja la aku nak tanya kawan2 yang dah ada info. kena terapkan sifat dan habit 'suka mencari' dalam setiap diri kita. baru lah kita serbabi (serba-serbi) yang mat saleh cakap 'allrounder' tu la.
nasihat yang baik
ReplyDelete