Assalamualaikum..
Semalam kami menjamu selera sambil ditiup angin laut Bagan Lalang yang sepoi-sepoi bahasa. Aku, Mart, Asri, Jamil dan Gebok meluangkan masa bersama menjamu selere di kedai yang aku tak perasan namanya apa. Sempoi jugak la pot yang Gebok bawa. Almaklumlah, isterinya berasal dari kampung yang berdekatan.
Di mana letaknya Bagan Lalang? Dekat dengan Morib. Ingat dulu masa kita belajar waktu peringkat sekolah rendah? Dua tempat percutian di tepi laut yang cukup popular iaitu Morib dan Port Dickson (teringat aku kisah pakcik Kordi yang memakai seluar kehijau-hijauan dan mengayuh basikal kekuning-kuningan).
Santapan yang menjadi juadah hidangan ialah pari bakar, sotong goreng salut tepung, kerang, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan kerapu tiga rasa (aku rasa satu perasa ja; sedap). Secara keseluruhan, masakannya berada di tahap atas sikit pada ok (ni pendapat aku sorang je).
Perjumpaan semalam sekadar perjumpaan biasa dan tiada agenda luar biasa yang dibincangkan. Sekadar berjumpa dan mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sudah tertaut. Beberapa isu yang perlu untuk dikongsikan bersama iaitu perihal logo Komuniti yang masih belum diterima dan pendaftaran perniagaan yang telah berjaya didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Yang tinggal cuma proses membuka akaun syarikat yang akan telah diamanahkan kepada sdr. Jamil.
Terima kasih tidak terhingga buat semua yang sudi melapangkan masa untuk bertemu terutamanya sdr. Asri kerana walaupun demam dan batuk-batuk, dia tetap nak turut serta dalam perjumpaan semalam. Terima kasih daun keladi buat sdr. Jamil kerana sudi jadi pemandu dan pemandu pelancong (bawak pi sampai lalu depan rumah Datuk Sidek; ayahnda kepada jaguh-jaguh badminton negara: the Sidek Bros). Terima kasih teramat sangat buat abg Mart yang sudi membelanja kami semua pada malam tu. Moga Allah murahkan rezeki dan murahkan hati.
Semalam yang dihangatkan dengan perasaan sayang terhadap sesama muslim. Moga allah SWT temukan lagi kita semua di dalam sebaik-baik pertemuan, insyaallah, amin...