Pages

Wednesday, June 8, 2011

Kambination Part VII

Assalamualaikum..

Pe kabo semua? Semoga cuti sekolah kali ini menarik untuk diingati.

Dah lama tak mengemaskini blog ni. Dah macam rumah hantu pun ada, rumah tinggal pun ada. Sunyi je... Apa2 pun, ada jugak yang sudi menyinggah buat menghilangkan penat lelah tetapi hampa dek kerana tiada info terbaru waimma anjuran majlis ramah-mesra yang dah lama tak diadakan.

minggu lepas, melalui panggilan telefon, sdr. kita en. Ahmad Suzaini ada melontarkan idea untuk mengadakan kambination di rumah Izanee. Aku rasa macam cun ja. boleh buat 2 dalam satu. Yang pertama: makan kamben. Yang keduanya: dah lama tak jenguk orangtua Izanee. Cumanya hari Sabtu aku ada kenduri yang mesti dihadiri di Pantai Remis. Kenduri en. Ahmad Fedtri Yahya; pengacara MHI TV3.  Dah dijemputnya aku sekeluarga, kena la pi. Memenuhi jemputan tu wajib kalau takdak keuzuran. Ka guanne ustaz?  Tapi jangan risau. Sebab aku balik hari. Malam Ahad tu boleh la kita berparti liar sambil mengagungkan Allah Azza wa Jalla (agak2 ayat ni kontroversial tak?) 

Kalau bangsa UMNO, soheh depa kata menghina Allah SWT. Walau macam mana sekalipun, buat mereka; sedara-maraku yang di dalam hati menyokong UMNO, PAS, PKR waimma DAP sekalipun (ni blom aku halusi lagi macam Syiah Rafidah, pengikut Ayah Pin dll), dijemput hadir memenuhi jemputan sekiranya menjadi kenyataan akan parti liar kambination yang dicadangkan ini. 

Rasanya masa yang paling seswai mengikut cadangan abg Mart ialah pada hari Sabtu malam Ahad. Pukul 8.45mlm (kome beda'ah je kalo cakap pegi semejid, sampai lewat). Bawak le ape patut untuk diraikan bersama kambination malam tu. Jangan ngayun kosong je.. Orangtua Izanee dah bagi venue, kita yang serikan majlis kita nanti. Dok gitu?

Ka apa kata survey? Nak ke tanak?