Assalamualaikum..
Bertemu kembali di dalam posting baru. Aku ingin menyentuh perihal kambing yang menjadi isu hangat global masakini.
Mengikut pendapat sdr. Akie yang menyentuh tentang kecewa laranya persatuan kambing kerana permintaan yang tinggi. Pada pendapat aku yang serba jahil ini, kesatuan kambing sedunia tentunya berfikiran sebaliknya. Ini kerana 'reproduction' kambing-kambing sedunia akan meningkat sejajar dengan permintaan sedunia secara global.
Kambing-kambing akan lebih aktif ber'projek' untuk mengeluarkan benih-benih baru. Manakala pusat penyelidikan R&D juga akan menjadi lebih proaktif dalam mencari baka-baka yang lebih baik, sedap, tahan lasak, serta bermutu tinggi untuk pasaran dunia.
Justeru, aku menyeru kepada kita semua supaya dapat berkongsi idea dan dana untuk menceburi bidang ternakan kambing khususnya, R&D dan pembiakan baka yang mampu serta dapat menyaingi spesis yang sedia ada seperti Jamnapari, Boa dan Kacang.
Malahan, kita dapat membantu komuniti kambing-kambing sedunia mempertingkatkan lagi mutu kehidupan mereka. Ini kerana, mengikut kajian santifik yang teah terbukti berkesan, mereka yang aktif melakukan seks secara halal, akan menjadi lebih bahagia, kurang stress dan berdaya saing.
Sewajibnya kita semua memikirkan secara mendalam akan keterlibatan secara total dalam industri kambing ini. Bukan sekadar menjadi 'end user', tetapi menjadi 'player' untuk mendapat 'a cut of pie' ataupun 'a piece of it' daripada industri yang dijangkakan akan meledak permintaannya secara global.
Sama-sama kita renung dan fikirkan.
mmm aritu rasernyer aku dah cakap meeting namun hanya jadi senda tawa rakan2 jer yg ingat aku gurau bila nak ajak mengkome bela kamben.. TAPI NI BENARR NIHH BUKAN COBAAN... takper nanti saper2 yg berkenan buleh buat usulan masa next meeting...
ReplyDeleteAku tak perasan la pulok usulan hang tu disambut dengan gelak-tawa. mungkin depa terlalu girang dengan usul yang hang cadangkan sehingga tak dapat hang justify kan usul tersebut.
ReplyDeleteJauh di lubuk hati aku, memang aku teringin nak milik kambing mang dua-tiga ekoq. Senang nanti bila nak buat aqiqah.
Kalau tiada ahli Komuniti nak join, aku tetap nak teruskan usaha aku untuk milik kambing-kambing tu. Biar satu dunia mentertawakan aku. Niat murni ku ini takkan ku matikan dengan begitu sahaja.
Aku dah tau apa nama nak diberikan pada kambing2 milikan aku tu nanti. Kalau yang pertamanya jantan namanya Geert Wilders. Yang kedua Salman Rushdie. Kalau betina pulak yang pertama Baby Rina. Yang kedua Ro Ro Mendut.
ReplyDeleteok ahh wa berazam utk dptkan kamben at least 2 ekor by middle of this year...
ReplyDeletea'kum,
ReplyDeleteari tu aku rasa takde le kita tolak mentah2 usul bela kambing tu,tp pd hari tu perbincangan kita berfokus pd penubuhan komuniti dan idea bela kambing tu adalah salah satu aktiviti susulan yg akan dibincangkan setelah semua urusan penubuhan berjalan lancar,so mart jgn panic,klu ada rezeki sampai juga kita kat stage tu insyaallah,
betoi x geg?
BORG:kambing, you're the animal
Salam Takziah buat keluarga Ustaz Ahmad Nasarudin yg telah kembali ke rahmatullahpd jam 5.45ptg di hospital besar ipoh. Al Fatehah
ReplyDeleteUstaz Nasarudin ni dulu selain dari seorang guru di Idrisiah beliau juga bertanggungjawab membawa para pelajar ke hospital jika terdapat pelajar2 yg sakit, demam atau kadang2 tu saje buat2 sakit(asal dapat klua). Moga Allah merahmati roh beliau. amin
al-Fatihah dan semoga Allah merahmati rohnya dan diletakkan bersama-sama golongan yang diredhai.
ReplyDeleteassalamualaikum guyz,
ReplyDeleteSorg dmi sorg guru kite mgdap Ilahi. Smg roh mrk brsama pr syuhada'. Amin
Apepun patah tmbuh hlang brganti, saksikn sorg lg tkoh cendiakawan dr Bani Mulkan dlm rncgn Halaqah d tv9.
*x lupa kngn menaiki krt Ford arwah pgi k spital kk. Sakit? Kdg2 cuma nk mkn mee kari kt kntn spital je
alfatihah untuk ustaz nasarudin...bagi aku almarhum adalah ustaz yang baik n cool...moga roh almarhum dicucuri rahmat dan keampunan allah.
ReplyDeleteaku teringat masa kat pangkor hari tu mmg kita ada cita sikit pasal projek kambin ni...tapi mat zeni kata bro amali boleh dapat kambin murah gila...akan tetapi bro amali menafikan sekeras2nya boleh dapat harga semurah yang didakwa oleh mat zeni...oleh kerana ada pertentangan pendapat antara keduanya maka kita pun tak dak mut nak teruskan penyembangan pasal kambin ni...spt kata mr box perbincangan kita lebih fokus kepada penubuhan persatuan kita ni..
so,,,tak dak masalah kalau kita nak bincang pasal bukak bisnes kambin ni...kalau kita bole mula bisnes ni mmg aku tak tau nak cakap camna lagi...pasaran kambin dalam mesia pun tak cukup tambahan lagi kambin dari belanda kena boikot pulak ni ishhh mmg aku setuju sesangat la...
bila nak meeting pasal kambing ni habaq mai jaaaa.lagi bes kalau meeting pasal kambin sambil meghatah kambin panggang pehhhhh!!!gila bab betullll
aku setuju sangat la pasai bincang kambin sambil menteke kambin.
ReplyDeleteAduhai.. terasa manis dagin kambin di bibir nih. Tapi, buat masa skang ni, ramai yang sibuk terutamanya yang kerja sendiri seperti aku, jamil dan lain2.
apa habaq kengkawan semua...aku tak tau nak taip apa cuma saja nak bagi tambah ruangan komen ni...kalau tak nampak beku n tak bermaya jer...
ReplyDeleteAlhamdulillah kengkawan suma sihat.. cuma mana yg ada penyakit yg dah bersarang tu, just continue je lah dgn penyakit yg sedia ada cam goutlah darah tinggi lah kencing maneh lah dan cemmacam lagi.. Td abg Dur ada kata sorang2 ustaz kita pi mengadap yg Esa hehe pasni giliran geng kita la pulak .. huhuhu
ReplyDeleteaslkm kengkawan. aku la ni bukak blog ni buat sesapa yang ada tajuk untuk kita bincangkan bersama. Bak kata kawan kita, sampai nak kena taip supaya tak nampak beku dan kaku blog ni. aku nak tumpukan masa untuk blog ni skang ni dah tak dan. Sampai umah aku siap esok (yang mana minggu depan maksudnya), bila dah ada internet di umah, insyaallah akan aku perkayakan dengan topik2 yang hangat.
ReplyDeleteskang ni, aku nak mintak tolong kawan2 supaya dapat bagi topik untuk dibincangkan bersama. Asik2 kambin, meluat pun ada. Jangan sampai kawan2 naik bosan.
Tenkiu..
Arghh aku tak kira.. aku nak jugak2cakap pasai kamben.. pasai apa nak bosan.. benda baik, bosan ni sikap yg negatitif yg tak patut ada dlm diri kita, bahaya pon ader sbb nanti benda lain yg biasa dah jd amalan pon nanti hampa kata bosan jugak.. Ok berbalik kepada cerita kamben, smlm asri scott sms aku mengatakan kalu saper yg berminat nak beli or ternak kambem mayb, abg nyer si scotties ni skang REAL TIME ternak kamben in such a big scale so.. aku dah mintak dia ceritakan dalam blog ni tapi tak tau lak ntah aper hal yg dia tersenayut tekodi2 la plaks.. Kita sembang pasai kamben bukan pasai nak menteke shj malah mcm2 lg yg buleh di JANA (kg hasnul) dr kamben dr susunya, daginnya waima janggutnya yg mungkin buleh di buat custom bulu cat atau utk disapu masa bbq betul tak juman?
ReplyDeleteSaper2 yg free ari sabtu ni bleh la mai bantu tuan presiden kita pindah to a new crib yg serba canggih umpama rhomah zain, jefri zain hehe. majlis angkut mengangkut akan berlangsung jam 10stengah pagi keatas.. so saper2 yg cas badang bleh la mai tulung apa patut.. paling koman pun tulung makan, bukankah gutun ruyun amalan mulia? stakat ni yg konfem nak huluqkan tangan ialah mart zeni & abg Ez shj.. sekian sahaja utk makluman semua
ReplyDeletea'kum,
ReplyDeleteabg scootie too hootie nak bela kambing?bagus tu,sunah nabi tu,tp kenapa scootie tak bela sama,sbb bagi aku scootie tu sgt sesuai bela kambing sbb klu nak bela kambing ni kena bnyk sabo,sesuai dgn karekter dia yg mana muka dia nmpk brutal abis tp jiwa sgt sentimental,mudah tersentuh,pantang tgk kambing2 tu lapor atau sakit,mesti dia caring abis punya,bahagialah kambing2 tu (sblm mengetahui dirinya akan terkorban)
so scootie,apa lagi,present la proposal tu.kami semua nak dengo jugak,betoi x kwn2.
woi bapak atief,ngko kat mana? lama x dengo cite,al banjari pun tenggelam timbui je.
by the way,jgn lupa,amali pun ada bela kambing jugak.
BORG:bangganya aku pabila dengo sorang demi sorang sahabatku bergelar usahawan.
Alamaks.. sori lah semua.. sebenornya tadi bila aku mention abg nyer si scotties tu bimaknahu abang kandung si asri lah.. bukan nyer si asri tu sendiri... so mintak mahap la byk2 yea bagi mereka yg dah tersalah sangka.. Yelah kita dok panggil abg dur lah, abg Ez lah, abe bub lah & mcm2abg lagi.. sekian seadanyer... Maner si later than never nih.... takkan kena transfer pulok
ReplyDeleteassalamualaikum guyz,
ReplyDeleteTahniah, semoga dapat rumah besaq, kete besaq, income besaq, bini....... tapi jgn besaq kapla sudah aaa, mr presiden......
salam buat semua ..
ReplyDeleteAiiikkkkk ... ape pasel kambin tibe2 ajer jd toik terhangat dan terlampau nih . Kalu kambin bleh bukak blog ni .. tobat lahum ia tak stuju ngan cadangan member2 smua . Coz dah banyak member seangkatannya yang tersalai dan disalai oleh abg. Ez
Alooo. bro. marn ape dah jd ngan logo k87 kite. Banyak ke penyertaan yang di terima ... tunjuk le logo2 tu kat blog ni kot2 bleh tolong pilih atau bg. komen yang posotof .. tak gitu Mr. Later . Ehhh .. mane pegi nyer si Later ni , ke oversea ke , snyap ajer , kat kg. ni pun tak nampak kelibatnye .. bau pun tak der . Jawab ler Mr. Later , rindu aku . Hik Hik Hik
Ari tu 19 & 20 aku ader kat area Shah Alam .. menziarahin abg aku di Spital Ampang . Sori ler tak phone n jengah kengkawan .. maklumler aku datang ngan famili sarat satu kereta .. kalu dah jumpe tak kan nak sembang 2 , 3 minit kot maner syok . So aku ami keputusan tak yah jumpa .
Ok ..le wa cow dulu , nak tido kejap sat lg sambil bangun bancuh susu anak , boleh terus nengok Champioan League , Liverpool vs Chelsea . Aku pilih maner ... dari dalam perut mak aku lg , aku dah minat kat Liverpool .. tp bukan kerana tulisan carlsberg nye tau tak .. he he he
Adioossss.. SPEKI
meo.. aku pun sama liverpool. abg asr kita pun liverpool. we never walk alone le cenggitu. maap ye.. perak fc tetap dihai walaupun main cam hampeh..
ReplyDeletestakat la ni.. logo tiada sebarang penyertaan. aku pn hran la jugak. jadinya duit rm100 tu dah tadak nilai.
p/s: ni kalau sesapa masuk, sure menang punya nih. muahahahaha...
assalamualaikum....
ReplyDeleteaku menulis kembali untuk satu tujuan yang bukan untuk provokasi lagi.semuanya kerana perniagaan kambing semata-mata.
dah setahun aku mempunyai perniagaan keluarga iaitu ternakan kambing. Abang aku bosnya. aku tetap pemegang saham aje. tak banyak ekor sekitar 40 ekor lebih aje so bila aku dengar citer hangpa nak buat projek bela kambing apa lah salahnya kiranya aku mengofferkan diri sekali dengan kambing2 yang dikandang.
macam2 jenis ada, robin, boer, jamna pari, janda2 pari, janda pari2 dan yang hilang keturunan pun ada pasai tak tahu keturunan pak dan maknya lagi. apapun yang pastinya ia tetap kambing kerana baunya kambing, taiknya pun kambing dan rasanya bila dimakan tetap juga rasa kambing. so senang citer bila hangpa dan syarikat yang telah ditubuhkan itu nak buat projek kambing, my famili boleh tolong serba sedikit tentang nasihat dan juga bekalan. tak cukup tempat aku boleh tengok tempat lain. no hal punya.... Janji bukan free la....
Bila free, semua exco2 dijemput ke rumah saya untuk tengok kambing2. kita berbincang sambil makan durian ke. Durian? bulan 7 atau 8 nanti baru luruh kot. Apapun berniaga tetap berniaga, mai tengok dulu, berbincang, jadi ke tak jadi perkara kedua. No hard feeling man.....
Mat jeni, harap hang berpuas hati ye. setelah ku turutkan segala kehendakmu...
Yang pastinya syok bela kambing oiiiii...
see u soon..