Pages

Monday, April 2, 2007

Alhamdulillah (updated)

Assalamualaikum..

Majlis Tahlil dan Bacaan Yaa sin telah selamat dan berjaya dijalankan pada masa dan tempat seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan terutamanya tuan rumah Izanee kerana sudi membenarkan kita untuk menggunakan kemudahan yang sedia ada.

Di antara yang hadir pada malam tersebut ialah: Ust. Amali (thanks a lot bro, moga Allah murahkan rezeki) sebagai tekong tahlil, Mat Suzaini (1st. cameraman), Saiful Yusrin (sakit gout pun mai, malu la sapa yang tak sakit tapi tak mai), Jamil Fahmi (transporter), Yahya Farman (tok imam 2nd.), Saiful Asri (joker), Faisal Riza (tukang balun), bunga sedang mekar; Roslinda Shaari dan kawannya Azura, Izanee (sudah tentula, dia tuan umah) dan aku (kononnya nak tolong bakaq kamben, haram tak bakaq pun). Walaupun bilangan yang hadir agak sederhana, tapi cukup meriah.

Sesi berteman tapi mesra

Tu apa yang lucu sangat tu?

Majlis yang dimulakan dengan solat Maghrib berjama'ah (diimami oleh Ust. Amali) dan berehat sekejap semetara menunggu kawan-kawan yang lewat sampai. Bacaan Yaa sin dan tahlil bermula tepat jam 8.45 malam dan solat Isya' berjamaah (diimami oleh Ust Yahya Farman).

Amali dan Faisal; lepas solat Maghrib, sementara menunggu kawan-kawan yang lambat

Sidang tahlil dan Yaa sin

Tengah kusyuk bertahlil

Amali (ceramah sakan nampak!!) , aku dan Izanee (tuan rumah. Thanks bro!!)

Mat, Yusrin dan Yahya tengah tunggu bila la Amali nak habis ceramah ni...

Ni baru pembuka bicara

Faisal, Azura (kawan si Roslinda) dan Roslinda

Usai solat Isya', sesi jamuan makan cantek punya dok ada. Yusrin sebagai tekong memulakan sesi makan-memakan. Mat sebagai apit kanan (killer) dan Faisal Reza sebagai feeder.

Linda tengah serve nasi.. thanks for coming Linda!

Tekong memulakan servis kuda yang pertama

Antara yang sedang pulun makan cantek dok ada.... (rugi besaq sapa yang tak mai..!!!)

Kami yang lain hanyalah pemain simpanan yang memanaskan bangku tepi court. Antara yang menjadi mangsa pada malam tu ialah beberapa puluh ekoq udang, lembu (aku tak tau bahagian mana), KAMBEN (ni memang sodap gilos, nanti aku nak pi bli lagi kat situ), ayam dan ikan (segar dari kolam) yang Izanee dapat masa memancing siang harinya. Berserta dengan buah-buahan tempatan dan impot. Semuo masakan sodap-sodap belako. Den tak tau nak cakap apo laei. Tak dapek den menorangkannyo! Sodap weh!

Wak Ya posing bersama mangsa-mangsanya

Marahkan kamben, bakar-bakarkan... Yus dengan amukan servis kudanya..

Aku (kiri sekali; kunun-kununnya tengah bakaq kamben..)

Aku (senyum puas, sila usyar perut! Jangan tak tau ada kamben dalam tu) n Faisal

So, rugilah sapa yang tak join. Aku tak leh nak kata apa. Kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih ( ni bukan aku cakap, tapi orang tetua yang cakap). Hehehehehe...

InsyaAllah, kita akan buat lagi majlis yang seumpama ini pada masa-masa mendatang. Untuk makluman semua, Jamil berjaya mendapatkan sponsor daripada luar untuk majlis tahlil tu. Terima kasih buat Jamil dan penaja (identiti dirahsiakan). Banyak jugak duit yang diberi. Tepat RM200.00. Aku dah belanjakan untuk beli kamben dan lembu dalam RM50.00. So, ada lagi dengan aku RM150.00. Lepas ni, boleh la kita buat grand sikit. Aku nak belanja lebih takut membazir. So, tolong ingat dalam kepala masing-masing. Untuk majlis tahlil SAHAJA duit tu sebab penaja bagi pun atas tujuan tu. Agak2 bila pulak kita nak buat lagi? Heheheheh...

Tapi kan, aku terharulah dengan kedatangan Roslinda dan kawannya si Azura. Linda! next time insyaAllah ko join la lagi kami. Jangan tak join. Budak-budak tu memang suka ngusik. Tau takpe...

Okla, sebelum terlupa, ucapan terima kasih jugak buat kawan Izanee (aku lupa namanya) sebab sudi tolong bakaqkan ayam, kamben, lembu dan ikan-ikan yang sodap-sodap belako tu eh... Nak harap kawan-kawan yang lain? Jangan harap!!! Tolong perabih bulih... Jangan marah aku woi!!

Anyway, sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang terlibat dan turut serta menjayakan program tersebut. Moga Allah Taala satukan hati-hati kita semua dalam perkara yang mendatangkan keredhaanNya.

10 comments:

  1. a'kum,alhamdulillah majlis tahlil ai tu best ooo..., rugi sape x mai,untuk makluman tuan2 dan puan2 sama2 lah kita berdoa semoga en. ahmad suzaini cepat sembuh dari demam. ai nie dia m.c. mungkin sbb byk sgt mkn kamben mlm tuu..

    kamben panggang mlm tuu memang terbaeekk!!!! yummy yummmmy, kepada sedare izanee & pese tuu agak2 mana satu yg bekenan sound laa awai2, aku bukan apa takut sedare jamil kita, nanti dia register dulu.. muahahaha

    ReplyDelete
  2. aku setuju yang amat dengan yusrin...muahahahaha!!! menda baik, apa salahnya... bukannya buat menda jahat.. bina masjid la katakan...
    Yusrin... terima kasihla sebab sudi nak bagi komen...welcome to the club!!! ni yang buat lagi semangat nak kongsi idea sebab kawan-kawan bagi sapot!!

    ReplyDelete
  3. ert...!! lupa!! SyafakaLlah buat mat! moga Allah berikan kesihatan tubuh badan buat Mat dengan seberapa segera..

    ReplyDelete
  4. Pekabo sume?

    Berkat doa & semayang sepertiga malam yg kawan2 buat ANA tlh pulih bersedia utk mengembara ke Ipoh hari sabtu ni.. heh heh heh Berkenaan dgn majlis tahlil ANA juga ingin mengucapkan Terima Kasih juga kepada kedua Ayahbonda Izanee yg begitu sporting...

    Mat Zeni

    ReplyDelete
  5. wsalam,amboi-amboi yusrin,hak yg buruk aku je la,dia dak jugak.aku tak pa nampak je ganas tapi seganas jamnul klu dia kluar tanduk...muahaha.

    mad dah ok td dia call aku,dia kata bukan sbb tlbh mkn kamben tpi kamben mlm tu tak cukup stock.lain kali mau lbh skit.

    mlm tu makanan mmg da boom mleleh la sape yg tak pi.anyway thanks to sdara izanee kita & family.

    lps ni kita cuba buat lagi grand walaupun org xmau join sbb klu tggu org pun tak guna klu xmenjadi.

    ReplyDelete
  6. Pese jeling2 mesra... cepat pese lambat Izanee sapu.. Abg Iz tu nampak je SLOW MO.. tp once dah klua sajak perdana CAYAAQ.... Member2 sporting.. wa mmg suka kalu member kawin2 ni.. Kalu yg nak kwain lagi pon wa support heh heh heh tul tak Rizal kan kan kan heh heh

    Mat Zeni

    ReplyDelete
  7. as'kum, linda muncul lg jeng!jeng!jeng.ooo0....korang nk ngusik aku & jura ye.Psl mlm tu, mmg best join korang.Sori la aku x bw ape2, tgn kosong je sbb mmg x plan nk gi.Kepada Jamil sori la aku kasi no tel zaki saidin tu dh x leh guna lg nanti aku bgtau kalau dpt yg baru o.k. Marn time kasih amik kitaorg kat caltex tu, mesti tggu lm kan.Kwn2 yg lain aku dan kwn aku tu mmg gelihati tengok gelagat2 korang yg tak ubah2 w/pun dah jadi bapak org.o.klah buat mase ni aku nak cau dulu, lain masa aku msk blik dlm blog ni.tatatititutu .....

    -roslinda-

    ReplyDelete
  8. muahahaha... linda.. untuk pengetahuan ko, aku tak tunggu lama pun ha..aku sampai, masuk caltex bli rokok. elok kluo je dari caltex tu, aku nampak kete ko..tapi takut nak gi gawang tangan... nanti salah keta, dah orang tu kata aku gila..keh keh keh.. no hal punya.. janji kata nak join, aku leh tunggu sesapa pun.. asai cek kata mau ja!!

    marn

    ReplyDelete
  9. ooo no zaki tak guna lagi ya linda.patut la xdpt.sbb dah salah bg so kena ganti dgn no jura leh.muahahaha....

    ReplyDelete
  10. wehhh man...hang kalau pasai betina...saghi suntuk hang boleh tunggu..kalau pak gat caltex tu halau pun hang halau dia balik...kalau la aku yang jantan macho ni suruh tunggu mampuih sesat laghat la aku kat kl tu wakakakakaka

    ustat izzuddin

    ReplyDelete