Pages

Wednesday, June 27, 2007

Laporan Kambination part III. The saga continues..

Assalamualaikum..

Semoga Allah merahmati dan memberikan kelapangan hidup kepada kalian. Aku minta maaf di atas kelewatan untuk meng'update'kan posting yang sedia ada. Disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

Pertamanya, anak saudara aku masuk hospital dua hari sudah akibat daripada jangkitan kuman yang menyerang paru-parunya. Umur baru 1 tahun lebih. Alhamdulillah, semalam aku lawat, dia dah boleh bermain, cumanya masih lagi tak berapa sihat. Moga Allah Taala melindunginya daripada segala penyakit, insyaAllah.

Kedua, aku baru habis selesai update akaun syarikat aku yang dah dua tahun tak diaudit. Alhamdulillah jugak, sebab banyak perkara selesai dalam minggu nih.

Tu antara beberapa faktor yang menyebabkan aku terpaksa abaikan buat sementara blog kita nih. Tapi takpa, di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Kejayaan blog ini (sekiranya ada yang menganggap ianya berjaya) bergantung daripada usaha dan semangat yang istiqomah daripada semua pihak.

Ok. Perihal kambination part III. The saga continues.. berjaya diraikan dengan bergayanya. Antara yang sudi meluangkan masa pada malam yang diberkati tersebut ialah: Mat Zeni, Yusrin, Jamil, Asri, tuan tanah kedaung (Izanee), Asri, Karim Rahmat dan keluarga, Zulqarnain, Zaki, Kamaruddin dan aku sendiri.

Bermula dengan solat Maghrib diimami oleh aku. Sementara menunggu Zaki dan Kamaruddin sampai, tuan tanah sibuk dengan perdupaannya. Sehinggalah Isyak mengintai kami, Zaki dan Kamaruddin tiba. Usai solat Isyak, kami adakan majlis tahlil secara ringkas memandangkan juadah istimewa telah sedia menanti. Masing-masing sabar menanti detik yang ditunggu-tunggu. Tahlil ditekong oleh al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Adam yang memang ada gaya dan tokoh seorang ahli agama. Sebarang kesulitan dan kekeliruan di dalam soal-jawab agama, boleh hubungi beliau (promo selingan).

Selesai saja tahlil, masing-masing mengisi perut yang sememangnya dibiarkan kosong untuk memberi peluang kepada kambing mengganas di dalam perut semua. Masa melantak, mini meeting berjalan dengan lancar.

Di antara keputusan yang telah disepakati melalui mini meeting tersebut ialah:
1. Majlis perjumpaan yang ke-2 akan diadakan di Pulau Pangkor nan permai.
2. Tarikh belum ditetapkan. Berkemungkinan akan dilangsungkan dalam bulan 3, 2008.
3. Bajet untuk perjumpaan tersebut akan dibentangkan kemudian kerana beberapa faktor.
4. Gesaan dari pihak Ipoh (kawan-kawan) untuk memperbanyakkan lagi perjumpaan seumpama kambination pada masa mendatang.

Selebihnya, tulang kambing dan kulit buah limau yang memenuhi tong sampah rumah Izanee.

Terima kasih tidak terhingga buat tuan tanah, kawan-kawan semua dan kambing itu sendiri kerana jasa dan kenangan yang terindah.

Di sini, aku juga ingin berkongsi pendapat dan teguran rakan taulan mengenai perjumpaan yang acapkali diadakan. Aku berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk kita melangkah setapak lagi untuk memajukan diri kita bersama-sama. Apa jua cadangan perniagaan, pelaburan dan projek lain yang boleh kita sama-sama kongsi dan tuai hasilnya, bolehlah disuarakan sekarang.

Ramai di antara kita yang berpendapat bahawa kalau sesuatu perjumpaan itu dijalankan tanpa memberi faedah semaksima mungkin, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Setiap kali perjumpaan diadakan, perkara sama yang akan diperbualkan. Aku percaya, kita ditemukan semula oleh Allah Taala bukan sekadar berkongsi kenangan lama tetapi juga untuk melaksanakan sebarang projek atau perkara yang boleh membantu menaiktarafkan kehidupan masing-masing. Justeru, aku menyeru kepada sesiapa yang punyai idea dan cadangan untuk diketengahkan, silalah beri sepatah-dua kata.

Kalau sekadar komen dan teguran tanpa memberi sebarang alternatif lain, pada aku itu satu perkara yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian, marilah kita contohi bagaimana komuniti lain bergerak sebagai satu pasukan. Aku percaya dengan kekuatan yang sedia ada pada kita, tidak mustahil komuniti kita ini akan berdiri sama gagah dengan komuniti2 yang lain.

Sekian, wassalam.


Thursday, June 21, 2007

Berita gempar.!!

Assalamualaikum..

27 Jun 2007.
12.30 tengahari.

Laporan terbaru kesihatan mak Yusrin. Berita yang aku dapat sebentar tadi daripada sdr. Yusrin kita mengatakan bahawa mak beliau semakin pulih dan sudah stabil. Besar kemungkinan mak dia akan dibenarkan pulang ke rumah.

Alhamdulillah.. berkat doa kawan-kawan dan kesungguhan para pekerja IJN menjaga tadbir pesakit-pesakit akhirnya memberikan kesan yang positif. Aku secara peribadi mendoakan semoga mak Yusrin sembuh dengan sepenuhnya seberapa kadar segera.

Posting asal
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada pukul 7.44 pagi tadi, aku dapat sms daripada Jamil yang mengatakan mak Yusrin telah dimasukkan ke dalam wad C.C.U. di IJN pada pukul 3.00 pagi. Berita terkini mengatakan keadaan mak Yusrin telah stabil.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berdoa agar disembuhkan seberapa segera mak Yusrin oleh Allah Taala. Aku tak pi ziarah lagi. Kang tengahari sikit baru nak pi. Skang ni ada urusan dunia kena selesai. Sapa-sapa yang nak pi ziarah pun, cantek gak.

PErihal kambination part III akan disiarkan tak lama lagi.Pohon kerjasama dan kesabaran anda semua. Terima kasih.

Thursday, June 14, 2007

Assalamualaikum..

Putus sudah segala keraguan dan keresahan. Keputusan telah dibuat untuk projek mega Kambination part III. The saga continues... will be held as details below:

1. Tarikh : 19hb Jun 2007
2. Tempat : Rumah Izanee, Tmn. Melawati, Ulu Klang, Selangor.
3. Masa : Pukul 6.00 petang - 12.30 pagi.
4. Program :
i. Solat Maghrib berjemaah.
ii. Bacaan Yaa Sin dan tahlil serta solat Isyak berjemaah.
iii. Mini meeting.
iv. Bakaq kamben et cetera, sapde cantik punya, ramah mesra dan mesra alam.

Majlis akan diteruskan tanpa menunggu hadirin/hadirat yang lewat memandangkan masa itu terlalu berharga. Oleh yang demikian, hargailah masa semoga masa akan menghargai kita kembali.

"Demi masa, sesunguhnya manusia dalam kerugian". Maka benarlah firman Allah SWT. Marilah kita bersama-sama bertekad dan berazam supaya dapat kita hadiri majlis tepat pada waktunya. Barulah kita nampak Islam tu hebat. Ni tak, balik-balik Jepun jugak hebat, Mat Taleh jugak hebat. Kita tetap jugak tak hebat. Dok la ditakuk lama. Balik-balik penyakit lama. Nak kata tak kena, nak kena tak kata. Pendek kata, panjang cerita.

Semoga Allah Taala merahmati dan memberkati majlis kita itu nanti, Insyaallah.

Ya Allah! Jauhilah kami daripada hasad dengki dan perkara mungkar, jauhilah kami daripada kesusahan dan kesempitan hidup. Jauhilah kami daripada kekufuran dan perasaan riak, ujub serta takkabur. Bukakanlah pintu hati kami kepada perkara kebaikan. Limpahkanlah hidup kami dengan kekayaanMu yang melimpah-ruah serta rahmatMu Ya Allah. Berkatilah hidup kami dan satukanlah hati-hati kami di dalam melakukan kebaikan dan kebajikan. Maka, kami pohon dariMu ya Allah, segala kekuatan yang ada di langit dan di bumi buat kami, dianugerahkan cahayamata dan keturunan yang baik-baik kepada kami; hamba-hambaMu yang lemah. Amin...!

Tuesday, June 12, 2007

Kambination Part III. The saga continues....

Nice to see, delicious to eat.
Once eaten, satisfaction's guaranteed

Cadangan Kambination III. The saga continues... yang terbaru seperti berikut:
1. Tarikh : 19hb Jun 2007
2. Tempat : Rumah Izanee, Tmn. Melawati, Ulu Klang, Selangor.
3. Program : Bacaan Yaa Sin dan tahlil. Mini meeting sambil sapede karawale cantik punya dok ada serta ramah mesra.

Posting asal..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum..

Apa habaq kawan-kawan semua? Harapan aku semoga semua dilindungi dan dipayungi dengan Rahmat dan Inayah Allah Taala. Aku masih lagi terasa dibuai ombak Pangkor dan manis Ebox stim by the courtesy of abg Gebox n wife.

Just starting to begin with a new chapter of my life. Sejak balik dari Pangkor, kerja banyak dan bertimbun. Kawan-kawan pun ramai yang sibuk. So, aku cuma tulis sikit je di sini. Masih lagi terbuka peluang untuk kawan dan sahabat handai untuk mengemelkan posting jika ada. Tiada sebarang penapisan dan pemotongan akan dibuat ke atas posting anda.

Ok, di sini aku nak umumkan perihal Kambination part III. The saga continues... Sesiapa yang nak join kambination (tarikh blom lagi ditetapkan oleh AJK), bolehlah bersiap sedia untuk mengurangkan kadar pemakanan anda. Sebab kena spare perut untuk juadah pada hari Kambination kelak. Ada perkhabaran mengatakan bahawa ramai kawan-kawan yang berkampung di Bangi dari tarikh 17-21hb ni. Ada inter-jabatan games. Oleh yang demikian, AJK Kambination ingin mengambil perhatian dan kesempatan yang sedia ada untuk menganjurkan suatu majlis so called Kambination yang dapat mengeratkan ikatan persabahatan yang telah kian lama wujud.

Untuk perhatian mereka yang belum pernah terlibat ataupun tidak tahu menahu akan kewujudan projek Kambination, projek ini telah berjaya diadakan sebanyak dua kali sebelum ini. Rugi buat mereka yang tak mai dan tak makan kambing. Tapi takpa, selain kambin as our main dish, ada juga juadah sampingan yang tidak kurang hebatnya seperti ayam, hotdog dan ikan (kalau ada sesapa yang bawak mai la).

Pada hari yang akan diberitahu kelak, cadangan untuk pengisian program tersebut ialah; bacaan yaa sin dan tahlil. Tak lupa juga, mini meeting untuk projek dan program pengisian reunion ver2.0 yang insyaAllah akan diadakan di Pangkor seperti mana terdapat di dalam posting sebelum ini.

Maka, aku menyeru kepada handai-taulan supaya dapat menghadiri majlis ini kelak kerana banyak faedah sampingan yang akan dapat kita bawa pulang ke rumah masing-masing. Antaranya, perut anda kenyang, dapat jumpa kawan-kawan dan kenangan terindah. Mungkin juga ada peluang perniagaan ataupun peluang2 lain yang boleh kita kongsi bersama.

Terima kasih di atas kesudian anda semua yang sudi melewati dan meluangkan masa membaca posting-posting yang sedia ada di blog ini. Jazakumullahu Khairal Jaza'.

Friday, June 8, 2007

Pangkor dan kenangan II...

sambungan..

8.00 malam, kami keluar untuk melihat-lihat suasana di Teluk Nipah yang rata-rata penduduknya berbangsa melayu. Tak banyak kedai cenderamata dan kedai makan yang menarik untuk kami rakamkan buat tatapan kawan2 yang tak ikut serta. Kebetulan, pada malam tu ada segerombolan manusia yang dikatakan lelaki pun tidak, pompuan pun tidak. Spesis dua alam. Seronok jugak tengok kelaku depa tu sambil menunggu abg Gebok aka tourist guide kami yang berjanji nak bawa kami makan malam di Restoran Jali yang letaknya di Teluk Dalam, berdekatan dengan airport Pangkor.

"Aku dahaga la, jom la kita pekena ayo kopi ke, milo ais ke", kata Mat. "Jom!", jawab Mail tanda setuju. Jalan la punya jalan, tak jugak kami temui kedai makan yang kosong. Semuanya full shop. Maka, kami pun berjalan-jalan di tepian pantai disimbahi cahaya suram dari kedai-kedai makan sepanjang jalan di Teluk Nipah sambil layan makan koci.

Tak lama lepas tu, Gebox pun sampai. Kami terus naik motor pergi ke kedai Abg Jali di Teluk Dalam. Malangnya, kedai tu tutup. Abis punah harapan nak makan sedap. Mengikut kata Gebox, kedai makan di Pangkor ni banyak, tapi nak rasa masakan yang sedap-sedap, tak banyak. So, bila pergi ke Pangkor, berhati-hatilah memilih kedai, Bukan apa, takut timbul rasa tak puas hati. Tu aje...

Kami teruskan perjalanan untuk mengisi perut pada malam tu di Pasir Bogax. Nasib kami kurang baik, sebab kedai yang sedap abis semua full shop. Ramai yang dok menunggu dengan muka yang 'bara'. Gebox terus ajak kami makan dekat kedai di tepi Jeti Pangkor. Naik motor dan terus ke sana. Makan la kami di kedai tu. Kira ok la. Janji boleh makan.

Abis makan, jam dah menunjukkan pukul 12.15 malam. Semua dah kenyang, nak balik rehat di chalet. Sampai di chalet, sembang-sembang ringan sambil melayan Astro. Mail dengan Izanee dah tak sabo nak mancing. Aku memang dah tak larat. Aku cakap kat depa nak tido 10 minit. Belakang aku jaga pukui 3 pagi. Aku tengok Mat, tido sekejap baring sekejap duduk. Dah macam orang menurun. Sian pun ade, cuak pun ade. Kang dibuatnya dia melompat atas aku, mati penyek jawabnye. Si Zaki pulak, lentoq baik punya atas katil tepi aku. Mail dengan si Izanee dah ghuyub ke jeti. Aku rasa macam nak join, tapi takut port atas katil aku tu dikacis dek Mat. So, tak jadi la aku nak join dengan Mail sama Izanee. Pukul 4 pagi, aku terdengar suara Mail dengan Izanee yang baru balik. Dok cerita pasai ikan. Gelap.. sedar-sedar, dah lewat. Subuh gajah le jawabnya.

Pukul 9 pagi, Gebox bawak sarapan daripada umah dia. Wallaweh..!! Gebox memang baik hati. Nasik lomax power sama teh panas. Memang cun. Abis makan, hajat nak sembang pasai aktiviti yang nak dibuat di Pangkor nanti bila time reunion. Sembang la punya sembang. Aktiviti satu habuk pun tak kompem lagi. Dok sembang pasai lain ada la.

Mat bersama motor sewanya..

1.00 petang, kami bersiap2 nak balik ke Lumut dan ke destinasi seterusnya. On the way nak gi hantar motor sewa, kami round pulau dan singgah di Balai Cerap (tempat tengok anak bulan) in between Teluk Nipah dan Pasir Bogax sampaila ke Teluk Gedong, tengok jeti lama projek gajah putih Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Tempat memang cun untuk mereka yang minat pancing. Sayangnya, tak dijaga selia dengan baik sampai lantai pun hilang. Lepas tu, singgah kejap di Kota Belanda dan terus ke jeti. Hantar motor sewa dan makan tengahari di jeti. Tepat jam 3.15 petang, kami dah beratur untuk tunggu turn naik feri ke Lumut.

atas balai cerap, Mat tak naik sebab tak muat tangga

Mail memandang projek gajah putih dengan rasa sayu

wa depan Kota Belanda

Memang Pangkor akan sentiasa dalam ingatan walaupun tak banyak tempat yang boleh kami lawati. Sebabnya, kenangan bersama kawan2 memang tak dapat aku lupakan.

Selayang pandang mengenai maklumat ringkas tentang Pangkor:
1. Tempat yang boleh dikunjungi ialah Teluk Gedong, Teluk Nipah, Teluk Dalam dan Teluk Segadeh ( ejaan aku tibai je nih). Teluk Segadeh kami tak pi sebab xs masuk ke situ kena 'hiking'. Tak leh naik motor. Situ pantainya mengikut kata Gebox, macam tepung. Tapi jaga-jaga, ada lanun dan silap aribulan kena pau. Dah ada kes seumpamanya.
2. Kedai makan banyak, tapi nak yang sedap boleh dikira dengan jari.
3. Sewa motor : RM30 untuk hari biasa, RM60 untuk hari minggu dan cuti sekolah.
4. Sewa chalet dalam lingkungan RM80-140 sehari. Check out macam biasala.
5. Perjalanan dari Jeti Lumut ke Pangkor dalam 25 minit termasuk singgah di Sungai Pinang selama 3 minit.
6. Mesra Feri boleh muat 208 orang tempat duduk. Berdiri dalam 30 orang.
7. Parking kereta di tempat letak kereta bertingkat Lumut RM10.00 untuk 24 jam.
8. Nak beli cenderamata, dinasihatkan beli di Lumut sebab murah sikit.

sentuhan ajaib mat zeni sewaktu melestarikan kenangan pulang ke kolompo

Untuk sebuah percutian yang pendek, ringkas, murah dan bermakna, aku sarankan pergilah ke Pulau Pangkor untuk tenangkan fikiran. Bawak la anak-bini buat mereka yang dah berkahwin. Buat yang belum, jangan la pi buat maksiat kat situ. Allah Taala nampak apa yang kita buat. Muahahahah...

Tuesday, June 5, 2007

Pangkor dan kenangan...

Mat! jom terjun laut...!!!! Sayup-sayup kedengaran ombak laut menghempas pantai. Kicauan burung dan bunyi cengkerik hutan mewarnai latar belakang suasana di Teluk Nipah. Sedang aku membuka sandal burukku, tiba-tiba satu suara anak kecil menyampukku; "Papa.. nak cucu (susu)!". Aku jawab: "Tunggu le kejap". Tangisan anak kecil itu semakin lama semakin kuat. "Ye la.. ye la.. nak pegi bancuh le nih. Udah, jangan nangis lagi" aku memujuk.

Aduh! kepala aku tetiba je sakit seperti dihempuk dengan benda tumpul. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku masih lagi atas katil di rumahku. Sakit kepalaku ditendang si Najwa. Tidur lesak sungguh budak nih! kata aku dalam hati. Bilaku pandang jam dinding dalam bilik, pukul 6.02 pagi. Alamak!! Aku mimpi. Ingatkan dah sampai Pangkor, rupanya sampai dalam mimpi...: gerutu hatiku.

Aku janji dengan Mat Zeni nak ambik dia pukul 4.00 pagi. Sekarang dah 6.00 pagi. Adoila!!! Bangun lambat!Terus aku telefon Mat. Trut..! trut..! Bunyi deringan telefon. Mat:" Wey! apa da janji kata nak ambil gua pukul 4pagi. Skang dah 6 pagi. Wa pikap lu la macam ni..". Aku jawab: " Sori la Mat! Aku pengsan. Mintak maap la! Tak sengaja..

6.45 pagi, Mat sampai di depan rumahku, terus kami ke rumah Izanee di Tmn. Melawati. 7.15 pagi, semuanya ready set to go. Maka bermulalah perjalanan ke destinasi yang dijanjikan. Sepanjang perjalanan, perbualan tidak berapa rancak sebab masing-masing layan mengantuk. Sempatla jugak aku bawak kereta sambil melelapkan mata. Muahahaha!!! Sori kawan2!! Lain kali aku tak buat dah!

Singgah di Tapah untuk membetulkan urat pinggang. Nak sarapan, orang punyala ramai. Cuti sekolah la katakan. Kami teruskan perjalanan ke Lumut melalui Meru, Pusing, Sri Iskandar, Bota Kiri dan Manjung. Sampai di Lumut dalam pukul 12.15 tghari. Dari tempat letak kereta bertingkat, aku perhatikan bandar Lumut. Tak banyak beza cuma ada la dua tiga bangunan yang baru. Aku, Mat dan Izanee mula berjalan ke jeti. Di sana, Ust. Zenki dan Mail Ninja dah menanti. "Mail dah tumbuh ako di kaki!" kata Zaki. "Mana Mail? tanya Izanee sambil membetulkan joran ditangan. "Mail pegi parking kereta jap.. jawab Zaki. Jom! Kita cari tiket" Mat dengan muka selambanye. Tetibe je ada satu brother datang himpit kami, "Nak pegi Pangkor? Tiket dah ambik? Blom! jawab Zaki. "Beli tiket Mesra Feri bang. Setiap 20 minit ada feri. Skang ni musim cuti. Penuh je jalan. Tak payah tunggu lama-lama. Seorang RM10 je. Pegi dan balik" katanya. Tanpa lengah, kami pun keluarkan duit tambang. Selesai bayar tambang, Mail pun sampai. terus ke jeti beratur tunggu feri. Dalam 15 minit kami beratur, feri sampai. Lepak kat dek atas. Sambil layan angin masin Lumut, sambil usyar pemandangan. Aku sama Zaki lepak di dalam dek sebab jaga beg.

Mesra Feri yang kami naiki

baru touchdown di jeti

Sampai di jeti Pangkor, Cikgu Husaini aka Gebox menanti dengan senyuman. Pelukan mesra dan hangat badannya masih terasa hingga kini. Teruja sungguh aku dengan suasana pada waktu itu. Jom! Kita pegi ambik motor. Skang ni RM60 sebab hari minggu, tapi aku dah kawtim RM30 sebuah" kata Gebox. Ni la untungnya bila ada kawan. Dapat aje motor, kami langsung ke rumah Gebox di kuarters Sek. Keb. Pangkor. Bila aja masuk rumah Gebox, terhidang juadah yang melelehkan air liur semua. Memang sedap dipandang, lazat dimakan. Tahniah buat Gebox sebab dapat bini yang pandai masak. Ikan Ebex masak stim asam masin, sotong goreng salut tepung, kerabu mangga, ketam masak cili, ketam masak lomax dan baby kailan (aku main tibai je nama sayur nih) masak apa ntah. Memang sedap banget!! Aku sekali lagi nak rakamkan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala juadah dan layanan VVIP yang kami terima daripada Gebox. Lu memang rock the world la Gebox!

ni la lauk sedap yang aku ceritakan tu

tengah menjamu selera

Sudah aje makan, kami solat jama' qasar berjemaah diimami oleh aku. Heheheh.. nasib baik aku tak tekan ayat panjang, kalu tak, mau pengsan sorang-sorang. Ye la.. mane taknye.. semua melantak bagai orang dirasuk. Abis licin liau semua. Memang hantu makan. Usai solat, Izanee tibai lentoq baik punya atas sofa, kami layan ch78 Astro, layan fishing program. Semua muka ambik mood nak pancing malam kang. Jam 4.15, Gebox ajak pegi tengok chalet yang dah ditempah khas buat kami.

wa depan Mizam Resort World

Bilik no.8, Chalet Mizam, Teluk Nipah. Itulah tempat kami melepak. Bila dah tengok bilik, nak bayar je, Gebox kata: "Jangan! Aku dah setel!". Wallaweh!!! Terkujat semua. Gebox sponsor pulak dah bilik penginapan kami. Adoi la!! Gebox!! Sesungguhnya Allah Taala jua yang dapat membalas segala jasa baik hang buat kami. Amin...! Kami nak bayar, Gebox mengeras takmau terima duit kami. Memang lu Otroman la Gebox! Lu la da real Gaban aka Satria Baja Hitam. 5.00 petang, kami tukar pakaian untuk get ready for the next session.

Mat tengah test katil

Singgahla kami ke chalet tempat yang dicadangkan oleh Gebox untuk our next reunion nanti, insyaAllah. Memang cun tempatnya. Depannya pantai, ada camping site, kantin, dewan serbaguna, 12 buah chalet konkrit dan 8 buah chalet kayu. Just nice...

chalet kayu yang aku maksudkan tuh..

chalet konkrit yang aku cakap tadi



Pulau Giam dan Pangkor Laut (ni pemandangan depan chalet)

bincang pasai sapa yang turun laut dulu

So, aku rasa buat kengkawan semua yang memang nak join reunion Komuniti87 nanti, simpan-simpan la duit mulai dari hari ni sebab rugi kalau tak join.

to be continued...