Assalamulaikum..
Pertama sekali, aku mohon maaf sebab dah lama tak update blog kita ni. Ya! Aku pun sedari akan kesuraman blog kita ni. Muahahah!! Bukan senang yob nak istiqomah dengan kerja baik macam ni. Ada saja gangguan dan kekangan. Baik dari segi masa, keringat, idea dan sebagainya.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar sekali akan perjumpaan raya bersama-sama sahabat Idrisiah. Walaupun ada yang datang lewat macam aku ni. No more excuses yang patut aku terangkan di sini. Apa pun, tahniah buat mereka yang sudi meluangkan masa datang berhari-raya bersama. Ada yang datang berkeluarga macam Abe Mark, Ustaz Ya dan aku sendiri. Dan ada juga yang mai dengan pasangan hidup masing-masing macam Zaki Saidin dan Sepul Asri. Yang mai Hans Solo pun ada gak, si Jamil.
Juadah hidangan; seperti komen Abe Mark yang telah menerangkannya di dalam posting sebelum ini. Ada kurma, air zam-zam lagi dan pelbagai. Sederhana tetapi meriah. Komitmen kawan-kawan yang hadir memang aku puji. Aku tak mau nak CAS mereka yang tak dapat dan sengaja tidak hadir. Mngkin masing-masing ada kekangan dan urusan yang lebih aula dan aham. Mungkin..
Abe Iz dah makin bertambah-tambah serinya. Almaklumlah, darah manis. Darah manis dan hitam manis takpa, jangan kencing manis. Kencing manis kalu, seduit pun tak guna. Cepat letih, gigi rongak, kaki dan tangan mudah reput. Buat yang ada kandungan gula dalam darah yang tinggi, pandai-pandailah jaga kesihatan anda.
Orang di benua Afrika mati sebab banyak tak dapat makan, orang Malaysia mati sebab banyak makan. Dan makanlah rezeki dari sumber yang halal dan diredhai Allah SWT. Semoga kita mendapat kekuatan untuk beribadah kepadaNya.
Besar kemungkinan kenduri akan diadakan di rumah aku pada masa yang terdekat ni. Tapi aku sedang mencongak sama ada nak buat dalam cuti sekolah ataupun sempena Syawal yang mulia. Masih dalam dilema lagi ni. Sebabnya cuti sekolah dah dekat sangat dengan tarikh tu. Nak la jugak aku tengok kawan-kawan dari Ipoh dan lain-lain tempat dapat mai makan kenduri kecil aku nanti. Ka gumana abe Mark? Walau apapun jua keputusan yang akan diambil kelak, kenduri insyaAllah ada. Cumanya kecil atau besar skala kenduri itu bergantung kepada keadaan semasa.

Kambing insyaAllah ada. Sama ada bergolek atas altar pembakaran atau tidak, itu bergantung kepada permintaan. Mungkin masakan ala arabian, mungkin masakan melayu. Segalanya berkemungkinan.

