Pages

Tuesday, March 27, 2007

Majlis Tahlil dan bacaan Yaa sin di Melawati (updated version)

Assalamualaikum...

Jemputan ke Majlis bacaan Yaa sin buat semua ahli Komuniti87 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 31hb Mac 20007
Masa : Selepas Maghrib (solat Maghrib berjamaah)
Tempat : Taman Melawati, Ulu Klang. (bukan kat klang, tapi dekat Zoo Negara) Umah Izanee. Diulang!!! Umah Izanee.
Konsep : Casual Rock.... hehehehhe.. konsep 'potluck' yakni membawa maksud: kita pakat bawa lauk/kuih-muih sendiri, kita makan sama-sama.

Aturcara seterusnya; akan diadakan mini mesyuarat berkenaan pemergian kita ke Karnival Idrisiah 85 Tahun. Nak tau sapa yang boleh pi, sapa yang tak boleh. Sapa yang nak join pi konvoi dan sapa yang nak pi solo.

p/s: aku masih tak dapat info detail tentang arwah bini Arman Shahril. So, sesapa yang ada info, please update dengan aku.

Thursday, March 22, 2007

PEMBERITAHUAN!!!!!

Assalamualaikum..

Buat kawan-kawan semua, marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah buat Allahyarham isterinya Arman Shahril (nama isterinya aku tak tau) yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana' ini akibat kemalangan (punca dan tempat nahas belum lagi aku perolehi) pada pukul kurang lebih 1ptg 22hb. Mac 2007.

Jenazahnya akan dikebumikan esok pagi (23hb) di Tualang Sekah. Semoga Allah swt merahmati rohnya dan ditempatkan bersama-sama golongan yang diredhai. Amin....

Oleh yang demikian, moleklah kiranya majlis tahlil yang insyaAllah akan diadakan di opis Saiful Yusrin (Pon) pada 31hb Mac ni dapat dilaksanakan dengan jayanya. Marilah kita ramai-ramai menjayakan majlis tahlil tu nanti, insyaAllah.

Mengikut maklumat yang aku dapat daripada Mat, tuan opis dah pun bersetuju secara lisan.

p/s: aku akan update secepat mungkin bila saja dapat maklumat yang lebih detail.

Wednesday, March 21, 2007

Imbasan Perjumpaan Pelajar Idrisiah Sesi 87 di Kuala Kangsar Resort

Assalamualaikum..

Bersama-sama blog ni, aku sertakan gambar-gambar dan laporan ringkas daripada perjumpaan pertama 'batch' kita di Kuala Kangsar Resort, bertarikh 11hb. Jun 2005. Ramai di antara kita yang hadir dan tidak, masih belum dapat menatap gambar yang ada dalam simpanan aku selama ni. Jadi, aku rasa baik kita ramai-ramai pakat tengok gambar-gambar yang tersiar di sini.

Mesyuarat kali ke-3 di Wangsa Maju (dari kiri: Asri, Yahya, Pon dan Mat)
Tarikh: 20hb. Mac 2005

Bergambar masa usyar resort (ada macam cover album tak??)
Tarikh: 1hb. Mei 2005

Di belakang tu sekolah kita dolu-dolu.. (gambaq depa laaaagi)
Tarikh: 1hb. Mei 2005

Bacaan doa pembukaan oleh Al-Ustaz Kamarudin Adam
bersama pengerusi majlis kita malam tu; Abg Asri
Tarikh: 11hb. Jun 2005

Dari kiri: Faizal (Can), Farasafuan dan Fareez (stail buat kaum sendiri,
nak duduk dengan orang yang mula nama dengan huruf 'F').
Assobiyah sungguh!!

Ok!!!! SAMBUNGAN!!!!! UPDATED VERSION!!! (30/03/07)

Ustaz Azmir, Ustaz Lokman dan Ustaz Syukri
(bangga aku dapat ramai kawan ngan osetat!!)


Kiri: Ustaz CNI Karim, Lokman, Kamaruddin, Fareez & Zaki.

Yusrin khusyuk mendengar penerangan tentang skim labu peram daripada Zulqarnain

Mail (makan penuh sopan, tertibnya.. anak sapa la nih) dengan cikgunye: Cikgu Rahim

Aku ingatkan Christ Rock tadi, skali abg GayBox aka Husaini Dakir

Zul terima hadiah cabutan bertuah daripada Sir Hamdan malam tu sambil di'usyar' penuh 'envy' oleh abg Mat

Pemenang seterusnya; cikgu Kamaruddin Wok (Mat! lu ada main kroni ka?)

From right: Cikgu Din, Faisal Rahim aka Da Kadhi in da Haus, Yusrin, Azmir, Gaybox dan Can

Gambar ramai2 lepas abis majlis. Once 4 da lifetime dude!! Rugi sapa tak join!

Lepas abis majlis, lepak dan buat down memory lane la. Nostalgia dude!! Ni kat stesen ketapi.

Ustaz Fareez da Ghost Busta (ni sapa buat silap, dia tangkap masuk botoi. Ada brani?)

Pakat-pakat dok keluaq cerita lama la tu...

So, aku rasa cukup kot untuk imbasan. Nanti ada projek lain, kita pakat-pakat serbu bagi meriah.

p/s: banyak lagi gambaq2 yang ada dengan aku, tapi kualitas tidak sampai ke tahap yang memuaskan... oleh itu, redho dan pasrah je la dengan apa yang dapat hangpa tengok. Terima kasih.

Tuesday, March 20, 2007

Gambaq famili

Assalamualaikum!!

Aku ada la baca komen kawan-kawan. Yang pasai nak letak gambaq famili tu macam menarik. Aku tak tau la sapa lagi yang nak share kenalkan anak bini masing-masing dalam blog ni.

Aku boleh la buat satu posting untuk letak gambaq masing-masing, tapi nanti takut tak dapat sambutan. Apa2 pun, aku serah kat hangpa semua untuk setuju ke tidak untuk letak gambaq famili masing-masing dalam blog ni. Kalau nak, please send me ur family's pics plus with details such as names, ages and location.

Yang masih blom berfamili pun tak kisah la. Mana la nak tau kan? Bila selisih, baru la perasan. Tak gitu?

Pastu, mat ajak buat tahlil 31hb ni dan cadangannya di umah Izanee berkonsepkan 'pot luck'. Aku tak tau sapa lagi nak join. Apa2 details nanti aku update dalam ni.

Monday, March 19, 2007

Aktiviti sambilan.

Assalamualaikum!!

Aku ada idea nak dikongsikan bersama kawan-kawan. Apa kata, kita buat majlis tahlil sama baca yasin. Kat situ, kita 'confirm' dapat jumpa kawan-kawan punya dalam satu majlis yang insyaAllah diberkati.

Bukan apa, aku dok teringat kat arwah ayah aku, ustaz-ustaz, kawan-kawan dan para mujahid yang telah pergi (cheeewah!!). Tu yang dapat idea nih. Dapat dua tiga kerat yang boleh bagi komitmen pun jadilah. Aku tau, kerja baik ni memang susah sikit nak laksana. Ye la, macam-macam komitmen kita kena tanggung dan buat. Pastu, dengan setan kacau lagi. Muahahahah...

Kalau tak dapat sebulan sekali, kita buat la setahun sekali. Paling tidak pun, ada sekali jadi la. Yang di KL, buat kat KL. Yang di Ipoh, buatla kat Ipoh. Kat tempat lain, kalau boleh kumpul, lagi la cun. Cuba set serentak. Diselaraskan pada satu malam yang kita pilih, jalankan serentak. Nak tengok tara mana teknologi maklumat ni boleh ke tak diaplikasikan dalam hidup untuk program yang baik. Sebab aku dok perati dalam tv, konsert serentak macam Indon-Malaysia, kisah Dato' K & Siti kawin VS Mawi-Ina. Maknanya, bukan sekadar satu majlis baca Yasin dan tahlil yang klise, tapi dilakukan dengan cara yang agak lain. Pahala pun dapat. Tapi, takdak la live telecast. Tak payah la panggil TV3. Kita buat kita dah la. Hehehehe...

Pastu, satu lagi: TABUNG. Ha...!! yang ni memang susah. Bila kata ada ja yang libat duit, maka ramai la akan rasa tak senang duduk. Tabung ni bukan apa, aku dah lama teringin nak bukak tabung nih. Tapi setakat la, komitmen masing-masing tak nampak lagi termasukla aku. Kuang...kuang...kuang...

Ok.. tujuan tabung ni bukan apa;
1. Senang nak buat apa-apa program yang libatkan ramai orang.
2. Khairat kematian. Boleh la huloq2 kat kawan-kawan yang ada berlaku kematian (tapi kalau kucing, kambing, lembu dan binatang ternakan mahupun peliharaan.. tak dapat la..!!)
3. Kemalangan - ni boleh gak membantu.
4. Derma - banyak institusi yang perlukan dana.
5. Hutang - baik personal/syarikat. Ni aku rasa tak payah la kot. Sebab hutang ni semua orang tau. Jadi ceti haram bang oi!! Along gitu....!! Tapi... kalau dah ramai yang nak bagi hutang.. ikut je la.
6. Modal - ni terpulang buat komuniti 87 sama ada nak guna duit tabung untuk 'run' bisnes yang berisiko rendah/tinggi atau jadikan sebagai satu pelaburan. Untung dan RUGI sama-sama tanggung. Rugi tu tulisan besaq sikit sebab ramai yang bila sebut pasal pelaburan, semua nampak untunggggggggggggggg sahaja. Bila rugi, bergaduh, masam muka. Ni yang tak mau nih.

Siapa nak pegang? Ni aku rasa, kalau semua orang amanah, sapa-sapa pun leh pegang. Tapi, kena la ada penyata kewangan. Tak reti buat penyata kewangan? Belajaq la!! Bila lagi nak belajaq? Tak rugi kalau tau.. tapi rugi kalau tak tau. Memang nampak dan banyak leceh. Kerja baik memang macam tu.

So, aku open la topik ni untuk kita berdiskusi. Sapa setuju, tidak setuju, separa setuju. Tolong la bagi komen. Bukan apa, kalau rasa idea ni tak bagus, bagi la idea yang bagus.


Karnival 85 Tahun Idrisiah

Assalamualaikum!!

Sapa yang nak pi ke Karnival tu nanti? Kalau ikut Mat, kita pi hari Sabtu. Nak tidoq mana? Ka balik hari? Aku mana-mana tak kisah.

Lagi bagus, kalau kita pakat2 konvoi. Lagi meriah. Aku pun boleh dapat banyak bahan nak letak dalam blog ni. Kalau nak pi solo pun tak kisah. Janji mau pi. Bukan apa, kat sini la kita nak kena tunjukkan komitmen kita nak jumpa dengan kawan-kawan lama. Mana la nak tau kan, kot2 siapa yang berniaga dapat peluang berniaga. Sapa yang nak jumpa kawan lama, dapat jumpa kawan lama. Atas niat masing-masing. Aku pi nak enjoy jumpa kawan, cari lubang bisnes, tengok tara mana Idrisiah la ni. Hehehehehe...

Nanti aku akan letak satu posting lama untuk arkib gambar masa buat perjumpaan bekas pelajar 'batch' 87 di KK dulu.

Friday, March 16, 2007

Serba-sedikit info tentang perjumpaan semalam

Assalamualaikum!!

Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman yang sudi untuk masuk dan bagi komen. Ni yang buat aku lebih bersemangat nak update selalu.

Ok, ni just nak bagitau je la... Blog ni disediakan untuk kita berkongsi maklumat terkini, luahkan perasaan yang terbuku (whatever topic) dan 'place for brainstorming'. Nak iklan perniagaan pun boleh, nak jemput kenduri pun boleh... eh.. bak kate makcik senah tepi rumah tok ketua kampung aku.. tempat bersantai. So, aku akan cuba untuk kekalkan konsep santai secara pintar. Yo.. yo.. on je bunyinye. Santai bukan merapu.. Santai yang penuh makna dan berhemah.. heheheh.

Berbalik kepada topik asal kita. Antara yang hadir dalam perjumpaan yang bermula dari pukul 10 malam hingga 3.15 pagi tadi, bertempat di Restoran Shareezma, Sri Gombak ialah: Max Bob, Jamil, Yusrin, Anuar el-Syazalli, Karim Rahmat and family, Al-Ustaz Haji AKHI Amali Al-Hafiz (from McLeod clan) dan aku. Perihal Madrasah Idrisiah akan menganjurkan Sambutan Ulangtahun yang ke-85 secara 'big scale' pada 6-8hb April 2007 yang bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Idea ni datang daripada 3-4 orang tenga pengajar Idrisiah sendiri. Tujuan: untuk 'generate fund' dan buka mata para pembesar negeri bahawa Idrisiah bukan sekadar sekolah agama rakyat yang 'biasa'. Ni lebih kepada promosi sekolah Idrisiah tu sendiri.

Antara yang terlibat dalam menjayakan program tu nanti ialah: Kerajaan Negeri Perak (MB sendiri akan turun), Majlis Belia Negara, Yapiem (rasa aku la) dan dua tiga badan yang terlibat secara langsung.

Di antara tentatif programnya ialah: 1. Bicara tokoh (Tan Sri Syed Mokhtar dan Sdr. Saiful Yusrin). 2. Konsert oleh kumpulan nasyid Unic dan Mirwana (kalau tak salah). 3. Karnival prospek dan kerjaya. 4. Gerai pameran luar dan dalam stadium. 5. Ada lagi... tapi aku lupa bawak kertas tentatif program mai opis. Muahahahaha!!!

Pada aku punya personal opinion, aku suka bila sekolah adakan program besar macam ni. Tak kira kecik atau besar sesuatu program. Baru la kita nampak bahawa bukan kita sahaja yang punya 'sentimental value' dengan sekolah. Masih ada di luar sana yang menghargai kenangan dan pengalaman hidup semasa di Idrisiah. Cumanya, tidak berada dalam satu majlis dan tempat yang sama.

Maka, aku mengajak kawan-kawan semua, jom kita pakat-pakat pi untuk bagi semangat dan memeriahkan lagi majlis tu nanti.

Aku sebenarnya bangga dan terharu dengan semangat kawan-kawan Idrisiah yang sentiasa ambil peduli sesama sendiri. Dah banyak sekolah aku keluar-masuk, tapi Idrisiah tetap istimewa sebab kawan-kawan yang aku kenai walaupun hanya untuk 3 tahun masih kuat ikatan persahabatan. Terus terang aku katakan; aku doakan semoga kita semua disatukan hati, dilimpahkan rahmat, dikekalkan nikmat iman dan diberikan kekayaan yang melimpah-ruah di dunia dan di akhirat kelak oleh Allah s.w.t.

Marilah kita sama-sama menjaga ikatan ni supaya dikuatkan dan diperkukuhkan lagi tali persaudaraan yang sedia tertaut.

p/s: buat Amali al-Haj: thanks for your short reminder (tazkirah). It means a lot to all of us. May Allah bless us always.

Wednesday, March 14, 2007

Perjumpaan dengan Mudir Madrasah Idrisiah di Sri Gombak

Assalamualaikum!

Makluman untuk tuan-puan: Perjumpaan dengan Mudir Madrasah Idrisiah (en. Khairul Anuar el-Syazali)) mengenai Sambutan Ulangtahun yang ke-85 Madrasah Idrisiah.

Sehingga ke saat ini, perjumpaan tersebut telah dimaklumkan oleh Jamil akan diadakan pada Khamis malam (15hb ni), bertempat di kedai Mamak Sri Gombak berdekatan Maybank, pukul 9.30 malam.

Sekian.

Tuesday, March 13, 2007

Akmal Nizam (alems) selamat jadi laki orang

Assalamualaikum!!
Akmal Nizam a.k.a. Alems telah selamat menjayakan kenduri kahwinnya pada 10hb Mac yang lalu bertempat di kediaman keluarganya di Sg. Bayor, Selama, Perak.
Akmal Nizam a.k.a Alems dan isteri

Kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana tetapi meriah dengan paluan kompang dan dentuman meriam kabait yang bingit. Para jemputan rata-rata berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang disediakan.

Antara yang hadir dimajlis tersebut ialah tok ketua kampung Alems, ketua kompang sekolah menengah selama dan ratusan penduduk kampung Sg. Bayor sendiri.


Manakala ahli komuniti yang hadir ialah: aku (marn a.k.a. Jamnul Azman
, Jamil Fahmi (Canteq), Ahmad Suzaini (Mat ), Saiful Yusrin (Pon), Saiful Asri (Asri) dan Ismail Nizar (Mail Ninja tokey durian).

Bertolak dari KL pukul 8 pagi, kami (aku, Jamil dan Asri) terus ke Subang untuk mengambil Pon. Dari sana, kami meneruskan perjalanan dengan berkongsi kenderaan (Gen 2 Jamil) terus ke Ipoh untuk berjumpa dengan Max Bob di V-Point, Ipoh. Di sana, kami berpecah menaiki dua kereta.
Ketika di V-point


Perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam dari KL ke Sg Bayor, Selama, Perak akhirnya berbaloi kerana boleh lepak makan kat rumah kenduri sampai dua kali (bukan tambah tapi makan).


Dari kiri: Aku, Pon, Asri dan Jamil.

Pon, Jamil dan Asri (kanan) sedang menjamu selera.

Mat bersama mangsa seterusnya (kuih loyang di tangan).

Dari kiri: Mat, Asri, Jamil (terlindung), Mail, Alems dan Pon.

Selepas berkali-kali disuruh pulang oleh tuan rumah, tepat pukul 3.30 petang kami berjaya juga akhirnya untuk berangkat pulang melalui jalan Pondok Tanjung. Di dalam perjalanan, kami telah membuat darma wisata (lawatan sambil belajar) ke rumah Lokman Razi ataupun nama barunya Lokman al-Rajhi (remember the bank?) yang terletak di Taman Palma, Kamunting, Perak.

Lokman (sedang memangku anak) semasa dikelentong oleh Pon (tidak kelihatan)

Di rumah Lokman, kami melantak cakoi macik senah yang dibeli oleh Lokman untuk habuan kami semua. Tapi, kali ini Mat tidak menjamah cakoi tersebut kerana katanya cakoi tu 'high cholestrol'. Usai solat jama' zohor-asar secara berjamaah, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Destinasi seterusnya ialah rumah mak aku di Changkat Jering; untuk melawat adik aku yang telah berjaya memotong jubin (dan kakinya sendiri secara tidak sengaja). Di sana, kami sambung makan mee rebus seorang sepinggan. Masih menjadi tanda tanya yang belum dijawab: Adakah adik aku dapat membezakan jubin dan kakinya sendiri. Bak kata pepatah orang muda: "Kalau marahkan jubin, jangan sampai memotong kaki sendiri".

Pada pukul 9.15 malam, kami menyinggah ke rumah Mail Ninja di Bukit Berapit (makan mee goreng). Kami tidak mengambil masa yang panjang untuk melepak di rumah Mail Ninja kerana di rumahnya tidak ada buah durian. "Baru berbunga": ujar Mail dengan nada suara yang macho sambil mengerling manja ke arah Mat. Kalaulah di rumahnya ada buah durian ketika itu, mau kami tak balik KL malam tu. Jam 10.05 malam, kami menyambung perjalanan ke Ipoh (rumah emak Mat).

Selesai solat jama' Maghrib-Isya' di rumah bondanya Mat, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan semasa di pertengahan jalan, aku diserang sakit perut yang amat power tahap gaban hasil daripada meminum air 'lemuju' pemberian Mat. Berhenti untuk melabur sebanyak dua kali dan akhirnya sampai di rumah aku di Pandan Indah, KL tepat jam 3.25 pagi.

Semoga Allah swt memberikan zuriat yang banyak serta soleh dan dilimpahkan rahmat ke atas pengantin lelaki dan perempuan serta kawan-kawan semua.

Terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang berkongsi masa dan duit poket untuk suatu pengalaman manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Diharap pada masa-masa mendatang, dapat kita berkongsi lagi masa dan duit poket untuk menjayakan apa-apa jua program yang boleh menambah dan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin.

p/s: banyak lagi gambar-gambar yang tidak tersiar. Hanya yang terpilih saja di'upload'kan ke dalam artikel ini. Pohon maaf sekiranya tak tersiar.