Pages

Monday, July 30, 2007

Durian, Optimus Prime dan kawan-kawan


Assalamualaikum..

Semoga Allah Taala merahmati kita semua, amin!!

Segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya sekali. Perjalanan dua malam sudah yang meletihkan tetapi menggembirakan hati takkan luput dari ingatan.


4.30 pagi, aku bersama Optimus Prime bergegas turun dari rumah di Pandan Indah sambil Jamil, Mat dan Yusrin sabar menanti di bawah. Perjalanan kami bermula sebaik saja aku dan kawan-kawan bergerak keluar dari Pandan Indah melalui MRR2 terus ke Sg. Buloh interchange. Dari sana kami memasuki lebuhraya PLUS yang dijangka akan sesak teruk menjelang raya tahun ni. Kon-kon penanda jalan masih banyak membuktikan bahawa kerja-kerja menaik-taraf lebuhraya PLUS akan memakan masa yang panjang. Nasihat awal aku pada kalian yang akan menggunakan PLUS untuk balik raya nanti, buat perancangan awal sebelum terkantoi masa pulang beraya.

Subuh kami usaikan di hentian Tapah. Air nescafe suam kurang manis terasa pekat ketika membasahi tekak sambil aku meladeni kesibukan manusia pagi itu. Perjalanan diteruskan sambil berbicara tentang agenda yang akan dibuat nanti. Melalui susur keluar Kuala Kangsar, kami teruskan pengembaraan ke Kg. Geluk, Lenggong, tanah tumpah darah Jamil. Sampai kami di Baitul Aman, pukul 8.15 pagi. Bondanya siap menanti dengan durian yang terhidang di atas meja dengan pulut diwarnai pula dengan santan. Memang big breakfast. Aku tak berapa sangat dengan durian, apatah lagi pulut. Angin. Mahu tak mahu, aku jamah juga durian dan pulut sebab 'stim' pun ada bila tengok Jamil menelan satu demi satu durian dalam pinggan. Yusrin kurang makan sebab jaga badan. Mat tak berani nak makan durian campur pulut sebab katanya buku lali terkehel. Takut angin. Tapi, banyak ulas durian yang jadi mangsanya. Aku?! Sikit je. Dalam 5 ulas aku tibai. Aku bukan peminat fanatik durian. Jaga badan pun ya. Optimus Prime tak makan sebab takut kentut busuk.

Selepas boot kereta Jamil penuh diisi dengan rambutan dan langsat, kami pun bergerak menuju ke Taiping untuk agenda seterusnya. Sememangnya sejak jalan ke Gerik diluruskan, perjalan yang selalunya mengambil masa selama sejam setengah dari KK ke Gerik, kini tinggal 40 minit. Pekan Lenggong pun dah makin maju. Tambahan pula dengan adanya Bandar Baru Lenggong, aku percaya aktiviti ekonomi akan bertambah rancak. Pekan kecil seperti Kati, Raban dll makin sepi sebab jalanraya yang baru tak melalui pekan-pekan tersebut.

Cuaca mendung (pemandangan biasa Taiping) menyambut ketibaan kami. Pukul 2 petang, kami singgah di rumah mak aku. Minum air, ambil bekas dan terus cargas ke Matang. Sewaktu melewati Batu 5, Mat tanya kat aku di mana katanya tempat mee udang yang sohor, selak udang nampak mee? Aku jawab aku taktau tapi bolehlah tanya pada orang yang tau. Setelah aku buat satu panggilan telefon, dan kenalpasti di mana kedudukan kedai mee yang sohor tu, kami pun bergegas ke sana. Kami sampai kurang lebih jam 2.45 petang di gerai tersebut. Letaknya tepi jalan sebelum hutan bakau Kuala Sepetang. Gerai Mak Teh Mee Banjir Udang namanya. Terletak bersebelahan dengan stesen petrol (desa punya) Caltex. Ada banyak pakej. Ada mee udang RM5, RM6, RM10 dan RM15. Aku dan Jamil sebat RM5 punya. Mat dan Yusrin tibai RM6 punya. Memang banyak udang. Aku tak berapa sangat dengan udang nih. Tapi sebab nak try, aku pesan jugaklah. Mee udang tu rasanya biasa je la. Tapi yang jadi luar biasanya sebab udangnya banyak. Memang selak udang baru jumpa mee. Manis rasa udangnya. "Kami dah meniaga lebih kurang 15 tahun bukak kedai makan ni" kata Mak Teh. "Cumanya sejak 3-4 taon ni la yang jadi tekenai sebab dah masuk tv" tambah Mak Teh lagi. "Pukui berapa Mak Teh bukak kedai?" tanya aku sambil menangkap gambar brader taiko tengah dok basuh udang. "Tengokla, selalunya pukui 8 pagi lagi kami dah bukak. Tutup pulak tengok keadaan. Kadang-kadang pukui sebelaih lebih, kalau takdak orang, kami tutup pukui sepuloh." jawab Mak Teh. "Ghamai orang dok mai, kadang sampai yang mai dari Kajang pun ada. Depa tu kalau nak mai, depa talipon dulu, takut kami tutup ka apa ka. Naya la nanti mai jauh-jauh, kedai pulak tutup" tambah Mak Teh tanpa disuruh. Selesai melayan kerenah Mak Teh, aku pun mintak izin balik ke kerusi aku duduk tadi. Takut kang dia melalut, mau tidoq kat situ.

Abis je udang dipinggan masing-masing, kami menyinggah di sekolah Darul Mulkan yang ditubuhkan oleh arwah pak aku sejak 1986; Haji Mulkan bin Muhammad (al-Fatihah untuk pak aku). Menyahut seruan Ilahi. Solat jama' qasar di surau sekolah. Usai solat, kami meneruskan perjalanan ke tanah mak aku, untuk ambil sample tanah dan air. Sample tu untuk projek ternakan lintah. Kalau nak tau lebih lanjut, cuba 'usyar' paper semalam Berita Mingguan. Ada cerita pasai lintah.

Pukul 4 lebih, kami bergegas keluar dari Kg. Hujung Matang (tanah mak aku) untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang rumah Mail tokey deghoyan. Ni la agenda utama kami. Sampai di rumah Mail dalam 4.20 petang. Zaki aka Abu Atief dan keluarga sedia menanti di luar rumah. Hujan renyai-renyai. Keluar kereta dan lepak di anak tangga luar rumah Mail sambil menanti ketibaan Alems. Tak lama kemudian, Alems (tok mudim muda) tu pun sampai. Tarus memulakan upacara membelah dan belasah durian. Stok tak banyak sebab minggu sebelumnya dah banyak yang luruh. Sikit pun sikitlah. Janji dapat lepas gian pekena durian Bukit Gantang ( I can say the best durian in the galaxy). tak lama kemudian, ust. Fareez pun sampai dan join d crowd. Apalagi, banyaklah cerita-cerita menarik dan menolak yang keluar. Dah lama tak berkumpul. Gelak tawa menghiasi petang yang indah.

sesi tibai n perabih
dari kiri: zaki jr aka atief, jamil (nampak belakang kepala), hanan dan zaki sr.


Siang menyapa senja. Langit beransur gelap dan rintik hujan belum mahu berhenti. Kabus tebal menyelimuti puncak-puncak bukit di depan mata. Sejuk dingin terasa tatkala angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh. Aduhai.. terasa keagungan ciptaan Allah Subhanahu wa Taala. Masuk ke dalam umah Mail, ada pula hidangan cucur cempedak goreng. ni memang aku tak leh nak resist la. Tibai cecukup. Aku cucuk Mat suruh Fareez urut kakinya yang terseliuh. Bila Mat dah start kena urut dengan Fareez, apalagi.. abis kawan-kawan lain tumpang minta urut la.. termasuklah aku. Kejap satgi, kaki aku sakit la, pinggang kawan tu la, bahu berdenyutlah. Macam-macam!!! Fareez daripada tak berapa sihat, terus berpeluh. Sihat. Batuk pun hilang.

Abis sudah sesi mengurut, sambung pulak sesi peturun petua. Ha... yang ni bagus untuk kita kongsi bersama. Buat mereka yang tidak hadir pada hari tu, ilmu ni kami dapat daripada kawan kita si Alems yang la ni jadi cikgu di S.R.J.K Methodist, Sg. Siput yang juga tok mudim. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi nak kongsi petua jaga kesihatan. Moga Allah Taala murahkan rezeki hang, Alems oi!! Petuanya begini:

bersambung di lain rencana..

Thursday, July 26, 2007

Durian, Mail dan kawan-kawan..

Assalamualaikum..

Memandangkan ramai yang dah bersuara terutamanya Tuan Tanah Kedaung.. si Mail tauke deghoyan.. maka aku dengan rasa sukacitanya nak ajak kawan-kawan berkongsi maklumat serba-sikit pasai buah yang banyak duri ni. Di sini, aku sertakan fakta ringas tentang durian yang kita dok makan tu la.

The durian (IPA: [d̪uˈɾi.ɑn]) is the fruit of trees of the genus Durio belonging to the Malvaceae, a large family which includes hibiscus, okra, cotton, mallows and linden trees. Widely known and revered in Southeast Asia as the "King of Fruits," the fruit is distinctive for its large size, unique odour, and a formidable thorn-covered husk. Its name comes from the Malay word duri (thorn) together with Malay suffix that is -an (for building a noun in Malay), meaning "thorny fruit."

There are 30 recognised Durio species, all native to Southeast Asia and at least nine of which produce edible fruit. Durio zibethinus is the only species available in the international market; other species are sold in their local region.

The fruit can grow up to 30 centimetres (12 in) long and 15 centimetres (6 in) in diameter, and typically weighs one to three kilograms (2 to 7 lb). Its shape ranges from oblong to round, the colour of its husk green to brown and its flesh pale-yellow to red, depending on species. The hard outer husk is covered with sharp, prickly thorns, while the edible custard-like flesh within emits the strong, distinctive odour, which is regarded as either fragrant or overpowering and offensive. The taste of the flesh has been described as nutty and sweet.

Numerous cultivars (also called "clones") of durian have arisen in southeastern Asia over the centuries. They used to be grown from seeds with superior quality, but are now propagated by layering, marcotting, or more commonly, by grafting, including bud, veneer, wedge, whip or U-grafting onto seedlings of random rootstocks. Different cultivars can be distinguished to some extent by variations in the fruit shape, such as the shape of the spines. Durian consumers do express preferences for specific cultivars, which fetch higher prices in the market.

Most cultivars have both a common name and also a code number starting with "D". For example, some popular clones are Kop (D99), Chanee (D123), Tuan Mek Hijau (D145), Kan Yao (D158), Mon Thong (D159), Kradum Thong, and with no common name, D24. Each cultivar has a distinct taste and odour. More than 200 cultivars of D. zibethinus exist in Thailand, Chanee being the most preferred rootstock due to its resistance to infection by Phytophthora palmivora. Among all the cultivars in Thailand, though, only four see large scale commercial cultivation: Chanee, Kradum Thong, Mon Thong, and Kan Yao. There are more than 100 registered cultivars in Malaysia and many superior cultivars have been identified through competitions held at the annual Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show. In Vietnam, the same process has been done through competitions held by the Southern Fruit Research Institute.

In recent times, Songpol Somsri, a Thai government scientist, crossbred more than ninety varieties of durian to create Chantaburi No. 1, a cultivar without the characteristic odour, which is awaiting final approval from the local Ministry of Agriculture. Another hybrid he created, named Chantaburi No. 3, develops the odour about three days after the fruit is picked, which enables an odourless transport and satisfies consumers who prefer the pungent odour.


Maka, secara ringkasnya, kita boleh buat rumusan seperti di bawah:

What is a durian?


Well...simply put, Durian is a fruit: a big, green thorny fruit. But wait, it is not just another exotic and expensive fruit from South East Asia. In fact, it is considered "King of the Fruit" throughout the region. Personally, I think that is an understatement of the millenium since we Asian are humble people. In fact, the actual status of Durian is "THE GOD OF ALL FRUIT!". No kidding! Yeah, yeah, I know, some (unadventurous) people would rather die than to smell the STINK of a durian. Heck, a few countries even BAN the presence of durian in selected public spots due to its offensive smell (that, to me, is a hopeless rule just like outlawing fart, when we know that it is such a pleasure and EVERYBODY secretly doing it!). Look here, I can go on and on here but let hear it from non-biased sources okay.[DURIAN'S PHOTO]
Name:
Bombaceae Durio zibethinus L./Murr
Better known as:
Durian (Malaysia/Worldwide), Duren (Indonesia),
Thurian (Thailand)
From:
South East Asia (Malaysia/Thailand/Indonesia, etc.)
Occupation:
Kings Of The Fruits
Part-Time Job:
Handy as a weapon

Nutrition



Component Per 100 g
Energy 153 cal
Moisture 64 g
Protein 2.6 g
Fat 3.4 g
Carbohydrates 27.9
Beta-carotene 140.0 mg
Vitamin B1 0.1 mg
Vitamin B2 0.13 mg
Vitamin C 23.2 mg

Jadi, secara tak langsung kita dah tau la mai mana perkataan D99 dan D24. Tu adalah kod nama untuk durian buat mereka yang tak tau lagi. Yang dah expert macam Mail dan lain-lain, kalau boleh mai la tolong tokok tambah. Idok le nanti kene kate dek mat saleh ke, arab ke, bile tanye ape ke hey nye kome letak D99? Takde ke name asey deghoyan tu? Takde le tergagap kite nak menjawabnye. Tau melantak je ha. Asal-usul deghoyan tak nak ambik tau. Mulai dari hari ni, marilah kita sama-sama berazam untuk makan deghoyan sambil menimba ilmu. Muahahahah!!! Hah.. kita dah dapat ilmu untuk hari ni anak-anak. Jumpa lagi minggu hadapan di waktu dan siaran yang sama..

Pun begitu, aku ngajak kawan-kawan semua marilah kita bersama-sama menyerbu rumah Mail pada ujung minggu nih. InsyaAllah nanti aku, Mat, Yusrin dan Jamil akan ke sana. Sapa2 yang ada kelapangan, bolehlah kontek kawan2, kita pakat2 pi serbu umah Mail hari
Sabtu nih. Apa kata survey?

Hey kome, deghoyan dah berbunge
Moh kite, minang anak dare
Anak dare, anak dare Bote
Teman jumpe, di padang tenggale

Bile musim deghoyan
Ramai berani nampo
Ape deme nak heran
Saman boleh bayo

A tribute to Mr. OS....

And... just for a gag!
A tribute to one of the greatest cartoonist ever, period!! Datuk LAT.




Monday, July 16, 2007

Hari baru minggu baru..

Assalamualaikum..

Buat kawan semua, bersempena hari baru dan minggu baru, marilah kita sama-sama mengejar cita-cita untuk terus maju setapak ke hadapan.

Buat mereka yang bekerja, kerjalah sungguh-sungguh dan buat yang tiada kerja, carilah kerja yang halal untuk menjana pendapatan buat menyara diri sendiri dan keluarga tercinta.

Buat peminat bola macam aku, YA!!!!! Malaysia kalah lagi.. macam biasa. Kali ni dengan Uzbekistan. 0-5. Ada beranggapan permainan ini telah diatur. Terancang. Sebab, sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia 50 Tahun. Aku juga suka dengan teori tu. Sebab, China akan melakukan siasatan terperinci kenapa Malaysia berjaya menjaringkan 1 gol. Mungkin kebarangkaliannya besar bila perlawanan Malaysia-Iran nanti, kita akan kalah 0-7. Merujuk kepada tahun 2007.

Bak kat Mat Zeni dalam sms ringkasnya kepada aku malam perlawanan Malaysia-Uzbekistan; "jangan tengok, free aje dapat dosa kering". Aku rasa memang dapat dosa kering sebab dok marah kat pasukan kebangsaan. Terima kasih Mat di atas teguran anda.

Walau apapun yang berlaku, aku tetap sentiasa berdoa agar Malaysia cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi terutamanya bolasepak. Sokongan akan sentiasa diberikan. Walaupun tahu, FAM hanya pandai meluahkan rasa kecewa dan marah bila Sultan Kedah kena berjalan sejauh 2km semata-mata untuk memenuhi jemputan. Tapi bila bab nak membangunkan mutu bolasepak, FAM lah yang paling tak buat apa2. Nehen je kate orang Perak.

Majulah sukan untuk negara. Tegakkan Islam di bumi Allah. Moga kita bersama-sama berfikir sejenak, untuk apakah kita hidup di dunia ini.

Wednesday, July 11, 2007

Takziah dan belasungkawa..

Assalamualaikum..

Aku dan kawan-kawan lain (Mat Zenith, Jamil, Yahya, Faisal Riza dan Saiful Asri) telah pergi menziarahi Yusrin sekeluarga. Ya, mak Yusrin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Puncak Alam. Aku, Mat, Yahya dan Asri tidak berkesempatan untuk pergi ke tanah perkuburan disebabkan tersesat mencari jalan. Almaklumlah, tak biasa dengan keadaan jalan di sana. Jamil dan Faisal je yang sempat pergi. Kami beramai-ramai bertemu di rumah adik Yusrin. Bacaan Yaasin dan tahlil dibuat di rumah adiknya Yusrin di Saujana Utama di Sungai Buloh. Aku berasa amat sedih dan simpati di atas kehilangan besar yang menimpa Yusrin sekeluarga. Moga Allah memberikan ketabahan hati buat mereka sekeluarga.

Mati itu pasti. Mati itu nyata. Mati itu akan hadir dalam setiap insan. Cuma bezanya adalah cara dan sebab kematian. Apa yang pasti, kita semua akan mati kelak. Sama ada kita sudah bersiap sedia ataupun tidak, mati tetap akan hadir bila sampai masanya.

Peringatan buat kita semua untuk bersedia dalam menyambut kematian. Pemergian orang tersayang akan diratapi dan ditangisi. Buat yang masih hidup, teruskan kehidupan dan perbanyakkanlah amalan untuk kita bawa ke alam seterusnya.

Hidup ini bagaikan lampu pelita yang dinyalakan di malam hari. Apabila minyak sudah kering, ia akan terpadam sendiri.

Selamat meneruskan kehidupan dan selamat memperbanyakkan amalan.

Posting asal
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat semua warga Komuniti87, perkhabaran sedih ingin aku beritakan. Bonda Yusrin telah selamat kembali ke pangkuan Ilahi pada pukul 3.10 petang tadi. Perkhabaran sedih ini telah dimaklumkan kepada aku oleh Jamil.

Majlis bacaan Yaasin dan solat hajat yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ini di rumah Izani turut dibatalkan.

Bonda Yusrin dijadualkan akan dikebumikan di tanah perkuburan Puncak Alam. Semoga Allah mencucuri rahmatNya dan memasukkan rohnya ke dalam golongan yang diredhai. Marilah kita semua bersama-sama mensedekahkan al-Fatihah buat bonda Yusrin.

Moga Allah SWT memberikan ketabahan hati dan menguatkan semangat buat Yusrin sekeluarga. Dikesempatan ini juga, aku mengucapkan Takziah dan belasungkawa buat Yusrin sekeluarga.


Tuesday, July 10, 2007

Majlis Bacaan Yaa sin dan Solat Hajat

Assalamualaikum..

Ke hadapan semua warga Komuniti87, dipohon untuk dapat menghadirkan diri ke majlis bacaan surah Yaasin dan solat hajat. Majlis akan diadakan seperti berikut:

a) Venue: rumah Izani, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor.
b) Tarikh: 11hb Julai 2007
c) Masa: lepas solat Maghrib. Pada sesiapa yang sempat, mai la solat Maghrib di rumah Izani.

Aturcara majlis:
i. Bacaan surah Yaa sin dan solat hajat.
ii. Makan kambin bakaq (macam biasa).
iii. Menikmati buah-buahan tempatan yang dipetik segar dari ladang (blakang umah Izani).

Majlis ini diadakan kerana aku mendapat berita daripada Yusrin perihal maknya yang semakin tenat. Jadi, dikesempatan ini, aku mengajak kawan-kawan untuk turut serta menjayakan majlis tersebut nanti, insyaAllah.

Moga Allah pelihara kita semua insyaAllah dan semoga dilapangkan dada dan diringankan ujian kepada Yusrin sekeluarga. Amin...

How to make money online

Even with no product and no Web site, you can get paid for what and who you know

Making money online used to pretty much require you to have your own Web site, products to sell and some marketing savvy. But a new generation of dot-coms have arisen that will pay you for what you know and who you know without you having to be a web designer or a marketing genius.

But it's hard to tell hype from the real deal. I did a search on "make money online" and "making money online", and much of the information out there is just promoting various infoproducts, mostly about Internet marketing. I see why people sometimes ask, "Is anyone making money online besides Internet marketing experts?"

So I put together a list of business opportunities with legitimate companies that:

  • Pay cash, not just points towards rewards or a chance to win money
  • Don't require you to have your own Web domain or your own products
  • Don't involve any hard-selling
  • Aren't just promoting more Internet marketing
  • Give a good return on your time investment
In the interest of objectivity, none of the links below are affiliate links, and none of them have paid or provided any other consideration for their presence here. These are legitimate companies with business models that allow you to get paid for a wide range of activities.

Help friends find better jobs.

Sites like H3.com and JobThread connect employers with prospective employees, many of whom are already employed and not actively job-hunting, via networking - the people who know these qualified candidates. Rewards for referring a candidate who gets hired range from a few hundred dollars to as much as $5,000 - not chump change. This is a great way to break into the recruiting business with no overhead. JobThread is intriguing in that they can set up a job board for your site or your organization (you don't even have to have a web site) at no cost to you -- no merchant account required. You determine the posting fees and split the revenue with them.

Connect suppliers with buyers.

Referral fees are a common practice in business, but they haven't been used much in online networking sites because there was no way to track them. InnerSell provides that. Vendors set the referral fees they're willing to pay, then when a deal happens, you get 70% of the referral fee.

Provide business contact information.

One of the greatest challenges in sales is getting accurate contact information about prospective customers. A growing number of services have launched in the past couple of years to help address this, but most rely on members to maintain their own contact information. Jigsaw, on the other hand, pays members to help keep information up-to-date on the people they know, not just themselves, and pays them to do so ($1 for each unique new qualifying contact you put into the system). According to Jigsaw, in their first payout after launch, the top ten point-earns each received more than $750.

Become a semi-pro reporter.

Creative Reporter is a new program from Creative Weblogging that lets just about anyone become a paid reporter/blogger. They're looking for people to create original, but non-exclusive, blog posts / articles of 250-500 words on topics including parenting, celebrities, travel, mobile technology, and more. Pay is $10 per 1,000 page views on your posts (that's excellent pay for Web writing, although there's no telling how much traffic/money you'll actually get).

Write your own blog.

You don't have to have your own Web site, or install blogging software, or even figure out how to set up the advertising. At Blogger you can set up a blog for free in less than five minutes without knowing a thing about web design, and Blogger even automates setting up Google AdSense so you can make money off your blog by displaying ads and getting paid when people click on the ads. To make even more money from it, set up an affiliate program (see below) for books, music, etc., and insert your affiliate links whenever you refer to those items. You'll have to get a lot of traffic to become a six-figure blogger, but pick an interesting topic, write well, tell all your friends, and you're off to a good start.

Related: Blog Profit Tips - Make Money From Weblogs

Advertise other people's products.

If you already have a Web site or a blog, look for vendors that offer related but non-competing products and see if they have an affiliate program. Stick to familiar products and brands - they're easier to sell. To promote those products:

  • Place simple text or graphical ads in appropriate places on your site
  • Include links to purchase products you review or recommend in a blog, discussion forum or mailing list you control
  • Create a dedicated sales page or Web site to promote a particular product
They all work - it just depends on how much time you have to spend on it and your level of expertise with Web design and marketing.

Related: How To How to Really Make Money on the Internet With an Amazon.com Affiliate Site

The above list is by no means comprehensive, but it highlights some of the new and interesting ways to make money online without investing any money, without having a product of your own, and without having expert sales and marketing skills. Most of all, unlike taking surveys or getting paid to read e-mail, the potential return on your time investment is substantial.


So, sapa2 yang berminat nak test power boleh la. aku just share info dengan kawan2 ja. Ada masa, try la..mana tau, kot2 ada lima nam orang jadi jutawan internet. Daripada dok masuk skim cepat kaya internet yang terlarang tu, baik la try benda2 macam nih.

Thursday, July 5, 2007

Perihal bondanya Yusrin

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi cerita dan perkembangan terbaru kawan-kawan. Semalam, aku telah mendapat sms daripada Jamil yang memberitahu perihal keadaan mak Yusrin yang sedang koma akibat serangan stroke yang dialaminya pada jam 12.30pagi semalam. Jadi, malam tadi aku hubungi Yusrin untuk mengetahui perkembangan terbaru maknya.

Apa yang aku pahami daripada maklumat yang aku perolehi, mak Yusrin masih lagi berada di dalam keadaan koma dan sedang dirawat di HKL. Memang beliau diserang stroke ketika berada di rumah Yusrin di Puncak Perdana. Akibat daripada ubat yang mengcairkan darah (ubat sakit jantung). Berlaku pendarahan yang agak serius di kepalanya sehingga menyebabkan darah telah memasuki ruang air otak. Pendek kata, pendarahan dalam otak.

Justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar dipulihkan dan disihatkan semula oleh Allah SWT akan bondanya Yusrin. Kita mungkin tidak dapat merasa apa yang Yusrin lalui sekarang melainkan sekiranya mak kita sendiri yang sedang terlantar koma di hospital. Marilah kita sama-sama untuk terus berdoa agar ibubapa kita dan kawan-kawan serta ibubapa mereka agar sentiasa sihat dan dilindungi Allah SWT.

Aku mengajak kawan-kawan agar kita dapat mengumpul wang sorang sikit untuk meringankan beban Yusrin sekeluarga. Mudah-mudahan kerja amal kita ini akan dikira sebagai amal jariah dan dapat memberikan sedikit suntikan semangat kepada Yusrin sekeluarga.

Tuesday, July 3, 2007

Captured memento..

Assalamualaikum..

Here we are again. And I present you a collection of captured memento for your viewing. Hope y'all enjoy it. Aku harap benda-benda elok macam ni akan berterusan insyaAllah... cumanya.. mungkin perlukan sedikit perubahan agenda.. ada pengisian ilmu ka, such as tazkirah.. ustaz kan ramai? So, why not kita kongsi apa2 jua ilmu yang ada sorang sikit. Mungkin tips2 bagaimana menghayun kayu golf dengan lebih baik, ataupun cara berkesan untuk melabur melalui Bursa Malaysia ka... apa-apa saja la.. takdak la masa berlalu dengan percuma dan kita tak ambil kesempatan yang sedia ada.. What say you?


And the story goes on and on.... Pictures that worth a thousand words. And it is not just MORE THAN MEET THE EYES.. Muahahahaha... I LIKE!!!!