Assalamualaikum..
Update 8 April 08
Sehingga kini, aku masih belum menerima logo daripada sesiapa yang teringin nak dapatkan hadiah RM100.00 tu. Aku rasa macam kawan-kawan ni banyak duit sangat ka sampai RM100.00 tu dipandang sepi? Taktau la kot-kot semua nak buat submission last minit. Kita buatlah anjakan paradigma sikit. Bagi hasil kerja awal. Asyik dari sekolah rendah sampai la abih mengaji, semua nak buat last minit.
Buat mereka yang belum menjelaskan yuran tahunan dan dana, sila lah berbuat demikian seberapa segera sebab nak mula kempen projek dah ni.
Posting asal..
Buat semua, aku agak sibuk kebelakangan ni. Memandangkan rumah aku yang tengah di'renovate'kan tu tengah dalam proses 75%. Jadi, aku kena banyak luangkan masa kat rumah sebab nanti masa final touch-up ada pulak yang tak kena. Herot sana-sini. Dan jugak perniagaan aku pun yang agak ok, menjadi antara penyumbang kesibukan harian yang aku tempuhi.
Walau macam mana sekalipun, aku cuba mengeposkan topik-topik baru untuk kawan-kawan semua. Aku sendiri bosan dengan blog yang tiada perkembangan. Jadi, aku menyeru sekali lagi, barang sesiapa di antara sahabat-sahabat yang punya masa terluang, sila bagi apa2 topik selain daripada perjumpaan. Tak kisah la sama ada kisah tauladan, pengalaman pahit-manis, romantis, teguran, idea, saranan, cerpen, kisah tahyul, tazkirah dan sebagainya. Malah, kisah anbiya', para wali dan da'ei pun boleh kita kita kongsikan bersama.
Aku menyeru kepada semua yang sentiasa melayari blog ini, untuk sama-sama menyumbangkan apa-apa jua yang boleh dimanfaat dan dikongsi bersama. Tiadalah aku upaya untuk sentiasa mempunyai idea untuk dinukilkan di dalam blog ini.
Sebelum aku terlupa, masa mesyuarat tempoh hari, kita tak bincang pun tentang nama rasmi komuniti ini. Adakah kita akan terus menggunakan Komuniti 87 sebagai jenama kita bersama? Kalau setuju, siapa yang bersetuju? Kalau ada cadangan untuk penukaran nama, sila berikan di ruangan komen.
Dan satu lagi, ingin aku umumkan satu pertandingan mencipta logo Komuniti 87. Secara perincian pertandingan adalah seperti berikut:
Pertandingan Mencipta Logo KOMUNITI 87.
Syarat-syarat penyertaan:
- Terbuka kepada semua warga Komuniti 87.
- Tiada yuran dikenakan.
- Sila nyatakan maksud dan warna-warna yang terdapat di dalam logo.
- Keputusan akan dinilai oleh pihak juri yang terdiri daripada AJK Komuniti 87.
- Semua keputusan adalah muktamad.
- Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Logo yang terpilih akan menjadi hak-milik Komuniti 87.
- Pihak Komuniti berhak untuk mengubah-suai logo yang terpilih.
- Logo perlulah yang tulen dan asli. Sebarang plagiat akan ditolak mentah-mentah.
- Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 30 April 2008.
- Pemenang akan diumumkan hanya melalui laman blog ini sahaja.
- Semua peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 3 buah logo sahaja untuk dinilai.
- Semua saiz logo tidak boleh melebihi 10cm x 10cm.
Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100.00 sumbangan Bina Harta Enterprise akan disampaikan kepada pemenang yang terpilih di dalam sebuah majlis yang dirasakan sesuai. Tertakluk kepada keperluan dan keadaan semasa. Pemenang akan diumumkan dalam masa dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan.
Semua logo boleh dihantar kepada email: loolapalooza@gmail.com
Sila nyatakan nama dan no. kad pengenalan baru bersama-sama logo ciptaan anda.
Sebarang pertanyaan perihal pertandingan logo, sila hubungi aku, di email: marn05@yahoo.com