Pages

Tuesday, April 24, 2007

Terima kasih daun keladi

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat kengkawan semua. Semoga Allah merahmati kita di dalam setiap amalan seharian kita... amin!

Ucapan terima kasih buat mereka yang sentiasa mengunjungi blog ini terutamanya yang anto posting.

Ucapan terima kasih juga buat Ust. Zaki Yusof yang sudi kontek kawan-kawan bila turun KL. Macam tu la yang kita mau... hubung-menghubungi. Bukannya nak mintak duit atau nak jumpa secara grand... tu semua tak penting.. yang penting, hubung-menghubungi. Barulah cantik namanya (bukan hang tau jamil). Kalau dapat jumpa, lagilah cantik (masih lagi bukan jamil).

Bukan la nak memaksa. Jangan salah anggap! Tapi sekadar update apa perkhabaran kawan-kawan. Mana tau, satu hari nanti, kita perlukan pertolongan kawan-kawan nih. Kita semua tak kuat. Apa yang menguatkan kita? Ikatan persahabatan tu la yang menguatkan kita. Bila dah selalu berhubung, barulah hati dapat disatukan. Barulah tak timbul ayat: "Time senang lupa member, dah susah barulah terhegeh-hegeh nak call aku la, sms la, apa2 la".

Tau kenapa orang Islam lemah dari pelbagai sudut? Sebab tiada kesatuan hati. Kita iri hati dengan apa yang dikecapi orang lain, tapi apa tindakan kita untuk mengubah nasib paling tidak pun; diri kita sendiri. Apakah gaji saban bulan dan hasil untung niaga kita yang sedia ada sekarang ini sudah mampu untuk diinfaqkan kepada faqir-miskin, anak-anak yatim, sekolah agama rakyat, rumah kebajikan, maahad tahfiz dan sebagainya?

Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah secara berterusan, membantu ekonomi umat Islam dengan gaji dan untung niaga kita sekarang ini, tetapi dalam masa yang sama kita sudah rasa cukup selesa untuk kita dan anakbini kita, makan pakai kita, nescaya kitalah manusia yang paling tidak berperikemanusiaan dan paling mementingkan diri.

Di manakah letaknya keprihatinan dan sifat kemanusiaan yang Allah Taala telah bekalkan dalam setiap diri kita? Di mana tanggungjawab sosial kita? Setiap kita adalah saudara. Cubit peha kiri, terasakah peha kanan? Dulu, ustaz di kelas ada bercerita tentang hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Setiap muslim itu bersaudara". Di manakah nilai 'persaudaraan' yang diamanatkan oleh Rasulullah s.a.w.? Di mana ilmu yang telah kita pelajari? Kita tahu semua perkara tu. Persoalannya, apa tindakan yang telah, sedang dan akan kita buat?

Aku percaya ramai di antara kita yang telah menjalankan amanah untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. Akan tetapi, aku juga percaya bahawa lebih ramai lagi yang tidak melaksanakan amanah tersebut.

Semoga Allah Taala menyatukan hati2 kita untuk melakukan perkara yang membawa kepada kebaikan semua. Aku mendoakan semoga kalian semua berada di dalam rahmat dan InayahNya selalu. Marilah kita sama-sama berazam untuk bekerja lebih gigih, kuat, bersemangat dan istiqamah demi Allah, untuk manusia sejagat.

Sekian, terima kasih. Bicara lagi nanti.....

Apa-apa pun, tazkirah (peringatan) itu tadi ditaja oleh Odisi Sdn. Bhd.

14 comments:

  1. Assalamualikum

    Kepada sahabat2 yg Hop In KL just say hello je to mana2 teman di KL nih. Insyallah kami entertain.. Paling koman dapat Sirap 4 gelas.. Untung2 belasah kambing bakaq heh heh heh Kpd Ustaz Zaki harap next meeting bleh kita lpk kat umah Abg Iz yg Cool di kaki bukit tmn melawati..

    Mat Zeni

    ReplyDelete
  2. Perhggghh berapi tuhhh Ucapan dasar Presiden Kambination. Nasib Lu bukan calon kat ijok Nul.. kalu tidak wa kempen habis-habisan memangkah lu...

    Mat Zeni

    aik? aku lagi! mana ahli KAMBINet yg lain?

    ReplyDelete
  3. muahahaha... tapi eh..betulla mat..KAMBINet sonyap yo nih?! Muskil gak aku..mungkinkah pendekatan kita berbeda dengan manusia lain? perlukah total revamp dilakukan di sini? ataupun.. lost between the lines. heheheh.. apa2 pun, aku dah laksanakan apa yang patut aku laksanakan.

    ReplyDelete
  4. sibuk dengan tugasan barangkali..

    ReplyDelete
  5. hish korang ni kuat betul mencekik kambing... anyway jaga sikit kesihatan tu... korang semua big sizes hehe aku takut high BP lak nanti... rajin2 la pi check BP...

    aku ada... on and off... cuma busy sikit minggu ni sampai next week... ada kerja... kat Ijok...

    Ok selamat mencekik more and more kambing.

    Mi.

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum..

    Td wa kontek Ustat Faizal Rahim.. dia mayB turun KL sok tp x tau bleh jumpa ke tak sbb dia ada ceramah kesihatan kat masjid di merata KL.. And the good news is wa dh dapat kontek Chan.. Kutunyer HP hilang x tau la kut cam Alem gak jth lam lubang jamB.. heh heh heh

    mat zeni

    ReplyDelete
  7. ahehehehe... ceramah pronoton ke mat? ko tak ikut tour ustat peysey tu ke?

    ReplyDelete
  8. Isk tak "peysey" lak aku nk ngikut aihh? Smlm kontek Si Hasnul dh bg lg skali add blog nih.. dia pon kata dia dh fwd add blog ni ke MUKHSIN sleman jeng.. jeng.. jeng.. jeng..jeng.. nampak Fin dok mai.. heh heh heh.. tggu je la depa reply

    Mat Zeni

    ReplyDelete
  9. Fuyooo, ucapan dasar Presiden mmg superb.Syabas pada Tuan Presiden yg snggup mengorbankan masa utk mengwujudkan blog ini serta sanggup mengupdate sgala aktiviti yg kita lakukan bersama walaupun blum mdapat sambutan drpd kawan2 spenuhnya.

    Dgn kesungguhan & ketabahan yg tiggi Tuan Presiden skali lagi membuat prubahan yg begitu ketara pada blog kita untuk menampakkan lebih WORLD demi untuk menyatukan apa yg dikatakan sebagai Komuniti 87 yg datangnya mereka ini dari
    sebuah skolah agama yg bernama MADRASAH IDRISIAH.

    Jamnul sorry aku lambat masuk.masa hang sms, aku kat luar.

    Pada Zaki Yusof nnti dtg kl jgn serik nak call aku pasai ari tu kena blanja kambing aku dgn jamnul.Anyway tkasih kerana sudi brjumpa dgn kami walaupun skjap.

    ReplyDelete
  10. salamualaikomm...
    bangga aku nama aku hampa sebut dalam blog ni..aku jumpa hampa ikhlas je tak mintak apa pun hehehe...wehhh...baru tadi aku kontek wak gebok..aku cita ttg plaining kita nak himpun kengkawan kat pulau pangkor...gebok kata cantekkkk..habaq pi ja kat dia bila nak p survey nanti..kalau boleh kompom awai2 bila nak p sana..kepada mat zeni gebok kata hang tak kontek dia lama dah..ok mai prenn..jumpa lg

    zaki

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.

    Fuyooo,ucapan Tuan Presiden mmg superb.Syabas kpd Tuan Presiden krana sggp mengorbankan masa utk membuat blog kita dan sanggup mengupdate setiap aktiviti yg kita buat bersama walaupun tidak dihadhiri oleh smua sahabat kita.

    Smlm lagi skali kita dapat lihat dgn kesungguhan dan ketabahan Tuan Presiden utk menampakkan blog kita btambah WORLD demi untuk menyatukan KOMUNITI 87 yg datangnya mereka ini dari skolah agama yg bernama Madrasah Idrisiah.Tq Bro(Jamnul)

    Pada sahabat2 smua mari lah kita mnyokong usaha murni saudara Jamnul kita ni.

    ReplyDelete
  12. Segala bentuk pujian hanya bagi Allah s.w.t. Aku hanya musafir hina yang menumpang buat sementara di dunia yang fana'.

    ReplyDelete
  13. Dear Juman...

    Biaq la hina, buruk dan x hensem janji buleh makan kambing, seafood dan apa saja nikmat dunia kurniaan ilahi.. ni sementara saja.. sementara x kena penyakit heh heh heh.. Sok kena "G" babai la seafood

    Mat Zeni

    ReplyDelete
  14. Sorry kawan2 aku terpost dua kali.

    hina pun hina la janji kita lps tanggungjawab sudah bro.

    ReplyDelete