Pages

Thursday, March 26, 2009

PPSMI - Apa kesudahannya?

Assalamualaikum..

Aku rasa sampai masa untuk kita bicara soal masa depan anak2 kita. Berkenaan isu PPSMI. Aku nak tanya pendapat buat para ustaz, guru dan tenaga pengajar yang lain, apakah keburukan dan kebaikan yang wujud di dalam penerapan PPSMI bermula di peringkat persekolahan rendah sehinggalah ke peringkat tertinggi?

Aku ada bertanya dan menyoal selidik beberapa guru di sekitar Kuala Lumpur dan ada yang datangnya dari luar bandar seperti guru di Kodiang, Kedah, Sg Lalang di Sg. Petani, dan sebagainya. Apa yang aku dapati, kebanyakannya menentang secara diam memandangkan mereka para guru takut diambil tindakan sekiranya terbabit secara langsung dan terang-terangan oleh pihak atasan. Manakala, ada juga yang menyokong akan PPSMI.

Antara hujah mereka yang menentang PPSMI adalah kerana ketidakfahaman anak didik dalam kelas dan kegagalan guru sebagai medium terpenting mengajar di dalam bahasa Inggeris menjerumuskan masa depan anak didik ke arah yang gelap. Kedudukan bahasa Malaysia tidak lagi dianggap penting pada masa hadapan. Dan secara tidak langsung menafikan kemampuan bahasa Malaysia untuk berasimilasi dengan kehendak dunia global yang lebih mencabar. Sains dan Matematik yang sememangnya tidak menjadi subjek pilihan di dalam masyarakat melayu sedari dulu hingga sekarang. Gerakan penerapan PPSMI akan lebih memburukkan lagi keadaan di mana Malaysia masih kekurangan tenaga professional berbangsa Melayu. Cukuplah sekadar kesilapan kerajaan dalam mematikan tulisan jawi. Janganlah pula cuba menidakkan kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan teknologi.

Dengan penerapan PPSMI ke dalam sistem pendidikan, ianya akan mematikan semangat dan kemahuan pelajar yang berminat dengan sains dan matematik di peringkat akar umbi. Ini kerana pelajar gagal memahami asas kedua-dua subjek tersebut kerana terpaksa belajar di dalam bahasa yang tidak difahami dan bukannya bahasa ibunda. Seterusnya menjadikan cabaran untuk menguasai ilmu tersebut bertambah dan membebankan.

Manakala bagi kebanyakan mereka yang menyokong, memberikan hujah dengan mengatakan bahawa kita tidak sehebat Perancis, Jepun, Russia waimma Jerman. Kita tidak memiliki teknologi. Kita menceduk teknologi dan menjadi pengguna teknologi, bukannya sebagai bangsa yang melahirkan teknologi mahupun menguasai apa jua teknologi. Tidak seperti Jepun yang menguasai beberapa bidang teknologi yang menyebabkan ramai pelajar luar negara datang ke negara matahari terbit tersebut. Sama juga keadaannya seperti di Russia yang menawarkan teknologi angkasa lepas yang lebih murah berbanding AS. Mereka itu merupakan negara bangsa yang hebat dan menguasai ketamadunan dan mempunyai kekuatan di dalam pengupayaan memajukan teknologi.

Ditambahkan lagi dengan betapa kurangnya gerakan dan kemahuan badan-badan kerajaan mahupun sektor swasta dalam menterjemahkan terminologi santifik ke dalam bahasa Malaysia. Terjemahan buku-buku rujukan yang sedia ada di pasaran tidak seiring dan terlalu lambat sekiranya dibandingkan dengan pengeluaran buku-buku di dalam bahasa Inggeris.

Ada juga yang beranggapan bahawa dalam jangkamasa panjang, PPSMI akan menampakkan kesan positif sekiranya diberikan peluang, masa, ruang serta sokongan untuk berjaya. Tidak akan mati jati-diri orang Melayu sekiranya belajar Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris.

Cuba lihat keadaan pada hari ini, rata-rata mereka yang lulus universiti tempatan, kebanyakan gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dalam masa yang sama juga gagal menguasai bahasa Malaysia dengan sempurna. Dan mereka yang berpeluang mencari pekerjaan mahupun menyambung pelajaran di luar negara, perlu menguasai bahasa Inggeris.

Ya! Isunya ialah kenapa tidak diperkasakan sahaja pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri? Kenapa perlu dikorbankan Sains dan Matematik semata-mata untuk menguasai bahasa Inggeris? Apa jawapan dan pendirian kawan-kawan semua?

Wednesday, March 18, 2009

Wife VS Girlfriend

Assalamualaikum..

Just for a light entertainment. Got it from email sent by a friend. Hope ya'll enjoy reading it.

Differences between "Wife" and "Girlfriend"

Some people say:
Wife is a HARIMAU ...............
Girlfriend is HARI HARI MAU.

And some say:
Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP).

At home watch TV. Go out bring HP.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old but HP, is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.

Most Important: TV got remote but HP doesn't have.

Last but not least...

TV do not get virus but HP easily get VIRUS.
Once got it, HABIS LAH.

Which one do you choose?

Tuesday, March 17, 2009

Mengapa Yahudi Bijak - Bah. Kedua

sambungan..

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah orang Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah..... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat merangsang (semacam senaman untuk) otak, maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan di California ketinggalan 6 tahun ke belakang!!! Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain daripada pelajaran tadi, acara sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping memudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah), di sini murid-murid ditekankan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi seperti politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan serius tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat merangsangkan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka mempunyai idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tersebut akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka mengikut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, CocaCola, DKNY, Oracle, syarikat perfileman di Hollywood, Levi's, Dunkin' Donut dan beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti untuk menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir semenjak zaman Paraoh/Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan/esei sepanjang 5 muka surat penuh. Eseinya hanyalah mengenai Mengapa Saya Gemarkan Tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Friday, March 13, 2009

Mengapa Yahudi Bijak - Bah. Pertama

Assalamualaikum..

Aku dapat cebisan cerita ni melalui emel. Mungkin ramai yang dah tau, mungkin juga tidak. Disebabkan kemungkinan inilah menyebabkan aku rasa cerita ini patut dikongsikan bersama. Aku try la google nama orang yang kononnya buat thesis ni. Malangnya, tiada pun aku jumpa, malahan banyak yang copy-paste yang macam aku dok buat sekarang ni untuk dibuat sebagai tatapan orang-ramai. Kalau ikut logik, macam ok ja rencana di bawah ni. Tak rosak akidah kalau baca. Nak amal ke tidak, terpulang la. Selamat membaca..

Oleh: Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Kejuruteraan, pemuzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana mereka memang paling hebat. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi. Baik dalam bidang kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan ketika saya sedang menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau perbuatan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat selesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya membantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya! Ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh dan jemu, beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

-bersambung di bahagian kedua.

Tuesday, March 10, 2009

Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Harapnya ceria selalu dan selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga kita mengambil iktibar dan pelajaran dari Sirah Rasul yang tercinta. Kena ambil istifadah dari perjuangan baginda SAW dan melestarikannya ke dalam perjuangan serta kehidupan seharian kita.

Acapkali kita bercakap, mengulas dan berbicara tentang perjuangan Rasulullah SAW. Berkenaan akhlaknya yang mulia. Adab dan tatawur serta tingkatan dalam berdakwah. Banyak kali juga kita tewas dalam mengikuti sunnahnya.

Sungguhpun begitu, kita sebolehnya teruskan menghidup dan mengikuti sunnahnya tanpa jemu dan bosan. Walau apa jua rintangan dan godaan, tetapkan hati dan iman kita insyaAllah, untuk meneruskan legasi pemimpin terhebat yang pernah lahir di kalangan umat manusia. Selawat ke atas nabi SAW.



Monday, March 2, 2009

Kalimah Allah

Assalamualaikum..
Aku tertarik untuk berbincang dengan kawan-kawan dan berkongsi pendapat tentang penggunaan kalimah Allah di dalam mana-mana terbitan agama Kristian. Pada mulanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan kebenaran tersebut dan kemudiannya menarik semula perintah tersebut (macam iklan biskut je, kejap ade, kejap takde). Rentetannya adalah seperti berikut:

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan. Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu. Perintah tersebut berbunyi: ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian.''

Kemudian, semalam dalam Buletin Utama TV3, dengan muka selamba toya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menarik balik kebenaran penggunaan kalimah Allah tanpa memohon maaf kerana menimbulkan kecelaruan di dalam masyarakat. Aku memetik laporan Berita Harian Online hari ni sebagai berkata: 
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menegaskan akibat kesilapan itu, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu sedangkan kementerian sudah membuat keputusan melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Sambil mengakui kesilapan yang dibuat kementerian itu ketika membuat perintah itu, Syed Hamid menjelaskan tiada pihak bukan Islam yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Memang betullah 'Kepimpinan Melalui Teladan' yakni tido masa buat kerja. 

Soalan: 

1. Benarkah kalimah 'Allah' itu hanya khusus untuk orang Islam?
2. Kalau benar, di manakah dalil dan sumber hukum yang hanya membenarkan orang Islam SAHAJA?
3. Apakah implikasinya ke atas umat Islam di Malaysia sekiranya kebenaran KDN tidak ditarik-balik?
4. Sejauh manakah penerimaan umat Islam tentang perihal di atas?
5. Apakah pandangan peribadi kawan-kawan?