Pages

Solat Time

Friday, March 4, 2011

Ha... ada berani?!

Assalamualaikum..

Semoga Allah SWT merahmati kita selalu hendaknya, amiin..! Pe kabo kengkawan? Dah lama tak kemaskini ini blog. Bersempena Jumaat penghulu setiap minggu yang diberkati Allah Azza wa Jalla, sama-samalah kita meraikannya dengan banyakkan berzikir, bertahmih dan bertakbir. Barulah rasa meriah Jumaat yang saban minggu kita lalui. Dok gitew?


Ada jemputan Walimatul Arus oleh sahabat kita; sdr Mohd Shukri Md Isa terbuka kepada semua sahabat Komuniti87 ni. Perinciannya majlisnya seperti berikut:
    • Walimatul Arus: adik perempuan Mohd Shukri Md Isa
    • Tarikh: 12.03.2011
    • Tempat: Kg Teluk Manis, Layang2 Kiri, Parit. 
    • Jemputan: Semua dijemput hadir.
    • Nombor untuk dihubungi: 019-5551103 (Mohd Shukri)

OK. Baru-baru ni aku mendapat SMS daripada salah seorang sahabat otai kita yakni sdr Abu Atief. Dalam mesej ringkasnya, ada la disebut beberapa kata kunci madah berhelah: Pangkor-mukat-Loban-bujang-motivasi kekeluargaan. Dapatkah tuan-puan meneka apa keseluruhan mesejnya itu?


Muahahahahaahah! Idea yang bagus dan sangat menarik. Aku sempat berbincang secara ringkas dengan Tim. Presiden kita; sdr. Ahmad Suzaini pagi tadi. Dia juga merasakan peri pentingnya kita mengadakan satu perjumpaan secara peringkat nasional. Meremajakan semangat.


Aku tiada halangan, malahan bertepatan dengan konsep menjaga hubungan persaudaraan yang sudah sekian lama bertaut. 

Aku buka perbincangan untuk sebarang komen, cadangan, idea, bangkangan dan yang sewaktu dengannya untuk dibicarakan. Moga kita temui satu tarikh keramat, pengisian program dan idea-idea yang bernas. 

Dipersilakan..

Thursday, February 24, 2011

Musim & Pilihanraya

Assalamualaikum..

Selamat dalam apa jua pekerjaan yang sedang sahabat-sahabat lakukan. terima kasih kerana masih sudi menjengok blog ini yang makin lama makin nak sirna sinarnya. Makin kurang kemaskini, dan makin kurang pengunjung. Al-maklumlah, sekarang dah banyak medium sebagai pengganti blog ni. Antaranya, Twitter, Facebook, MySpace dan lain-lain. Mungkin ramai sahabat yang lebih suka menggunakan medium selain blog ini sebagai penghubung antara satu sama lain. Walau apapun jua, aku ucapkan tahniah kerana masih berhubung sesama kita. Ada dua musim skang ni. Satu, musim batuk. Satu lagi musim pilihanraya. 

Satu:
Musim batuk, ramai yang terkan batuk. Aku bernasib baik sebab tak kena batuk. Tapi anak2 tersayang dah terkena. Abih ratusan jugak untuk bli ubat2an. Masa ni sapa yang ada klinik, memang bikin untung. Cuaca yang tak menentu adalah faktor utama penyumbang kepada gejala ni. Banyakkan minum air kosong yang dimasak ataupun air mineral. Kurangkan pengambilan masakan yang berminyak dan kurangkan aktiviti luar. 
Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk. Aku copy-paste dari blog sapa ntah.

  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.


Petua aku pulak, ambik daun cekor mang dua tiga helai, lepas tu basuh, selawat (selawat syifa') terus kunyah kasi hancur dan telan. Insyaallah, mujarab. sebab aku dok amal. Alhamdulillah, so far berkesan yob.
ni le rupe pokok dan daun cekor.

Dua:
Musim pilihanraya. PRK mendatang ada dua. Satu di Merlimau, Melaka dan yang kedua di Kerdau, Pahang. Aku takmau sentuh yang tu sebab memang dah tau sapa yang menang. Belum pun mula tempoh berkempen, BN dah mula kempen. Memang busuk perut depa tu. Tak boleh buat apa dah. Kita pakat-pakat doa minta kita dan depa diberikan hidayah Ilahi supaya diberikan cahaya dan petunjuk kebenaran. Moga Allah memberikan kesabaran yang ampuh kepada para pejuang kebenaran. Hat yang dok atas pagar ni, resmi lalang. Tak boleh pakai. Ikut arah angin bertiup ja. Puak-puak ni banyak komen, tapi tak buat kerja. Cakap ja pandai. Kerja malas nak buat. Ni pandangan aku. Hang pa tak setuju, tu hak demokrasi hangpa.

Yang aku nak sentuh hari ni, perihal pilihanraya kampus yang baru selesai. Tu pun Universiti Perlis tak selesai lagi. Boleh kata ProAspirasi (ni penyokong kerajaan BN) banyak pegang kerusi di rata-rata universiti di Malaysia nih. Tu pun setelah mendapat sokongan padu pihak universiti berserta tipu helah yang nyata.


Yang terbaru, kes di UPM. Sampai pecah-pecah kaca dan ada yang tercedera. Kesnya, 10 calon ProMahasiswa (ni kita kata pembangkang) dibatalkan kemenangan. Kecoh beb! Sampai gaduh-gaduh. Kes bermula bilamana timbalan Naib Canselor UPM Prof Dr Fauzi Ramlan membatalkan kemenangan 10 calon yang menang. Budak-budak tu tak puas hati walaupun selepas perjumpaan diadakan dan pihak Universiti memberikan balik kemenangan pada mereka. Depa nak Prof berayun mangkuk 14 tingkat tu mintak maap secara terbuka. Pembatalan kemenangan dibuat atas alasan ada terima bantahan daripada pihak ProAspirasi. Antara lainnya ialah atas alasan berkempen secara berkumpulan. What the fish??? Atas alasan tu ja?
Ni la 'dia'nya
Aku dah malu dengan kualiti prof yang ada di Malaysia ni. Depa nak mengajaq ka depa nak berpolitik? Kalau nak berpolitik, masuk dan pilih mana-mana platform la bhai. Apa cer? Dengan budak-budak pun hang nak tindaih? Perut busuk sungguh la. Ka dia rasa BN ni yang bagi rezeki kat dia? Nampak sangat jenih tak reti nak pi surau dan mengaji ikut kuliah agama. Tu yang 'tak reti' tuh. Orang cakap jahil, marah. Tapi kalau 'tak reti', takpa. Muahahahahaha..

Apa-apa pun, selamat dalam menempuh cabaran yang mendatang. Selamat berjuang duhai para pejuang kebenaran. Doaku bersama kalian.


Wednesday, February 16, 2011

Cerita sana-sini

Assalamualaikum..

Semoga cerias elalu. Dah banyak minggu aku tak update blog kita ni. Rasanya makin susut nilai akan kepentingan blog kita ni. Namun, aku akan tetap teruskan mengemaskini selagi terdaya.

Raya Cina dah berlalu. Sekarang kita berada di dalam tahun Arnab. Apa yang ada dengan tahun Arnab? Aku taktau pasai fengshui. Yang aku tahu, kita menyambut tahun baru dengan pelbagai peristiwa. Antara yang terbesarnya ialah peristiwa ledakan kemarahan rakyat negara Tunisia. Sampai terpelanting Presidennya. Tak lama lepas tu, Mesir pula. Hosni sudah pengsan beberapa kali selepas melarikan diri ke Sharm el-Syeikh yang terletak di Semenanjung Sinai. Mesir sekarang berada di bawah pemerintahan tentera. Sejauh mana perubahan berjaya dibuat, wallahu a'lam. Moga Mesir kembali aman tenteram untuk anak-anak Malaysia menuntut ilmu di sana. 

Ramai di kalangan kita yang lepasan Mesir. Aku tak tahu sedalam mana perasaan akan para lepasan ijazah bila bersembang perihal kacau-bilau di negara yang di suatu ketika tempat mereka menimba ilmu. Pada aku, Mesir punya sejarah tersendiri. Baik dengan kisah Firaun, King Farouq, Gamal Abdul Nasir, Hassan al-Banna, Anwar Sadat sehinggalah regim pemerintahan Hosni Mubarak. 

Sehingga kini, masih ramai para ilmuwan yang hidup menyumbang bakti kepada agama Islam. Antara ilmuwan yang masih hidup ialah Syeikh  alQardhawi yang hidup dalam buangan serta ramai tok-tok guru yang mengajar di al-Azhar; universiti tertua di dunia. 

Di Malaysia, kita dijamu dengan pelbagai kisah masyarakat. Macam semalam, ibu kepada dua orang anak kecil yang bagi anak2nya minum racun. Dek kerana tekanan perasaan sehingga menggangu kesihatan mental. Minggu sudah, ibu kepada seorang anak pra sekolah membunuh diri selepas menghumban anaknya sendiri dari tingkat 5 pangsapuri, pun dek kerana tekanan perasaan.

Rasanya ramai yang dah jadi gila, cumanya tak mengaku jadi gila. Ye lah, mana ada orang gila yang mengaku gila. Antara contoh paling baik: gila pangkat, harta, kuasa dan kedudukan. Ada yang tak malu mengaku First Lady of Malaysia, ada juga yang perasan orang mengundi dia bukan sebab parti, tapi sebab diri sendiri. Muahahahahaha..! Macam-macam cerita dalam dunia hari ini.

Walau apapun jua, kita kena sedar bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah SWT. Sama ada penyakit yang kita nampak mahupun tidak. Tujuan kita diberikan penyakit itu, ada banyak sebab. Boleh jadi untuk mengangkat matabat kita dengan ujian penyakit tersebut. Boleh jadi sebagai kaffarah dosa lampau dan boleh jadi juga ianya satu bala untuk kita. 

Sama-sama kita mencari keredhaan Allah SWT dan dijauhkan kita daripada segala penyakit, bala dan wabak. Kebelakangan ini, banyak juga kisah orang bercerai-berai. Justeru, sama-sama kita mencari kekuatan dalaman dan kesabaran di dalam mengharungi kehidupan yang serba payah penuh dengan mehnah dan tribulasi. 

Kembalilah kepada Sang Pencipta. Bersamanya ada penawar untuk semua jenis penyakit. Untuk yang jiwa bermasalah, solat hajat, tahajjud serta alQuran sebagai penawar. Untuk yang berpenyakit secara fizikal, carilah ubat dan ikhtiar melalui cara yang Halal. Jangan guna perantara seperti jin dan syaitan untuk mencari kesembuhan. Kelak membinasakan.

Akhir kalam, 2011 sudah masuk ke tengah bulan Februari. Kacau-bilau, jiwa kacau dan sebagainya menjadi intisari cerita berita tatapan umum. Apakah tahun ini penuh dengan kisah duka nestapa? Na'uzubillahi minzaalik. Jom dekatkan diri kita dengan Allah SWT baik ketika siang mahupun malam.

Monday, January 31, 2011

Tahun baru, cerita baru, episod baru, peristiwa baru.

Assalamualaikum..

Banyak-banyak bersabar. Macam-macam berita kita dok dengar saban hari. Dunia makin tak ketahuan. Tak tau nak mula kat mana. 

Kat Tunisia, presidennya dah terpelanting. Kat Mesir skang ni presidennya tengah tunggu masa: sama ada kekal berkuasa @ terpelanting sama. Sudan menunggu masa untuk bermula. Malaysia? Muahahahaha.. Bik Mama masih berkuasa dan sedang menguatkan cengkaman besinya. Mai la apa jua isu dan perkara, rakyat Malaysia tetap bersama BN. Tahniah!!!

Cumanya, kegusaran aku dengan keselamatan anak-anak muda yang sedang belajar di Mesir. Tadi pagi semasa aku sedang dok menyiapkan persediaan anak-anak aku, ada dalam rancangan di TV, ayah kepada salah sorang anaknya yang sedang mengaji di Mesir bising sebab Kedutaan Malaysia tiada tindakan proaktif. Kalau ada pun, kadarannya cukup minimal. Anak-anak muda kita terpaksa menjaga rumah dan keselamatan diri mereka sendiri dengan membuat routine call untuk bersiap-sedia sekiranya mereka diserang oleh anasir yang cuba mengambil kesempatan tatkala kekecohan yang sedang berlaku di sana. Tiada polis dan tentera yang mengawal keselamatan rakyat. Mereka (polis dan tentera) sedang sibuk mempertahankan Hosni Mubarak. 


Mengapa kemarahan rakyat Mesir sudah tidak dapat dibendung lagi? Apakah punca berlaku ledakan emosi yang mengheret rakyat jelata ke jalanan? Apakah kesan yang berlaku selepas peristiwa ini? Dan banya lagi persoalan yang timbul. 

Tahrir Square

Riots in Suez

Apa jua yang mendatang, sama-sama kita doakan agar rakyat Malaysia yang sedang berjuang menuntut ilmu di Mesir akan terus dilindungi Allah SWT. Semoga semangat perubahan dan keberanian rakyat Mesir melawan kezaliman kerajaan sedia ada meresap ke dalam jiwa dan tubuh anak-anak muda kita untuk bangun dan bangkit menentang kezaliman yang ada di tanahair. 

Jom tumpang semangat mereka!!!

Friday, January 21, 2011

Sendal gusi

Assalamualaikum..

Saja nak kasi ceria hari Jumaat ni.. asyik layan PM kita Rosmah Mansor ja.. medak mata tengok hari-hari. Lagipun aku tengah buntu nak taruk topik baru. Muahahahahaha..

Sketsa 1: MAT REMPIT

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


Sketsa 2: KAHWIN LAIN

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


Sketsa 3: KENAIKAN PANGKAT

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

Thursday, January 13, 2011

Dilema Sang Suami

Assalamualaikum..

Kadang geram gak dengan perangai bini sebab selalu mintak suruh buat itu, buat ini. Pastu komen memanjang. Ada saja yang tak kena. Muahahahaahah.. Telan je la yob... Dah bini. Ka pompuan memang pesen lagu ni? Jom rehatkan minda kita sebentar. Take Five..!

Dilema Sang Suami

Sketsa 1

Laki telefon: “Yang oii.! Abang kat kedai mamak ni. Awak nak pesan apa-apa?”
Bini jawab: “Takmau bang, bini awak diet.”
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa. Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk. Lari tido bilik sebelah.
Bila laki query balik: “Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa Yang oiii.!
Bini jawab: “Memangla orang kata takmau apa-apa. Tapi belikan jerla apa-apa. Kalau abang beli apa-apa kita makan jer.

Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?

Sketsa 2

Laki telefon bini: “Petang ni awak nak masak apa Yang?”
Bini jawab: “Alaaahhh… Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni, Abang makanlah siap-siap.
Si laki pun balik keje. Singgah kedai mamak. Tibai nasik baryani kari kamben baek punya. Sampai umah, sendawa bau kamben. Tiba-tiba... bini jerit panggil suh makan: “Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!”
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?


Sketsa 3

“Abang ni, kalo dok umah asyik sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker, pi main bola ke.. Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dengan budak-budak nih”. Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan kejap itu jugak bangun pi tukar baju, capai telefon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa... “Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?.”

Sketsa 4

“Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?” “Abang keja lah Yang. Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik”.
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, esoknya laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, telefon berbunyi... “Abang bila nak balik ambik kitorang bang?”


Sketsa 5

“Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker? Dah kelupas-kelupas kulit jari tau. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang.”
Laki pon, dengan muka rebel, masuk bilik rahsia. Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak ushar line. Tetiba jer kena petir plak.
“Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? Kenapa? Kenapa? Kenapa?”


Sketsa 6

“Nah hambik anak ni bang. Pakaikan pampers, pakaikan baju. Bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi. Nak bagi pakai baju mana ni Yang..?” tanya si laki.
“Alah abangni, kan baju anak ada 8 bakul tu. Pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn.” Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju. “Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg?! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...”



Tuesday, January 4, 2011

Sesi sekolah bermula

Assalamualaikum..

Selamat dalam pekerjaan yang tuan/puan sedang buat. Sesi persekolahan baru bermula semalam. Pergh.. penat. Aku selaku bapa muda yang baru lalui pengalaman menghantar anak ke sekolah secara rasmi, merasakan bahawa memang penat dalam menguruskan perihal pendaftaran dan membeli segala peralatan sekolah anak.

Pertama kali menghantar anak ke sekolah rendah. Punya la macam-macam kerenah budak-budak zaman la ni. Tu belum nak ambil kira kerenah dan songehan para ibubapa. Memang mencabar la kerjaya perguruan hari ni. Dengan nak kawal anak murid yang baru masuk alam persekolahan. Ditambah pula dengan kerenah ibubapa. Tu belum ambil kira kerenah birokrasi pengurusan sekolah dan PPD. Pekeliling itu, pekeliling ini. Tobat la aku. Lepas ni aku akan lebih hargai jasa guru-guru yang pernah mendidik aku serta yang mendidik anak-anak aku. 

Serius beb. Macam aku setakat berhadapan dengan kerenah pekerja-pekerja aku yang rata-ratanya aku pilih sendiri semasa temuduga kerja. Aku punya kuasa untuk membuat pilihan. Macam guru-guru ni, mereka tiada pilihan selain menerima seadanya anak-anak murid dan ibubapa murid yang mempunyai latar keluarga yang pelbagai.  

Dalam keletihan tu, terhibur la juga bila menonton kelaku ibubapa dan anak masing-masing. Ada yang menangis, ada yang start angkat geng. Ada yang kejap-kejap nak ke tandas. Ada yang dok belek meja. Ada juga yang dok sengap ja. Anak aku kategori dok sengap. Lambat sket nak panas. Nasib baik dia tak buat 'scene' nangis merayu-rayu nak balik. Cuak jugak la mula-mula tu. Sebab kalau ikutkan 'track record' semasa pra-sekolah dulu, tiap-tiap pagi aku dan mama dia mesti berperang sebab dia takmau pegi sekolah. Ada saja alasan; sakit perut, pening kepala, rasa nak demam semua ada. Tapi sebab dulu masa aku kecik, aku pun pakai auta yang sama, so aku boleh tau la tu semuanya auta. Like father like daughter (aku tadak anak anak laki lagi). Muahahahaahahahah..!

Apa-apa pun, aku harap kita semua dapat membantu para guru meringankan beban mereka dengan memberikan sepenuhnya kerjasama untuk mendidik generasi mendatang. Selamat mengajar buat para guru dan selamat membantu kepada semua ibubapa.