Asssalamualaikum..
Semenjak dua tiga minggu ni, aku perhatikan suasana di blog kita ini agak dan semakin muram. Mungkinkah topik yang diposkan tidak menepati citarasa dan jauh menyimpang daripada perbincangan hangat seperti politik dan sebagainya.
Sebenarnya aku teringin juga nak berbicara hal-ehwal politik di tanah air kita yang tercinta ini. Akan tetapi, memandangkan sudah terlalu banyak blog2 di luar sana yang menjurus kepada perbincangan politik, maka aku sedari tak perlulah aku nak tumpang sekaki menyemarakkan sama ada perasaan marah atau kecewa ataupun harapan rakyat marhaein seperti kita ini terhadap kerajaan yang sedia ada.
Aku mengajak kawan2 semua untuk sama2 merenung tentang suasana dan iklim ekonomi sejagat dewasa ini. Akibat daripada keruntuhan sub-prima di US, memberikan petanda awal akan kegawatan ekonomi dunia yang bakal dan sedang melanda. Malangnya kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini sedaya upaya cuba menipu kita dengan pelbagai kenyataan di dada akhbar milik mereka kononnya ekonomi kita tidak terjejas.
Bagi mereka yang makan gaji, mungkin tidak ketara terjejas, tetapi bagi mereka yang berniaga, sudah mula mencari alternatif lain untuk meneruskan kesinambungan pendapatan. Di Singapura sudah ada syarikat-syarikat yang membuang pekerja.
p/s: nanti aku sambung lagi.
Salam ..
ReplyDeleteAku tertnya-tanya ler tentang Preesiden Amerika yg baru tu... kenapa perkataan OBAMA tu tak jadi OSAMA , kalu idok mesti dunia ni aman damai .
So.. ATIEF hg dah baca HARAKAH kekeluaran terbaru atau harakah daily ni .. komen ler ckit .
Najib kata ekonomi kita strong ... aku pun tak paham strong lagu mana ? macam PEPAYA kot ?
Apa crite sahabat2 yang lain sonyap ajer ...
ADISO . SPEKI
aku tak tau apa kesahnya perkembangan kawan2 yang lain. cumanya telahan aku, depa tu mungkin masuk stage hibernasi. ala.. macam beruang jugak la. 6 bulan aktif, 6 bulan hibernasi. muahahahahaahah!!!
ReplyDeleteskabg ni nama apa2 pun, tak tentu kalu. kalau nama muhammad sekalipun, tapi perangai dan hati perut busuk pun tak guna gak.
baik demokrat mahupun aristokrat, apatah lagi republikan, depa tu naik jadi presiden mesti dapat blessing daripada persatuan jews di amerika dan israel. oleh yang demikian, kalau kita telusuri sejarah, semua presiden amerika memang anti-Islam. nak kata kristian pun tidak sebab dok telan ayaq kencin setan macam kita teguk milo ais ja lagaknya. Sedangkan dalam ten comandment, memang minum arak tu salah satu dosa besaq.
ni jangan la nak sembang bab adultery. pada depa (barat) dah jadi macam budaya dan kalau tak 'parkon' anak pompuan atau isteri orang, jadi macam satu menda yang pelik.
ka gumana?
assalamualaikum.....
ReplyDeletewa nk respon ckit ttg bajet 2009 yg lalu, smua kkitgn kerajaan pusat di bertukar wilayah,layak menerima kemudahan tambang percuma ke wilayah asal setahun skali...... itu cerita yang indah tapi hakikatnye smpai skrg hampeeeeeeh habuk pun tarak lg.
wslam
salam....
ReplyDeletewehhh abang dorrr...rindu teman kat mike...apakah kerana peristiwa hitam bulan posa hari tu mike pilih untuk berdiam diri?
tapi alhamdulillah la mike dah berani bersuara.
respon kpd statement Tn Presiden aku rasa yg mkn gaji terutama golongan sederhana cam aku ni terasa gak bahang kegawatan ekonomi nih.. sbb w'pun harga myk dh turun harga brg masih ditakuk lama. Depa ja (alip tendang mim tendan wau) DAKWA rege brg dh toron.. mujurlah myk dh murah sikit selesa gak le nk kesana kesini.
ReplyDelete