Pages

Thursday, May 24, 2007

Pangkor kita..

Assalamualaikum..

Pengumuman buat semua. Majlis riki tempat (Pangkor) akan dijalankan seperti jadual asal aitu:

i) Tarikh : 2hb Jun 2007
ii) Masa : Lepas subuh akan bertolak dari Lembah Klang.

Jadi, sesiapa yang berminat untuk join, sila hubungi sdr. Mat Zeni.

Peta lokasi Pulau Pangkor

antara pantai yang menanti kita di sana nanti

wallaweh.. tak sabaq rasanya nak mandi laut..

Ok.. selamat bercuti buat semua!!!

Ceritera rakyat (Sekadar menenangkan fikiran..)

Kancil yang Power

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "Worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam".

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie. "Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye..... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'


12 comments:

  1. salam..
    jangan tak pi yop..bukan senang nak p ngan kawan2 cam ni...ini la masanye kita nak muhasabah diri..bukan nak p poya2..kita ada misi dan visi yang tersendiri hehehehe...aku pun lama dah x berendam ayaq masin ni...sapa tak p rugi la..wak gebok dok tunggu kat sana tu nak jamu kita ikan kerapu 12 rasa...ishhh...kompom meleleh ayaq lioq

    zaki

    ReplyDelete
  2. lert... hang punya jadual gumana? nak soh mail gi amik ka nak kami pi pick up hang zenki oi?

    ReplyDelete
  3. ...
    aku dr rmh aku la. terus je ke lumut. jumpa dsana. peralatan camna. semua disediakan ke.aku bw pancing je.

    ReplyDelete
  4. sori le lupa bubuh nama...
    mail........

    ReplyDelete
  5. ma'e,

    ko bawak le ape yang leh bawak. kalau nak sure apa barang ko kena bawak, ko tanya le abg geybox tu ha. dia adun pangkoq. kang bawak tak guna, tak de pekdah gak tuh sebab buat berat kete je ha. kang kalu tak bawak pastu tak cukup barang, udah nyesey...

    ReplyDelete
  6. Ok jugak ada citer kancil power heheh...

    Kang aku cakap tak kena, cakap pun tak kena. Tapi aku cakap jugak le, both weekends 02 Jun ngan 09 Jun aku ada 2 kenduri wajib attend kat Pahang. So korang jalan le bebaik kat Lumut ngan Pangkor tu eh... Sorry guys.

    Later.

    Mi.

    ReplyDelete
  7. salam..
    abang mail..hang bawak ja apa yang hang rasa nak bawak..yang penting hang bahagia..aku la ni tengah kumpul tenaga n kuatkan otot sbg persediaan nak tarik pukat..hari tu aku penah tarik pukat ngan gebok cam nak mampusss...kalau dah memukat tu buang jer la pancing hang mail muahahahaa...kita jumpa kat jeti lumut pagi sabtu naa

    zaki

    ReplyDelete
  8. so.. pagi sabtu nan permai nanti, jumpa di jeti..ops!! jangan lupa kontek dulu masa nak kuo umah..kang takut ada yang merajuk tunggu lama kat jeti... kang daripada tajuk lagu "pusara dilebuhraya" mau tuko jadi "pusara di jeti lumut".

    ReplyDelete
  9. dah cukup bahan dan duit poket kawan2 oi? muahahahah... jangan lupa bawak seluaq mandi!! nak pinjam tak dapek den nolong.. Dulu takpa la.. la ni nak pinjam kain basah ka, seluaq mandi ka... aku memang tak bagi..!!!

    ReplyDelete
  10. salam..
    pehhh...rasa lama sesangat nak tiba hari sabtu 2 jun ni..aku dah tak sabaq nak berkubang ayaq masin...rasanya dah dekat 10 tahun tak mencecah ayanq masin...makan teloq masin selalu la..nasihat man tu betul yob...jgn lupa bawak seluo mandi...pastikan seluo yang akan dipakai menepati kehendak syarak..jgn pakai spentot pulak..malu yob.

    zaki

    ReplyDelete
  11. ya betul!! holiday... holiday jugak!! syarak jangan diabaikan.. aku suka!! aku suka!! satu lagi, kalau sesapa ada kaki itik sama goggle, bawak la.. yang tu bulih pinjam. Aku nak pinjam!!!

    pastu, kalau ada tuba sama senapang ikan, tak payah la bawak.. kita nak pi mandi laut.. abih 100 tong tuba hang tuang dalam laut, ikan laut gelak sampai putus usus perut. Tak jadi apa2 bai!!! senapang ikan tak leh bawak... haram!!! nanti depa cas bawak senjata api secara haram walaupun senapang ikan tidak mengeluarkan api.

    ReplyDelete
  12. aku nak sambung cerita kancil...tu. Kalau aku nak sambung cerita kambin...aku kat kedah...nengok jer laa....kambin tu. ok sambungan citer kancil tu...... tengah bagus nyer mamat evo ngan ferari tu dok race ada mamat bawak BMW ngan member dia perasan...." fullamak ada race bro..." kawan dia sound. " apa lagi jom la" kata kawan dia. mamat yang bawak BMW tu wat muke bodo jer. member dia heran..." wey apa lagi" dengan nada geram. Member dia selamba jer sound, " kancil tu pun bagi high beam nak potong, ko nak suruh aku main lagi, tak payah. Baru member dia perasan dan buat bunyi " oooooo patut la".

    Bodo nyer mamat evo lupa diri. hahahhahaahaha moral of the story " beli lah kancil putih" sekian wasalam.

    -faras-
    http://tukangklik.fotopages.com

    ReplyDelete