Assalamualaikum..
Berehat lama daripada membuat sebarang posting baru. Aku agak sibuk minggu sudah dek kerana hambatan kerja dan tanggungjawab yang terpikul. Minggu ni agak senggang masa yang ada disebabkan banyak kerja yang telah diselesaikan minggu sudah, alhamdulillah.
Buat masa sekarang, masih belum ada apa-apa maklumat mengenai tempat program Reunion V3 kita. Almaklumlah, koperasi ni dia lembab dan lebam. Slow gila. Tak hairan la, bangsa lain jauh mengatasi bangsa kita sendiri walaupun kita ni banyak kelebihan. Buat malu ja kat Allah Taala. Nama ja beragama Islam. Allah firman itu-ini, nabi Muhammad SAW pesan sabda macam-macam. Tapi dok lebam tang tu la. Panggil tok guru sana-sini mai mengajaq, bagi pesan apa patut. Dok slo-mo macam tu jugak. Tadak rasa bersalah kat Allah Taala. Tadak rasa malu kat Nabi Muhammad SAW yang masanya tengah dok nazak panggil: "Umatku, umatku". Kita yang dok hidup ni, masih degil, masih lebam, takmau nak berubah jangan kata selangkah ke arah kebaikan, seinci waimma satu hun pun tidak.
Awatnya yang sayang sangat kat perangai lembab dan lebam nih? Mulut kata kasih dan sayang kat Rasulullah SAW, tapi perbuatan menyalahi apa yang diperkatakan. Seperti firman Allah SWT mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan". Al-Shaff: Ayat: 2-3.
Bila kita minta kerja tu dilaksanakan dengan secepat mungkin, nanti ada bunyi memaksa la pulak. Sedangkan ada sebab kenapa kerja tu kena cepat. Mulut kata nak buat perubahan, tapi tubuh-badan lembab gila dalam melaksanakan apa yang dicakap.
Bersempena dengan Ramadhanul Karim yang menjelang tiba esok hari, marilah kita sama-sama berubah. Kenapa kita berpuasa sebulan? Saja-saja ka Allah Taala nak tengok kita tahan lapaq? Tak..! Nak rasa susah orang tak dak kemampuan untuk makan? Kalau setakat tu, cetek sangatlah pemahaman kita terhadap Ramadhan. Ramadhan punya pelbagai istifadah dan 'ibrah. Dia nak kita ni buat latih-tubi ibadah. Bulan latihan kata orang. Bila dah habis satu bulan lengkap berpuasa, kena teruskanlah dengan puasa sunat pulak. Jangan dok ligan buat amal ibadah waktu malam siap dengan tarawikh, witir serta tahajjudnya. Lagi belen 11 bulan kita dok lena di pangkuan isteri baeek punya.
Kita ini lemah bila duduk sorang-sorang, tapi bila bersatu dalam berbuat kebaikan dan kebajikan, kita jadi kuat. Ingat-mengingati, tolong-menolong sesama kita. Bukankah begitu? Nabi SAW tidak berjaya 'single handed' dalam perjuangannya. Baginda berjaya kerana bantuan Allah Azza wa Jalla serta para sahabatnya.
Jom kita berpuasa! Sahaja aku berpuasa esok hari/sebulan dalam bulan Ramadhan pada ini tahun, fardhu atasku kerana Allah Taala!



