Pages

Wednesday, February 17, 2010

Halalkah telur yang kita makan?

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu. Harapan cuti tahun baru cina dapat melegakan perasaan dan tekanan perasaan. Cuti baru ni, aku tak pergi mana-mana pun. Anak kedua aku, Nadia kena serangan asthma. Dok ulang-alik klinik 3-4 kali untuk sedut ubat. Alhamdulillah, asthmanya dah tiada. Cuma batuk sikit-sikit.
Dalam dok sibuk menguruskan sakit anak aku, makan pun tak berselera. Tapau je. Antaranya. beli burger kat stall tepi jalan berhampiran rumah aku. Semalam, aku dok perhati satu stall burger ni, telurnya tak dibasuh/bilas dengan air. Masih ada najis ayam kat kulit telur tu. Bila ditanya basuh ke tidak, dengan selambe budak burger tu jawab: "Saya lap je bang". Hangin aku satu badan. Aku pun tegurlah perihal halal sesuatu makanan tu bukan sekadar bersih, tapi mesti suci. Asal hukum memakan telur tu harus, tapi menjadi haram bilamana bercampur dengan najis. Kenapa Islam melarang kita memakan najis dan bangkai? Sebab boleh membawa mudharat. Kelat je muka mamat tu bila dengar teguran aku. Sama ada dia basuh ataupun tidak lepas dengar kuliah isya' aku, Wallahu a'laam.


Sama juga dengan isu murtabak, char koeteaw dan lain-lain. Dalam sedar tak sedar, berapa banyak najis ayam dah kita telan? Memang kedainya ada logo halal, peniaganya melayu Islam. Tapi berapa kerat yang ambil peduli pasal kebersihan dan kesucian makanan yang dihidangkan? Aku jadi takut bila fikir balik tentang sikap dan tanggungjawab sesama Muslim dalam bab-bab kesucian sesuatu makanan ni. Kedai arab pun sama. Kalau yang prihatin, insyaAllah dibasuh telur-telur tu. Yang tak prihatin? Belum tentu basuh. Tu pun kena tau cara basuhan, kalau rendam sebakul telur dalam besen, tak sah dan tak suci. Sebab air yang bercampur najis kurang daripada dua kolah, tidak menyucikan najis! Kena basuh dengan air lalu.

Mana tidaknya, kalau dah tangan yang sama pegang kulit telur yang bernajis, pecahkan kulit, agak-agak serdak najis ayam tu pi mana? Tangan tu selalunya tak dibasuh, terus jamah perencah dan bahan masakan yang lain. Habis semua hidangan jadi haram. Alang-alang dah haram, baik makan babi, biawak, monyet, siamang dan siput babi.

Bila kita perhatikan balik, memang kita ni dah banyak makan najis ayam sebab apa jua perancangan dan program, banyaknya hangat-hangat taik ayam! Mula je meletup-letup, lepas tu sejuk je. Takde respon. Tiada istiqomah. Marilah kita sama-sama menghangatkan kembali perhubungan sesama kita demi kesejahteraan hidup tanpa memakan najis ayam. Biarlah najis ayam kekal sebagai baja tumbuh-tumbuhan dan bukannya makanan ruji rakyat Malaysia. Mari bebaskan diri dari memakan najis ayam.

Caranya ialah dengan bertanyakan di setiap kedai yang kita makan dengan soalan berikut: "Telur ayam basuh tak?". Kalau ternampak di depan mata kita macam stall burger, char koeteow dan sebagainya, tengok dan perhatikan dengan teliti telur2 yang tersusun cantik di depan mata sama ada terdapat kesan ataupun najis pada kulit telur tu. Tegurlah demi agama, demi kesucian dan demi keturunan ummat nabi Muhammad SAW.

Trivia: Hangpa tau tak, kedai mamak bukannya reti buat scramble egg. Kalau tak percaya, hangpa cuba order sekali, tapi pastikan telurnya dibasuh.

"Kita, apa yang kita makan".

Thursday, February 11, 2010

Selamat Tahun Baru Cina: Tahun Harimau

Assalamualaikum..

Bersempena cuti yang bakal datang tak lama lagi, aku ucapkan kepada sahabat-sahabat semua Gong Xi Fa Chai. Jangan skeptikal! Tak salah untuk kita tumpang raikan perayaan kebudayaan. Yang salah dan jatuh berdosa sekiranya kita sama-sama merayakan perayaan keugamaan. Sementara sahabat-sahabat sedang sibuk dengan membeli-belah sebab jualan murah hari raya cina, dinasihatkan belilah stok makanan banyak sikit kerana nanti lepas raya cina, susah nak dapat bekalan barangan segar macam sayur, ayam dan yang sewaktu dengannya. Ni yang kata Tanah Melayu ni? Cina yang pegang dan kuasai ekonomi. Yang melayu tau beli dan berbelanja kalau ada duit.

Bosan dengan cuaca politik tempatan, aku mengajak sahabat-sahabat semua mengenali dengan lebih lanjut tentang tahun-tahun di dalam kalendar cina terutamanya Tahun Harimau. Mari belajar tentang zodiak cina.

Tahun Harimau

Mengikut kalendar masyarakat kaum cina, tahun 2010 merupakan Tahun Harimau Emas, yang jatuh pada Februari 14, 2010. Harimau merupakan tanda ataupun zodiak ketiga di dalam putaran Zodiak Cina yang mengandungi 12 zodiak haiwan di dalam kalendar masyarakat cina.

Harimau merupakan haiwan yang dikenali sebagai berani, garang dan ditakuti. Mengikut pandangan masyarakat cina, harimau mewakili simbol sifat dan tenaga kewanitaan Yin yang berlawanan dengan semangat simbol kejantanan Yang iaitu naga. Orang cina ketika era dinasti kuno beranggapan bahawa naga merupakan simbol DiRaja, manakala harimau adalah simbol ketenteraan yang tertinggi mewakili semangat tidak gentar dan kejayaan. Kekuatan dan kehebatan sang harimau banyak mempengaruhi gerakan-gerakan di dalam ilmu kungfu.

Tanda dan sifat manusia yang lahir dalam Tahun Harimau

Masyarakat cina percaya mereka yang lahir pada Tahun Harimau disukai ramai oleh kerana personaliti yang mempersonakan. Mereka juga termasuk di dalam golongan yang suka berterus-terang, tidak dapat dijangka dan menarik, pandai di dalam menyusun strategi dan taktik. Selalunya mempunyai agenda tersembunyi. Penuh dengan syak-prangsangka dan kadangkala membuat keputusan yang tergopoh-gapah. Manakala sesetengahnya pula dilahirkan mempunyai perasaan simpati yang kuat, menyayangi kanak-kanak dan apa jua yang merangsang imaginasi.



Manusia yang lahir pada Tahun Harimau amat berbangga dengan perbezaan berbanding orang lain yang terdapat di dalam diri mereka. Mereka adalah pelajar yang cepat memahami sesuatu yang dipelajari, mahukan cabaran dan selalu bekerja bersendirian. Sesetengahnya suka bertukar-tukar kerjaya kerana cepat bosan. Cekap di dalam kerja yang menjurus kepada pangkat dan kuasa (berhati-hati!). Golongan ini juga kadang-kala mempunyai tabiat suka berbelanja kerana tahu mereka boleh memperolehi wang yang lebih daripada yang dibelanjakan.

Tahun-tahun Harimau dan unsur-unsurnya:

02/08/1902 - 01/28/1903 (Air), 01/26/1914 - 02/13/1915 (Kayu), 02/13/1926 - 02/01/1927 (Api), 01/31/1938 - 02/18/1939 (Tanah), 02/17/1950 - 02/05/1951 (Besi), 02/05/1962 to 01/24/1963 (Air), 01/23/1974 - 02/10/1975 (Kayu), 02/09/1986 - 01/28/1987 (Api), 01/28/1998 - 02/15/1999 (Tanah), 02/14/2010 - 02/02/2011 (Besi).

Serba ringkas mengenai Tahun Harimau. Semoga kita mendapat manfaat daripada tulisan yang dicoretkan di sini. Di kesempatan ini juga, aku berdoa agar kalian semua selamat di dalam apa jua pekerjaan. Berhati-hati di jalanraya dan rancang perjalanan anda terlebih dahulu supaya tidak teperangkap di dalam kesesakan jalanraya.

Tuesday, February 9, 2010

Suka ke tak suka ke.. Hapa aku pedulik!

Assalamualaikum..

Ni aku copy/paste daripada blog Aduka Taruna tanpa izin.. aku rasa elok sangat la kita kongsi ramai-ramai. Suka ke, tak suka ke. Hapa aku pedulik! Jom kita cernakan maklumat-maklumat seperti di bawah:

11 sebab kenapa kita perlu sokong UMNO:

1. UMNO ditubuhkan penjajah. Nama pun dalam bahasa penjajah. Semua pemimpin UMNO dok England masa Malaysia berperang. Sekor pejuang UMNO pun tak pernah luka apatah lagi terpenjara atau terbunuh untuk memerdekakan negara.

2. UMNO terima kerakyatan pekerja asing menjadi warganegara. Cina, India, Indon, Bangla, Vietnam dan Nepal zaman dulu, skang dah jadi warganegara. Pastu la ni memekak pasal perkauman. Sendiri buat bodoh, sendiri tak sedar.

3. UMNO serahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew.

"Ramai orang marah T. Rahman sebab serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.. skang ni tengok Pulau Pinang diambil DAP, anak PAP. Lihat bagaimana bijaknya T. Rahman." Kata Datuk UMNO kepada gua satu ketika dulu (ada dalam N3 lepas).

"So, kenapa tak keluarkan Pulau Pinang itu dari Malaysia skang? Bukankah DAP dah perintah." Balas gua sambil senyum manis. Spesis paling bodoh jer serahkan tanah milik sendiri kepada orang semudah begitu dan sepasrah begitu.

4. UMNO jual air Johor kepada Singapura dan beli balik dengan harga mahal. Ni berniaga tahap bodoh spesis Melayu.

5. Tanah KTMB kat Singapura pun dah tergadai.

6. Pulau Batu Putih dah bagi kat Lee Kuan Yew. Tapi sibuk ajak Melayu tahap Felda dan kampung marah kepada DAP.

7. Kawasan tadah air di Kota Tinggi diserah kepada Singapura. Sampai Mahathir dan Muhyiddin tuduh menuduh. Nasib baik Melayu tahap Felda dan kampung tak tahu. TV dan suratkabar tak siar. Kalau tak sah, masing2 bunuh diri sebab baru tahu.

8. Wilayah pembangunan Iskandar warga Israel boleh beli ke tak? Sibuk tuduh Awar Ibrahim agen Israel.

9. Sanggup daratkan petrolium negara ke Songkla dari bagi kepada Melayu sendiri Kelantan. Ni sah kerja jahat DAP.

10. Enjin jet hilang, saham syarikat penting negara dibeli Temasik, tapi salahkan budak sekolah dan guru BM.

11. Bagi anak sendiri modal guna duit rakyat. Buat lebuhraya. Dahla guna duit rakyat, lebuhraya tu pulak milik anak sendiri. Rakyat pulak kena bayar lagi tol. Ni meniaga tahap Melayu ke tahap DAP nih? Ayak... x_x

Hidup UMNO! Hidup ulama perpaduang!

Thursday, February 4, 2010

Kenduri kahwin adik Arshad

Assalamualaikum..

Moga di bawah lembayung rahmat Ilahi. Jemputan kepada semua warga Komuniti87 ke majlis Walimatul Ursi seperti berikut:
  • Tarikh : 14 Februari 2010M
  • Masa : Ikut masa biasa kenduri-kendara. Rasanya 12.00-4.00ptg.
  • Tempat : 134 Parit Mentara, Jalan Taiping, Bagan Serai, Perak.
Ni jemputan kenduri adiknya sdr kita Arshad Saidin aka Pandai Golok, yang akan melangsungkan perkahwinannya. bukan Arshad, tapi adik dia. Diulang..! Adik dia. Adik yang ke ke berapa aku taktau. Sebab ramai sangat adik-beradik dia. Rasanya ada 16 orang. Hebat pakcik Saidin al-Banjari. Tahniah buat pakcik Saidin kerana meramaikan umat nabi Muhammad SAW yang berbangga dengan umatnya yang ramai.

Dan, untuk makluman semua yang belum tahu, Arshad ada berniaga di tapak pasar malam di Changkat Jering. Siapa-siapa yang berminat nak tengok dan beli koleksi parang yang dia buat, silalah ke sana pada hari Sabtu (kalau nak jumpa dia la). Cantik-cantik hasil karya cik Arshad kita. Harga bergantung kepada saiz (panjang/pendek golok), jenis kayu dan ulu. Bermula dari RM150-RM800/-. Kalau nak 'special' order pun boleh. Kalau dah special order, nama pun dah special, tentulah harganya pun special.

Arshad, mobil dan peralatan perangnya

asal-usul kayu jenis Seriyan yang dibuat sarung golok (Mart! Thanks for the info)

gambar 'close-up' hasil karyanya

lawa-lawa beb..