Assalamualaikum..
Bersempena dengan posting pendek aku yang sebelum ni, nasihat-menasihati dan ingat-mengingati, marilah kita sama-sama mentelusuri sejarah bermulanya era gelap di Malaysia.
Era gelap ataupun dalam bahasa globalnya 'Dark Age' bermula bilamana Sultan Madey menaiki takhta pada tahun 1981. Bukan jauh pun dengan tarikh hari ini. Zaman di mana kita mula kenal logo PATA 'sang penyu' yang memakai spek mata hitam. Zaman kita mula memasuki alam persekolahan.
Era gelap ini berterusan setelah sultan Madey turun takhta. Diteruskan oleh sultan-sultan yang terkemudiannya. Di antara faktor berlakunya era gelap ialah pengenalan beberapa akta yang zalim. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengekang kebebasan rakyat jelata mengkritik kerajaan pada masa itu dan terbawa-bawa hingga sekarang. Memandomkan semangat juang rakyat jelata untuk meminta keadilan dan mengasikan 'telo' manusia yang berjantinakan 'jantan'. Rakyat jelata ramai yang menjadi betina yang berjanggut, pelacur murahan, bohsia dan bonsai akal fikirannya dek hasil indoktrinisasi akta-akta zalim tersebut.
Mari kita kenali akta-akta zalim yang disebutkan di dalam perenggan di atas:
1. Akta Polis : Digubal pada tahun 1963 asalnya. Kemudian pindaan berlaku pada tahun 1967, 1981 dan 1987 semata-mata memberikan kuasa penuh kepada polis untuk 'menidakkan' hak rakyat jelata untuk berkumpul. Secara tidak langsung menafi dan membelakangkan hak kebebasan rakyat untuk berkumpul yang termaktub di dalam perlembagaan negara.
Aku pernah diligan polis pada suatu malam yang indah bersama rerakan yang duduk tinggal setaman perumahan dek gara-gara kes melepak di tepi padang bola lepas solat Isyak sambil dilimpahi cahaya suram lampu jalan. Nasib baik kapchai Honda 70 arwah bapakku yang punya, hebat beraksi mengelak tendangan ada bayang pihak polis. Berjaya mencilok lari. Bukan buat apa pun. Curi-curi hisap rokok time tu. Tu pun pihak polis nak 'cas' kata kami ni nak buat gerakan subversif. Nasib baik la dalam kalangan melepak tu ada terselit sama dua beradik anak Ketua Balai Polis waktu tu. Segala cas digugurkan.
2. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) : tercipta tahun 1960. Tujuan asalnya nak lawan komunis. Tapi dek kerana ketagihan nak menangkap orang, Sultan Madey telah membuat lebih 20 kali pindaan untuk menjadikannya lebih oppresif. Kiranya pendek kata (bukan aku kata), sapa yang kena tangkap atas sebab ISA, dia tu lebih jahat dan lebih bahaya daripada komunis.
Hat ni pengalaman diri-sendiri tak pernah ada, tapi keluarga terdekat sipi-sipi nak kena tu ada la. Pengalaman aku sendiri, pernah dihantar dan diambil daripada sekolah oleh SB (siput babi) selama tiga hari berturut-turut. Dan sepanjang perjalanan pergi-balik sekolah, berlaku interogasi secara haram oleh jahanam punya Siput Babi. Memanipulasikan aku pada waktu tu seorang budak mentah yang tidak mengerti apa-apa ketika itu. Yang ku tahu, balik sekolah nak ligan ayam dan lastik tupai ja. Sanggup Siput Babi kumpul data dan maklumat daripada sumber macam aku (pada masa tu la).
3. Akta Percetakan dan Penerbitan (OSA) : Dicipta tahun 1984 untuk menyimpan segala kebobrokan kesultanan Madey. Asal-usul akta ni diambil daripada Printing Press Act yang dibuat oleh British jahanam pada tahun 1948. Kemudiannya dipinda tahun 1987 untuk merahsiakan segala repot dan salah-laku kerajaan daripada mata dan pengetahuan rakyat marhein macam aku ni. Segala koran dan akhbar yang melawan arus, akan ditarik permitnya. Penulis-penulis lancang dan penyebar fitnah (ikut mata sultan Madey dan konco-konconya) akan ditahan dan disiksa secara minda sampai jadi mandom dan pengecut.
Yang ni, aku tak takdak pengalaman. Harap-harap, tak kena tindakan pada masa akan datang. InsyaAllah.
4. Akta Hasutan : Pun asalnya dibikin oleh British pada masa dulu untuk mengekang nasionalis yang menuntut kemerdekaan. ramai yang jadi mangsa ni. Antara operasi yang terkenal menggunakan akta ni ialah Operasi Lalang.
Yang ni pun sama. Aku takdak masa nak hasut-hasut orang ni. Taktau la kot kalau bercakap betui dikira hasutan. Muahahahahahahaha..
5. Akta Siaran ataupun Broadcasting Act : Benihnya daripada 'British Propaganda'. Diubahsuai menjadi akta tahun 1987. Memberi kuasa besar kepada Menteri Penerangan untuk memanipulasikan dan menguasai segala apa bentuk serba mak nenek 'broadcast media' yang dimiliki kerajaan. Hasilnya kedapatan hari ini akan TV meloya, TV1 dan TV2 yang lebih lawak daripada Raja Lawak dan lebih sarkis daripada Royal London Circus.
Hasil daripada akta-akta yang telah disebutkan di atas: Ramai yang jadi penakut. Nak jaga periuk nasik katanya. Taktau la kot zaman la ni tok-tok guru sampui ajar bahawasanya rezeki itu kerajaan yang bagi, bukan Allah Taala.
Marilah kita berpesan-pesan agar kita tidak mudah lupa dan alpa dengan kesibukan, hambatan dan kecintaan kita kepada duniawi.